Keibubapaan

“Tak Perlu Cuci Selalu, Kalis Air”, Rambut Tidak Boleh Disikat, Sindrom ‘Rare’ Bayi Ni Tarik Perhatian!

Share

Rambut selembut rambut bayi. Itulah ungkapan yang sering kita gunakan dalam kecantikan rambut wanita. Sememangnya rambut bayi teramatlah lembut malah lurus dan senang diuruskan.

Namun lain pula halnya dengan seorang kanak-kanak, Locklan Samples, 1 tahun yang disahkan mengalami masalah Sindrom Rambut Tidak Boleh Disikat atau Uncombable Hair Syndrome (UHS).

Menurut kata ibunya, Katelyn Samples yang menetap di Georgia, Amerika Syarikat, pertumbuhan rambut yang luar biasa pada anak keduanya yang menimbulkan tanda tanya itu akhirnya terjawab.

Anak keduanya, Locklan Samples, 1, didiagnosis mengalami Sindrom Rambut Tidak Boleh Disikat atau Uncombable Hair Syndrome (UHS). Ia dikesan terjadi ketika Locklan yang ketika itu baru berusia lima bulan.

“Rambut Locklan tumbuh lurus ke atas, sangat lembut. Rambutnya kembang dan tidak pernah dapat disikat rata,” katanya.

Menurut kata ibunya, sindrom itu bagaimanapun memberinya kelebihan kerana rambut Locklan tidak memerlukan penjagaan rapi.

“Rambut Locklan tidak perlu dicuci selalu. Ia kalis air, jadi saya perlu mengambil masa seminit untuk syampu,” kata Katelyn.

Katelyn pada awalnya memuat naik gambar Locklan di Instagram dan salah seorang warga maya memberitahu kemungkinan anaknya itu mengalami sindrom ganjil.

Tanpa berlengah, Locklan kemudiannya dirujuk kepada pakar kulit pediatrik di Atlanta yang mengesahkan ia sesuatu yang luar biasa.

Bukan itu sahaja, bahkan kata ibunya lagi, biarpun pada awalnya dia mula rungsing mengenai masalah anaknya itu namun kini boleh menarik nafas lega bila mana disahkan kelainan pada anaknya itu adalah sementara.

“Kini saya kurang takut dan lebih menghargai betapa uniknya Locklan,” katanya lagi.

Sindrom Rambut Tidak Boleh Disikat (Uncombable Hair Syndrome)

Sindrom Rambut Tidak Boleh Disikat ialah gangguan rambut yang jarang berlaku dan keadaan genetik itu biasanya memberi kesan kepada kanak-kanak berumur antara tiga bulan hingga tiga tahun. Malah ada laporan kes melibatkan kanak-kanak sehingga umur 12 tahun.

Menurut Institut Kesihatan Negara Amerika Syarikat (NIH), hanya kira-kira 100 kes berkenaan dilaporkan dalam kajian perubatan. Ia cenderung berlaku kepada pemilik rambut berwarna putih keperangan atau putih pucat.

Menurut Dr. Cheng, kanak-kanak dengan sindrom itu mempunyai rambut yang tumbuh tegak ke semua arah dan rambut. Ia mempunyai tekstur kusam dan sukar diurus.

Pada masa ini, tiada rawatan untuk sindrom berkenaan. Namun pakar mengatakan keadaan itu cenderung hilang dengan sendirinya dari semasa ke semasa.

Susulan sindrom luar biasa yang dialami, kanak-kanak itu mempunyai 18,000 pengikut di laman sosial Instagram. Akaun Instagram tersebut diwujudkan untuk memberikan kesedaran kepada dunia tentang kewujudan Sindrom Rambut Tidak Boleh Disikat yang jarang terjadi.

Menarik: Mima Love You So Much, Layan Anak Maid Macam Keluarga Sendiri, Emma Maembong Dipuji!

Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.

Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.

Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Kredit: Sinar Harian & @uncombable_locks

 

Published by
SRM