Pemakanan anak perlu dititikberatkan. Minda yang cerdas memerlukan pemakanan seimbang dan nutrien penting. Apa yang dilakukan ini membantu kanak-kanak mendapat sajian yang berkhasiat di sekolah.
Bagi murid sekolah, cara penyediaan makanan ini praktikal dan memudahkan. Perkongsian ibu ini tentang sistem penyediaan makanan di kantin sekolah anaknya sangat menarik.
Masa makan semasa waktu rehat juga lebih efisien di mana anak tidak perlu membawa wang saku dan masalah wang tercicir disekolah boleh dielakkan.
Tempat duduk tersedia & tidak perlu beratur membeli makanan. 20 minit waktu rehat dimanfaatkan untuk makan sahaja. Risiko kehilangan/ keciciran wang dapat dikurangkan.
Ads
Ads
Inisiatif pihak sekolah dan pengusaha kantin ini memudahkan. Anak-anak mendapat makanan berkhasiat sewaktu di sekolah setiap hari. Pilihan menu sesuai dengan keperluan kalori mengikut umur kanak-kanak.
Ads
Ibu ini turut menjelaskan yang program inisiatif Hidangan Berkhasiat di Kantin Sekolah dibayar setiap bulan oleh ibu bapa kepada pihak kantin sekolah. Sebanyak RM3 termasuk air setiap kali makan dan terbuka kepada semua. Kantin masih menjual seperti biasa.
“Maafkan ibu… maafkan ibu sayang, ibu tak sengaja. Awfa dah pergi tinggalkan ibu”. Ini antara luahan hati, Hasmah Masroh, 32, selepas anaknya, Nur Awfa Humaisha Muhammad Ali Riduan, dua tahun meninggal dunia dipercayai sesak nafas selepas 4 jam ditinggalkan dalam kereta di parkir sebuah kolej kemahiran di Batu 3, Port Dickson, semalam.
Tanyalah mana-mana ibu, siapa yang sanggup nak tinggalkan anak sendiri. Sebelum nak menunding jari mencari kesalahan ibu tersebut, adakah kita terfikir apakah yang berlaku disebaliknya?
Mungkin kejadian ini akan menjadi peringatan bersama dan buatkan ibu bapa lain lebih berhati-hati mengenai keselamatan anak. Kita tidak tahu ajal maut yang menanti kerana semuanya dah tertulis.
Berdasarkan laporan, ibu mangsa menyedari anaknya tertinggal dalam kereta apabila pihak taska menghubunginya lebih kurang jam 1 petang. Itupun selepas empat jam dan terus meluru ke kereta.
Namun Allah lebih sayangkan anak syurga ini apabila dah disahkan meninggal dunia oleh doktor sejurus tiba di Klinik Kesihatan Port Dickson.
Sebelum kejadian, Hasmah memberitahu rakannya dia mengangkat anaknya yang sedang tidur di rumah di Taman Hartamas, Sunggala dan meletakkan di tempat duduk belakang kereta Proton Saga miliknya.
Katanya, sebaik tiba di kolej itu, dia terus mematikan enjin kereta lalu memasuki pejabat hingga tak sedar anaknya ada bersama.
——————————————————————-
Sebagai peringatan bersama, ibu bapa pastikan jangan sesekali tinggalkan anak-anak dalam keadaan kereta berkunci di cuaca yang panas tanpa pengawasan orang dewasa.
Strok haba boleh berlaku akibat kepanasan melampau dan waktu puncak suhu paling panas antara jam 12 tengah hari sehingga 3 petang.
Apabila kepanasan dirasai badan, seseorang akan mengalami proses berpeluh bagi menyejukkan badan. Ia adalah satu proses yang normal tetapi jika berterusan akan menyebabkan kandungan air dalam badan berkurangan yang sekaligus akan berpotensi menyebabkan dehidrasi, sawan, kekeliruan, kerosakan otak dan organ dalam badan, koma dan seterusnya kematian.
Sumber: Sinar Harian & Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tempat tukar lampin bayi adalah ruang khas yang disediakan demi keselesaan dan kebersihan si comel kita. Tapi bila ruang ini disalah guna apatah lagi digunakan untuk anjing peliharaan.
Itulah yang terjadi baru-baru ini apabila tular satu foto memaparkan sepasang lelaki dan wanita menggunakan changing table di dalam tandas awam bukan untuk bayi… tapi untuk menukar lampin anjing peliharaan mereka!
Menerusi perkongsian seorang individu di platform Threads, foto mengejutkan itu memaparkan pasangan tersebut berada di dalam tandas wanita sambil meletakkan anjing mereka di atas meja penukar lampin — ruang yang direka khas untuk kegunaan bayi dan kanak-kanak sahaja.
Lebih menyedihkan, pasangan itu dilihat sedang menyalin lampin anjing di atas permukaan meja tersebut, tanpa sebarang alas khas atau kesedaran tentang implikasi kebersihan. Aksi mereka sempat dirakam orang awam yang turut berada di lokasi tersebut.
“Tak faham langsung ke tempat tu untuk baby? Tu bukan tempat haiwan! Bodohnya tindakan macam ni.” – netizen marah di ruang komen.
Bukan itu sahaja, lelaki yang berada bersama wanita tersebut turut dikecam kerana masuk ke ruang tandas wanita tanpa rasa bersalah. Tindakan ini menambah lagi kemarahan ramai, khususnya golongan ibu yang sering menggunakan tandas ini untuk menukar lampin anak mereka.
Ibu-ibu memang tak boleh berkompromi bila bab kebersihan anak. Kalau dah tempat menukar lampin bayi digunakan untuk haiwan — bagaimana nak pastikan ruang itu bersih, selamat dan bebas bakteria untuk bayi kita?
Walaupun majoriti mengecam tindakan itu, masih ada segelintir individu yang mempertahankan pasangan berkenaan. Mereka berpendapat tempat menukar lampin itu boleh digunakan untuk haiwan peliharaan asalkan dibersihkan selepas digunakan.
Namun bagi kebanyakan ibu bapa, alasan itu tetap tidak dapat diterima.
“Anak saya pernah kena ruam sebab meja tukar lampin kotor! Bayangkan kalau tempat tu dah terkena najis anjing. Nauzubillah.” – luah seorang ibu prihatin.
Walaupun kejadian ini tidak dapat dipastikan lokasinya, tetapi ia membuka mata kita tentang pentingnya kesedaran sivik. Tempat awam perlu digunakan mengikut tujuan asal, terutama sekali kemudahan khas untuk bayi.
Pasangan ini mungkin menganggap ia remeh, tetapi bagi ibu ayah yang setiap hari mengurus bayi kecil, kebersihan dan keselamatan bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usahawan muda yang terkenal di media sosial, Asyalliee atau mesra dipanggil Asya mempunyai 3 orang cahaya mata, Haider 3 tahun, Helena 2 tahun dan Hayyan 3 bulan di usia yang sangat muda.
Wanita ini pernah mengalami hidup yang sangat susah selepas kehilangan ayahnya dan nasib malangnya berterusan sehinggalah ibunya dijemput Illahi. Namun ianya bukan pematah semangat buat Asya untuk terus bangkit dan mencipta nama di usia yang muda. Pengorbanan Asyalliee hari ini, semuanya demi anak.
Tidak hairanlah kenapa dia di beri penghargaan sebagai penerima Anugerah Pa&Ma Gala Moms yang diinspirasikan bersama Cetaphil.
Bercerita tentang kisah hidupnya kepada Dr Say, Hos Pa&Ma Gala Moms, Asya mengakui titik perubahan paling besar dalam hidup bermula sejak dia bergelar seoarang ibu.
“Setiap kehidupan masing-masing ada ‘turning point’. Sama macam Asya, Asya anak yatim piatu diusia yang sangat muda. Dan Asya memang orang susah jadi ‘turning point’ Asya masa Asya mengandungkan anak sulung Asya. Asya tak nak anak-anak jalani kehidupan yang susah macam Asya. Asya tak nak anak-anak alami apa yang Asya alami. Bila dah mengandung Asya cakap pada diri Asya, Asya kena jadikan kehidupan yang selesa buat anak.”
“Tak akan ada kejayaan yang akan khianati usaha kita. Jatuh tak bermaksud kalah tapi bila kita ‘give-up’ itu sebenarnya kegagalan kita. Teruskan berusaha dan percaya pada proses itu”
Bercerita tentang pengorbanan, sebenarnya tidak terhenti disitu. Pengorbanan seorang ibu itu sangat luas. Asya mengakui bukan mudah menjadi ibu di usia yang mudah dan perkara yang paling menyentuh hatinya adalah tentang penyusuan susu ibu. Ibu mana yang tak ingin menyusukan anak sepenuhnya. Namun sebaliknya yang berlaku kepada ibu muda ini.
“Setiap pengalaman Asya dalam menyusukan anak ni semuanya berbeza. Banyak ‘struggle’, tak cukup tidur, strees, menangis. Masa menyusukan anak pertama, Haider masa tu 1st time Asya jadi mommy banyak yang Asya tak tahu terutama macam mana nak menyusukan secara betul, cara nak susukan secara direct, cara simpan susu sampai ada susu yang basi. Lepastu bila keluar, malu nak susukan anak depan orang ramai walaupun dah tertutup macam mana sekali pun sampai nak give up pun ada. Haider dapat menyusu selama 3 bulan je. Tapi Alhamdulillah dapat juga bagi”
“Bila masuk anak yang kedua, mengandungkan Helena memang Asya letak mindset siap-siap nak susukan anak sampai 2 tahun. Kalau boleh nak dapat PhD la. Asya belajar macam-macam tentang penyusuan masa tu. Waktu malam je Helena kuat menyusu. Bila dah masuk kerja, perniagaan sendirikan memang busy kesana sini, travel jadi masa untuk pam susu dah lari. Bila nak pump dah kurang masa tulah Asya start stress.
Asya cakap dengan diri jangan stress, anak nak susu ni. The next day pergi kerja, pump tak keluar dan masa tulah depan team Asya..Asya menangis sebab Asya dah mula stress. Meeting pun batal sebab Asya stress tak dapat keluarkan susu. Meroyan tak dapat bagi anak susu. Itulah pengalaman paling pahit sebab dah 6 bulan sebenarnya bagi susu dekat Helena tiba-tiba dia stop macam tu je. Macam-macam dah buat, jaga mindset tapi tak jalan jugak. Tapi tak apalah Helena dapat juga menyusu selama 6 bulan.”
“Masa dengan Hayyan, sama juga Asya letak mind set nak susukan selama 2 tahun. Bagi direct feed je pada Hayyan. Happy sangat sampai tak cukup tidur. Setiap 2 jam bagi susu. Sanggup beli kerusi untuk breastfeed. Tapi sebabkan kerja akhirnya Asya terpaksa stopkan juga. Asya berfikiran positif, sekurang-kurangnya anak dapat merasa juga susu ibu.”
Setiap ujian yang datang sebenarnya nak jadikan kita kuat dan matang pada masa akan datang. Bermacam-macam ujian datang, tapi bila hadirnya anak-anak seorang ibu itu jadi kuat. Dan di setiap dugaan yang datang terselitnya rahmat-rahmat Allah.
Bagi yang terlepas menonton siaran langsung Anugerah Pa&Ma Gala Moms bersama Asyalliee Ahmad, boleh tonton Live di atas.
________
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!