Blogger dan insta famous, Yuyu Zulaikha melalui posting di instagramnya memberitahu bahawa tak perlu dibandingkan rasa sakit bersalin walau apapun kaedah yang digunakan kerana akhirnya tetap akan merasai kesakitan itu.
Dia yang baru sahaja melahirkan cahaya mata ketiga berkongsi pengalaman kali ketiga melahirkan anak secara pembedahan.
Ni kali ke tiga yuyu bersalin secara caesarean (czer), dan Alhamdulillah, yuyu tak rasa sikit pun “kurang jadi ibu” bila bersalin secara czer ni.
Ads
Ada yang cakap, bersalin normal tu baru rasa betul-betul bersalin, baru betul rasa pengorbanan jadi ibu, tapi, bagi yuyu, mana-mana cara pun tetap sama. Tetap ada pengorbanan masing-masing
Untuk kali ketiga ni, yuyu rasa sakit dia lebih dari masa 1st & 2nd czer. Ya Allah, sampai sekarang jalan masih tertunduk, kalau tegak je rasa nak tercabut nyawa (ok over, tapi sakit lah). Kalau boleh nak makan pain killer every hour. Belum lagi sakit seluruh badan sebab naik kereta check kuning anak. Sakit lepas bersalin tu, bukan biasa-biasa tau
Please stop compare bersalin cara mana lebih rasa pengorbanan jadi ibu. Dua-dua cara sakit, dua-dua cara tetap tak luak jadi ibu.
Rata-rata warganet memberikan pandangan masing-masing. Ada yang pernah merasai kedua-dua kaedah bersalin dan mengakui kedua-dua kaedah tersebut memang sakit. Setiap kesakitan juga berbeza.
Baru sahaja berharap kelahiran anak keduanya sama seperti anak sulungnya, Eidrees, pelakon Anzalna Nasir bersyukur bila mana selamat bersalin pada 20 Mei yang lalu.
Bersalin 11 hari lebih awal dari tarikh due, Anzalna bagaimana pun amat bersyukur kerana semuanya dipermudahkan malah di hari Jumaat penuh berkah, anak kedua kesayangannya kini selamat dilahirkan dengan sihat.
Melalui Instagramnya, Anzalna berkongsi cerita malah pada mulanya, dia juga tidak menyangka akan bersalin lebih awal dari jangkaan.
“Ingatkan Raya Aidil Fitri sahaja mengejut this year, rupanya anak kami pun keluar mengejut,” tulisnya berkongsi.
Kata Anzalna lagi, tarikh sebenar dia bakal bersalin sepatutnya pada 31 Mei namun dipermudahkan segalanya pada hari akhir pemeriksaan bulanannya.
“Sepatunya due date 31/5 dan last check up on the 20/5 tetapi tiba-tiba…hari check up dia nak keluar terus!
“Alhamdulillah syukur lahirlah anak kami pada hari Jumaat yang penuh berkah. Sebenarnya panjang lagi cerita tapi I pendek kan.. to be continued,” tulisnya berkongsi.
Menerusi entri itu, Anzalna turut memuat naik video pendek kakaknya, Diana Nasir yang turut memangku anak kecilnya sambil diperhatikan suami.
Tanpa berkongsi jantina bayi keduanya itu, Anzalna kini masih berada di hospital dan meneruskan rutin berpantangnya.
Malah menerusi Insta Storynya, ibu cantik jelita ini juga memuat naik rutin menyusunya dan amat bersyukur kerana sekali lagi dapat menyusu buat bayi keduanya itu.
Proses untuk sendawakan bayi selepas menyusu sememangnya penting. Tidak kira pada bayi masih kecil ketika usia lima bulan ke bawah atau juga kurang daripada usia setahun, kedua-duanya harus disendawakan dengan sebaiknya.
Menurut Kaunselor Penyusuan, Puan Einn Fazrin Mohd Hairi, ibu wajib untuk sendawakan bayi sejurus selepas proses penyusuan samada menyusu dengan botol mahupun menyusu secara terus dari ibu, terutama bagi bayi seawal umur 3 bulan kebawah.
American Academy of Paediatrics ( AAP ) juga mengesyorkan agar ibu berusaha untuk cuba sendawakan bayi setiap kali selepas menyusu walaupun bayi nampak tenang dan tidak meragam. Hal ini disebab kita tidak tahu berapa banyak udara yang terperangkap di dalam perut bayi.
Pun begitu, rata-rata bagi bayi yang sudah sedikit dewasa, tidak perlu lagi untuk disendawakan malah mereka boleh sendawa dengan sendirinya tanpa bantuan ibu.
Bila Bayi Perlu Disendawakan
Antara tanda bayi perlu disendawakan adalah apabila bayi kelihatan meragam lepas menyusu malah rasa gelisah dan tidak selesa. Hal ini disebabkan udara yang turut sama tertelan dan masuk ketika menyusu. Ini akan menyebabkan bayi terasa penuh (gassy) dan tidak selesa.
3 Posisi Sendawakan Bayi
Berikut adalah antara posisi yang sesuai dan selalu diguna pakai untuk sendawakan bayi pada usia satu tahun ke bawah.
1) Posisi Dukung Bahu
Dukung bayi sebelah tangan dan letakkan kepala bayi pada bahu ibu atau ayah. Tepuk dan gosok belakang badan bayi perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi sehingga bayi sendawa. Posisi ini boleh dilakukan secara berdiri ataupun duduk. Boleh juga dukung bayi dengan posisi ini sambil ibu atau ayah berjalan perlahan sekitar rumah. Bayi mungkin akan jeluak atau termuntah susu. Jadi jangan lupa alas bahu dengan kain atau lampin.
2) Posisi Duduk
Dudukkan bayi pada salah satu paha ibu atau ayah dengan membongkokkan sedikit badan bayi. Tahan seluruh dada bayi dengan tapak tangan. Namun hati-hati kerana ini mungkin membuatkan bayi termuntah jika tersalah tekan atau pegang. Gosok dan tepuk belakang badan bayi perlahan-lahan sehingga bayi sendawa.
3) Posisi Meniarap
Letakkan kain atau napkin sebagai alas di paha ibu ayah terlebih dahulu. Kemudian posisikan bayi di atas peha ibu atau ayah secara meniarap. Pastikan kedudukan kepala bayi sedikit tinggi dari badan dengan bahagian muka bayi menghadap lantai. Gosok dan tepukkan bahagian belakang bayi perlahan sehingga bayi sendawa.
Namun tidaklah menjadi masalah sekiranya bayi yang menyusu terus dari payudara ibu mendapat lekapan yang sempurna untuk tidak disendawakan.
Jika bayi mengambil masa yang lama untuk disendawakan, ibu atau ayah boleh mengiringkan bayi bagi mengelakkan sekiranya bayi termuntah susu atau terjeluak masuk ke hidung dan telinga.
Ibu ayah mana yang tidak risau jika anak diserang demam. Kemudian demamnya itu berpanjangan dan suhu badan pun panas. Sudah dua tiga klinik dikunjungi dan ambil ubat, tetap tidak sembuh. Selera makan anak pun semakin berkurangan dan tidak aktif.
Demam bersuhu tinggi merupakan salah satu daripada gejala-gejala jangkitan virus. Terdapat banyak jenis virus yang boleh menjangkiti anak-anak seperti denggi, influenza, enterovirus (penyakit tangan, kaki dan mulut atau Hand Foot Mouth Disease–HMFD), rotavirus (cirit birit) dan bermacam-macam lagi.
Semua virus tersebut boleh menyebabkan demam tinggi, dan beberapa lagi gejala lain yang lebih spesifik untuk setiap jangkitan.Sekiranya anak menghidap demam denggi, dia mungkin akan mengadu sakit kepala, sakit sendi dan tulang, sakit perut, muntah dan cirit birit, atau ruam.
Anak yang menghidap jangkitan influenza pula akan mengalami selesema dan batuk. Anak mungkin menunjukkan tumbuhnya bintat kecil di tangan, kaki, punggung serta ulser di dalam mulut sekiranya menghidap HMFD. Seterusnya anak yang menghidap jangkitan rotavirus akan mengalami muntah dan cirit-birit.
PANTAU SUHU BADAN ANAK
Apabila anak demam, perkara yang paling utama adalah pemantauan kondisi anak secara umum seperti tahap aktivitinya dan selera makan minumnya. Berilah ubat demam sekiranya demam tinggi melebihi 38.5° Celcius.
Sekiranya suhu masih tinggi setelah diberikan ubat demam, ibu ayah perlu menjerlum kepala, tengkuk, dan badannya secara keseluruhan. Ini boleh membantu menurunkan suhu badan anak anda.
Galakkan anak anda minum banyak air/cecair seperti air kosong, susu, jus buah-buahan dan lain-lain.
Sekiranya semua tersebut sudah dilakukan dan suhu badan anak masih tinggi secara berterusan, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Doktor boleh memberikan ubat tambahan untuk mengawal suhu badan anak anda berdasarkan diagnosis dan keadaan anak.
Sekiranya anak anda dikhuatiri mengalami jangkitan yang serius seperti denggi, doktor akan mengesyorkan pemeriksaan darah. Sekiranya perlu doktor, akan mengesyorkan pemantauan di wad/hospital.
BUAT UJIAN DARAH
Beberapa ujian boleh membantu doktor untuk mengenal pasti jenis jangkitan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesamaan pada bacaan ujian darah dalam jangkitan virus yang berbeza seperti tahap sel darah putih (white blood cells) dan platelet yang rendah atau menurun.
Ujian spesifik untuk mengesan denggi biasanya hanya perlu dilakukan sekiranya kanak-kanak demam bersuhu tinggi secara berterusan selama melebihi tiga atau empat hari.
Ini kerana keputusan ujian mungkin negatif jika dilakukan terlalu awal walaupun sebenarnya pesakit sudah dijangkiti. Begitu juga seperti influenza yang sampel hingus pada awal-awalnya mungkin negatif tetapi jika diulang setelah beberapa hari barulah memberikan keputusan yang positif. Sampel najis pula diperlukan untuk mengenal pasti jenis kuman dalam anak-anak yang mengalami cirit-birit.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.