Tauhu goreng dengan inti bergedil yang kemudiannya digoreng selalu jadi kegemaran kita. Lagi-lagi kala digabungkan bersama sambal kicap power. Memang tak cukup makan beberapa biji.
Mahu lebih jimat masa dan kosnya, apa kata kali ini kita cuba pula tauhu bergedil ini versi bakar. Lain macam sedapnya.
6 biji ubi kentang- kupas dan hiris supaya cepat masak
3 ulas bawang putih
2 cawan air (mungkin boleh kurangkan jika hendak lebih pejal)
1 biji telur
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
Daging cincang secukupnya
½ labu bawang besar dicincang halus
½ cawan campuran daun sup dan daun bawang yang dihiris halus
½ biji carrot dicincang halus
Didihkan sehingga ubi empuk/ ¾ empuk untuk tekstur lebih pejal.
Ads
Toskan ubi yang sudah empuk. Airnya jangan dibuang dahulu. Jika terlalu pejal/keras boleh tambah air rebusan untuk lembutkan sedikit.
Masukkan ke dalam pemproses makanan (food processor).
Tambahkan telur, garam dan serbuk lada hitam. Mesin. Tidak perlu risau telur tidak masak kerana ubi masih panas dan cukup untuk memasak telur.
Kisar sehingga halus begini. Nampak gebu dan berkrim.
Alihkan ubi yang sudah halus ke dalam bekas yang sesuai untuk ditambah bahan-bahan lain. Jika hendak buat kentang putar (whipped potato), ini sudah siap. Boleh dihidang dengan sos lada hitam.
Ads
Tumis daging cincang dengan ½ labu bawang besar dicincang halus. Tambah garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
Masukkan daging cincang yang telah dimasak ke dalam ubi yang sudah dikisar. Tambahkan bawang besar, campuran daun sup dan daun bawang yang dihiris halus dan carrot.
Gaulkan. Cantik bukan, warnanya? Jika hendak dijadikan samosa, boleh balut inti ini dengan kulit popia dan digoreng. Makan sahaja pun sedap.
Ads
Belah tauhu goreng, tekan isi tauhu supaya mampat dan masukkan isi pegedil sehingga penuh.
Sapu dengan kuning telur. Bakar dalam oven pada suhu 180°C/ 350°F sehingga garing.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Biskut chocolate chip memang menjadi kegemaran anak-anak dan orang dewasa juga turut menyukainya kerana rasanya yang sedap, ranggup dan cair di dalam mulut sesuai dibuat kudap-kudapan.
Jika dipasaran, harganya yang mahal dan kuantitinya yang sedikit membuatkan ibu bapa dan anak-anak tidak puas menikmati biskut ini. Danish Harraz telah berkongsi resipi di instagramnya yang mudah dan senang disediakan.
Soft Choc Chip Cookie Bites Untuk Kudapan
Bahan-Bahan Yang Diperlukan
Cara Penyediaan
Sumber: Danish Harraz
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayi yang mula tumbuh gigi boleh makan makanan jejari (Finger Food) seperti biskut khas untuk bayi yang berumur 6 bulan keatas. Pada usia ini bayi sudah boleh makan sendiri. Tanda-tandanya ialah apabila bayi sudah mula memegang makananya sendiri.
Ibu-ibu pasti gembira tengok anak berselera bila tiba waktu makan kan? Jadi untuk memastikan makanan yang anak kita dapat sentiasa segar dan bersih, apa kata mama-mama cuba resipi di bawah. Mudah dan sangat comel.
Resipi Baby Cookies (Teething Biscuit first attempt)
– Pukul Unsalted butter sampai kembang – Masukkan puri kurma – Masukkan tepung gandum dan tepung jagung – Uli sampai doh tak melekat di tangan dan bentuklah mengikut cita rasa – Bakar pada suhu 170c selama 10-15 minit sampai keperangan
Acuan bentuk Teddy Bear boleh dapatkan di Daiso. Alhamdulillah, anak suka!
Sebut je tart nanas, pasti semua membayangkan rasanya yang gebu dan cair di mulut bila mengunyahnya.
Ditambah pula dengan inti nanasnya yang masam manis, tak sedar boleh habis sebalang.
Mungkin bagi yang ada anak-anak kecil, biskut ni kurang digemari. Maklumlah anak-anak ni kalau berasaskan coklat itu yang akan dituju dulu.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.