Anak-kecil mana yang tidak suka memanjat sana sini. Asal sahaja nampak tempat tinggi seperti pintu, tingkap dan sebagainya, semuanya jadi ‘pot‘ anak memanjat. Baik anak lelaki atau perempuan, semuanya sama sahaja.
Bila melihat anak memanjat tinggi, mula lah kita sebagai mak ayah mahu anak cepat-cepat turun. Kita terlebih risau, bimbang bahaya mengundang. Sebaiknya kita pantaulah pada jarak dekat.
Perkongsian seorang pengguna Tik Tok, @adnanfaisalrauf turut berkongsi tip supaya anak turun cepat-cepat ketika memanjat. Tak perlu paksa untuk turun sebaliknya gunakan kaedah mudah ni.
Kita kena faham anak-anak dan sentiasa cari cara supaya dia faham kita. Tak boleh harap dia akan faham sendiri.
Nak didik anak perlu ilmu, nak buat apa apa pun perlu ilmu. Adnan tak banyak ilmu pun. Cuma share apa yang Adnan rasa baik untuk di share.
Ni tip anak suka memanjat
Anak yang pandai memanjat kebiasaannya akan teragak-agak untuk turun ke bawah. Jangan larang tetapi gunakan sedikit psikologi untuk membuatkan anak terus turun ke bawah. Ini panduan yang dikongsikan oleh bapa ini.
MENARIK:
Pandai Dia Mengadu, Daddy Mummy Kena Kerja, Bijaknya Fatima Mengadu Nasib Dengan Nenek!
Mahu Zurafah & Harimau, Sambutan Birthday 2 Tahun Anak Fazura Meriah, Rupanya Fatima Pilih Sendiri!
Paw Daddy Beli Mainan Berjaya, Dah Pandai Minta Toys Sendiri, Ramai Suka Fatima Teruja Shopping!
“Anak-anak ni paling tak suka dengan perkatangan JANGAN atau TAK BOLEH. Tukar kepada perkataan yang lebih FUN.
“Macam mana nak suruh anak turun?
” Wow, sekarang cuba turun pulak. Boleh ke?
” Pandai naik, pandai turun. Pandainya. Good job sayang,” kongsinya.
Tambahnya lagi, sentiasalah beritahu anak akan bahaya yang menanti jika tersalah langkah.
Tambahkan juga dengan beberapa tip di bawah.
* Sentiasa beritahu baik-baik kalau apa yang dia buat tu bahaya.
* Suruh anak sentiasa berhati-hati semasa memanjat atau turun.
* Berikan anak pujian.
* Lama-lama anak akan faham.
* Jangan paksa atau expect dia akan cepat faham. Nanti kita akan stress dan mula marah-marah.
* Celebrate sikit pencapaian dia.
@adnanfaisalrauf Tips Suruh Anak Yang Suka Panjat Turun 🥰 . Kita kena faham anak-anak dan sentiasa cari cara supaya dia faham kita. Tak boleh harap dia akan faham sendiri. Nak didik anak perlu ilmu, nak buat apa apa pun perlu ilmu. Adnan tak banyak ilmu pun. Cuma share apa yang Adnan rasa baik untuk di share. 🥰 . #toddler #parenting ♬ original sound – Adnan Faisal
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!