“Tak Perlu Cakap Panjang-Panjang” Elak Guna Cara Ni Nak Ajar Anak Bercakap!

Share

Bila anak masih lagi tidak bercakap pada usianya mencecah dua tahun, mulalah kita bimbang. Namun pelbagai cara dan ransangan yang cuba dilakukan, anak masih tak menunjukkan tanda-tanda untuk bercakap. Apa mak ayah nak buat?

Paling penting kata Patalogis Pertuturan Bahasa, Pn Aisyah Kassim, elakkan menggunakan tujuh kaedah ini. Mak ayah perlu tahu.

 


7 KESILAPAN BILA AJAR ANAK CAKAP

“Stressnya rasa dah ajar anak cakap tapi dia masih tak sebut..”

“Saya rasa dah banyak dah cakap dengan anak, tapi kenapa dia tak nak cakap jugak..”

Jom check ada atau tidak kita buat 7 kesilapan ni bila ajar anak cakap. Memangg kadang-kadang kita rasa dah bercakap banyak, tapi mungkin ada teknik yang salah kita buat.

1. Paksa anak sebut terus
Jika anak tak terus sebut bila kita ajar, jangan pula kita stress dan putus asa sebab mereka perlu serap dulu apa yang kita cakap.

2. Tidak menguji kefahaman anak terlebih dahulu
Kena biar anak faham dulu. Mereka kena faham dulu setiap perkataan tu merujuk kepada apa, objek, perbuatan, sifat dan lain-lain.

3. Minta anak ulang banyak kali
Tak perlu minta anak cakap ulang kali sebaliknya tambahkan perkataan baru untuk anak.

 

4. Tanya soalan banyak-banyak
Bertanya soalan yang terlampau banyak tak membantu anak bercakap lebih. Dari bertanya soalan, lebih baik berikan anak jawapan.

5. Tak banyak ulangan
Biar cakap berulang untuk anak faham dan ingat.

6. Intonasi tak best
Buatlah intonasi yang menarik supaya anak boleh mendengar dan beri tumpuan.

7. Cakap panjang-panjang
Gunakanlah ayat yang pendek dan simple untuk anak mudah pick up dan ingat perkataan.

Menarik: Lepas Asyik Batuk Selesema, Akhirnya Terjawab, Anak Elfira Loy Alami Jangkitan Paru-Paru

Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.

Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
SRM