Keibubapaan

Tak Perlu Buang Masa, Bayi 7 Bulan Dah Boleh Rangsang Nak Bercakap Macam Ni!

Share

Bila anak sudah berusia dua tahun, mak ayah mula risau bila anak masih tidak mengeluarkan perkataan bermakna. Walhal melatih anak bercakap perlu dilakukan sejak bayi lagi agar anak sudah terbiasa.

Nak latih macam mana? Penulis Keibubapaan, Wan Nur Syakira berkongsi tip mudah melatih bayinya yang baru berusia tujuh bulan. Jom ikut tip ini. Anak lagi terbiasa dengan komunikasi awal.


AKTIVITI RANSANGAN BERCAKAP YANG SAYA BUAT UNTUK BAYI 7 BULAN.

Anak saya ketiga, umur 7 bulan. Saya tengah fokus betul-betul untuk ransang kemahiran bercakap dia. Semua tips dan ilmu saya cuba praktikkan semampunya.

✅ Saya selalu read aloud dengan dia. Buku yang jenis satu muka surat, satu gambar. Sesuai untuk umurnya.

✅Selalu buat bunyian haiwan untuk dia . Contohnya, bunyi kucing apa adik ? ” Miaw ,miaw “. Bunyi burung, ayam, itik.

✅ Selalu letak dia depan cermin dan main bersama untuk improve eye contact.

✅Ajar gesture seperti tepuk tangan, bye, hye, nak, angguk, geleng, takde.

✅ Bercakap je dengan dia , apa yang saya buat, keadaan sekeliling, tapi bukan bahasa bayi.

✅Selalu saya jatuhkan mainan ( binaan blok ), dan saya buat mimik muka excited , ” wow jatuh”!

Kenapa perlu buat semua ini hari-hari?

At least anak kena faham dalam 50 words untuk membolehkan anak keluarkan first word secara verbal.
Sebelum anak dapat guna perkataan di tempat yang betul, anak perlulah mempunyai pengalaman pendedahan bahasa yang cukup.

Ini yang dipanggil, Receptive language . Anak dengar, terima dan simpan perkataan yang dia dengar serta faham penggunaan tersebut. Barulah Expressive language akan terjadi.

Kalau tiada ransangan dan pendedahan, maka anak takkan mampu tiru dan sebut. Selain itu, saya cuba buat aktiviti ransangan sensori yang cukup kepada bayi saya.

– Berikan anak saya ruang untuk messy play ( selalunya ketika makan, sebab selamat kalau masuk mulut ) untuk ransangan sentuhan

-Buat aktiviti dan exercise yang sesuai atas gymball untuk ransangan proprioceptive.

– Banyakkan floor time untuk ransangan motor kasar

– Berikan anak sentuh pasir, letakkan kaki anak di pelbagai permukaan dan tekstur.

– Berikan water play.

– Berikan mainan yang berwarna warni untuk ransangan visual.

Sebab ransangan sensori sangat penting untuk anak kuasai kemahiran kompleks macam bercakap. Perkembangan sensori pula berkembang pesat 2 tahun pertama anak.
Jadi, 2 tahun pertama bukan masa untuk disia-siakan berlalu begitu sahaja.

Ada kanak-kanak yang ada masalah speech delay sebab masalah pemprosesan sensori. Kita ikhtiar awal-awal , supaya bayi kita terhindar dari semua itu dengan ransangan dari kecil .

Alhamdulillah, saya syukur jumpa team terapis berpengalaman dalam perkembangan kanak-kanak. Saya cuba praktikkan tips yang dikongsikan dalam buku tulisan mereka.

Menarik: 6 Bulan Ni, Sayalah Paling Bahagia, Rutin Urus Bilal Mencabar Tapi Membahagiakan PU Riz!

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat!

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM