Selepas pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengenai tiada lagi peperiksaan untuk murid tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3) bermula tahun depan rata-rata ibu bapa bersetuju dengan cadangan tersebut.
Bagaimanapun, ada juga segelintir ibu bapa dan guru yang masih mengharapkan peperiksaan patut diteruskan untuk mengukur keupayaan anak dari aspek akademik.
Menerusi laporan Dr Maszlee di Facebooknya, beliau berjanji ibu bapa dan guru tak perlu risau dengan perubahan yang dilakukan ini kerana beliau dan pihak kementerian akan bekerja lebih keras untuk memastikan perubahan yang dilakukan ini berjaya dilaksanakan sebaik mungkin dan sistem pendidikan negara dapat ditambah baik.
Dalam hal ini, hasrat Dr Maszlee adalah untuk menggantikan budaya peperiksaan dan mentaliti “exam-oriented” di sekolah kepada pentaksiran yang “learning-centered”.
Ads
Paling utama, beliau mengharapkan semua pihak dapat membantu dan menyokong ke arah merealisasikan hasrat ini.
“Banyak lagi perubahan yang akan berlaku dalam sistem pendidikan negara pada tahun 2019 nanti yang akan diumumkan secara berperingkat,” jelasnya.
Ads
Sementara itu, menerusi pendapat yang dikongsikan oleh ibu bapa, mereka mengharapkan pihak kementerian dapat menekankan akhlak, adab, etika, solat dan bacaan al-Quran di samping tidak mengenepikan proses 3M dan asas Sains.
Ads
Jika boleh soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kepada murid tahap 1 tak perlu diperkenalkan lagi kerana ia salah satu sebab anak-anak yang masih kecil ini jadi kurang minat nak belajar kerana mereka tak mampu berfikir lagi.
Besar sebenarnya pengorbanan seorang ibu. Sebab tu orang kata syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. Bagi suami anda sepatutnya faham dan jangan menganggap isteri kita manja.
Bagi seorang wanita yang mengandung, alahan sepanjang mengandung berbeza untuk setiap orang. Jangan anggap seseorang itu mengada-ngada kerana kita tak tahu keadaan sebenar mereka.
Suami kena faham ada isteri yang langsung tiada alahan, ada yang sikit-sikit dan ada yang memang akan lembik sejak awal kehamilan sehinggalah nak bersalin. Lagi satu ada sesetengah wanita akan mengalami perubahan fizikal yang mendadak dan lain dari dirinya yang sebenar. Tapi semua ini dilalui dengan penuh sabar demi anak yang dikandung. Jadi suami kena sentiasa memberi sokongan.
Takut lihat cermin tengok wajah sendiri
Perkongsian dari Puan Nor Sahira Dalim ini benar-benar cukup mengambarkan betapa hebatnya seorang ibu untuk melahirkan anak dan sabar melalui keadaan ini dengan penuh tenang di samping suami yang cukup memahami.
Perubahan keadaan ini berlaku ketika mengandungkan anak yang ketiga. Sebelum ini semasa mengandung anak pertama dan kedua memang tiada alahan yang teruk.
“Kebetulan Allah dah takdirkan kandungan ke-3 ini saya perlu hadapi keadaan yang langsung tak dijangka pun.
“Masa dapat tahu mengandung dan diawal kandungan semuanya macam biasa. Bila kandungan mencecah usia tiga bulan wajah saya mula naik bengkak di bahagian dahi. Dan bulan seterusnya mula bengkak di pipi, bahagian bawah mata dan berkedut seluruh wajah.
“Waktu tu sedih sangat-sangat dan tak boleh nak menerima hakikat kerana sebelum tu saya tiada masalah macam tu. Dari sehari ke sehari kulit mula bertukar warna dan menjadi kasar.
“Memang tiap kali tengok wajah di cermin rasa stres dan Allah yang tahu perasaan tu. Sampaikan nak pakai bedak pun saya tak mahu tengok cermin. Pakai bedak pun hanya pakai bedak yang anak saja,” katanya.
Langsung tak sakit masa bersalin
Kata Nor Sahira lagi masa mengandung anak sulung kulit elok. Anak kedua hanya mengalami sembab sikit di pipi. Kiranya masa yang pertama dan kedua memang tak ada alahan sangat.
“Tapi yang ketiga ini Allah nak uji kesabaran saya sikit. Allah Itu Maha Adil. Walaupun hanya muka saya yang teruk tapi dibahagian lain semua ok dan kaki pun tak bengkak.
“Masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi dan yang lain-lain semua tak ada. Sehinggalah saat nak melahirkan anak yang ketiga ni tak sakit.
“Macam saya warded 27 Januari dan bersalinkan baby tiga hari selepas tu. Masa tunggu masa nak melahirkan pun saya masih ok walaupun bukaan dah 6cm dan boleh duduk elok lagi atas katil dengan tenang tanpa rasa kontraksi yang kuat.
“Sehinggalah masuk labour room dan pecah air ketuban pun langsung tak sakit sehinggalah doktor terpaksa tolak perut untuk paksa bayi keluar. Masa ni rasa sebak sangat dan betullah Allah itu sangat adil,” kongsinya.
Isteri bukan mengada-ngada. Suami hargailah isteri!
Tambahnya lagi lepas bersalin semuanya beransur hilang. Bengkak mula surut, hidung kembang mula elok, kulit makin cerah. Jangan tanya pakai produk apa. Saya tak pakai apa-apa.
“Ye ramai kata, terlalu berbeza. Macam orang tua, macam nenek, saya tak boleh menidakkan. Sebab memang itu yang jadi dekat saya.
“Alhamdulilah. Syukur ke hadrat ilahi. Segalanya dah kembali normal. Terima kasih pada suami yang sentiasa puji saya cantik, walaupun saya tahu dia nak sedapkan hati saya dan langsung tak hiraukan kata-kata orang.
“Buat para suami hargailah isteri. Kesakitan bersalin itu bukan semudah ABC. Mula bawa perut hingga 9 bulan tu satu tempoh yang panjang dengan alahan dan pembawakan budak. Saya bernasib baik suami sentiasa ada bersama. Kalau suami tiada di sisi saya tak dapat bayangkan macam mana,” ujarnya.
Achey yang baru menyambut hari lahir hari ni terkejut dengan surprise daripada isterinya, Anne. Hadiah paling bermakna itu diletakkan di bawah tutup saji.
Rupa-rupanya hadiah yang paling mahal dan tidak ternilai itu ialah Tiara Zinnirah,anak angkat mereka. Tiara yang dibedungkan seolah-olah ikut sama menyanyikan lagu Happy Birthday bersama ibu. Alahai comel sangat!
Achey memberikan reaksi terharu dengan kejutan ini dan mengalirkan air mata bersama-sama Anne dan terus memeluk Tiara.
Video ini mendapat tontonan hampir 200k dalam masa 9 jam. Para follower yang menonton turut sama menitiskan air mata dengan mengucapkan selamat hari lahir buat selebriti ini.
Dengan hanya usikan, tidak disangka-sangka si anak menyerahkan sejumlah wang untuk ibu tanpa berfikir panjang. Ya Allah bertuahnya ibu ini mempunyai anak yang prihatin. EQ si anak tinggi.
Perkongsian daripada ibu yang enggan dikenali ini ini menjentik hati netizen. Perkongsian si sebuah grup di Facebook menerima lebih 2,000 likes. Dia yang hanya mengusik anak sulungnya yang bernama Ameirul Aiman tentang sehelai tudung yang diimpikan.
Sampul ditinggalkan sebelum ke sekolah
Hanya mengusik sukakan sehelai tudung tetapi tidak cukup dalam dompet. Tak sangka pula anak ingat ibu tak cukup duit nak makan.
Ibu ini terharu dengan tindakan anaknya, Ameirul Aiman.
Duit yang berisi dalam sampul surat itu turut disertakan dengan sepucuk surat yang ringkas. Isi kandungannya sangat menyentuh hati. Rupa-rupanya dia ingat mama tak ada duit…
Assalamualaikum Mama,
Ini abang, kalau mama buka ada duit RM76 untuk mama.
Mama, abang bagi mama RM76 untuk makan dan abang dan abang tahu mama tak ada duit.
Abang menghargai apa yang mama buat
IBU TEKANKAN BERDIKARI DARI AWAL
Ibu ini turut berkongsi yang dia telah menekankan kemahiran dan berdikari dari awal lagi dalam mendidik anak-anaknya. “Saya tekankan kemahiran hidup, belajar berdikari awal sebeb saya selalu bayangkan kalau lah saya tiba-tiba tak ada didunia, sekurang-kurangnya mereka boleh handle hidup mereka dengan baik walaupun mereka masih kecil.
5 TAHUN BUAT KERJA RUMAH
Seawal umur 5 tahun, saya dh minta mereka tolong saya buat kerja rumah, cuci pinggan, kemas bilik etc supaya mereka tahu penat dan hargai penat lelah ibu2 dirumah
Ini semua benda basic yg saya dulu pun emak saya ajar masa saya kecil. Itu sahaja.
SELALU BERCERITA TENTANG BERTUAHNYA MEREKA
Saya rasa ada sebab yang bagi anak-anak tersentuh ialah saya selalu bercerita betapa bertuahnya mereka dpt hidup dgn cukup pakai makan minum tak sama dengan kehidupan saya dulu yg serba kurang benda tapi cukup kasih sayang dr ibu bapa saya.
Bila jalan-jalan nampak homeless atau ada yg minta derma, saya atau suami minta anaka-anak yg hulurkan duit atau masukkan duit dlm tabung supaya mereka ingat sentiasa sedekah kepada org yg susah atau yg memerlukan..itu juga ajaran dr arwah saya dahulu.
Semua adalah berkat ajar dr arwah ibu bapa saya..saya hanya turunkan kepada anak-anak saya pula.
Posting yang disalin telah dikongsikan di sebuah grup di Facebook menerima pelbagai reaksi dan responds.
ALLAHU, I AM TOUCHED
PENGALAMAN AMAT BERMAKNA, TAK AKAN DILUPAKAN SEBAGAI SEORANG IBU
RAMAI ANAK IQ TINGGI TAPI BELUM TENTU EQ TINGGI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.