Tak Perlu Goreng, Cuba Tauhu Bergedil Versi Bakar Pula, Lagi Sedap & Power!

Share

Tauhu goreng dengan inti bergedil yang kemudiannya digoreng selalu jadi kegemaran kita. Lagi-lagi kala digabungkan bersama sambal kicap power. Memang tak cukup makan beberapa biji.

Mahu lebih jimat masa dan kosnya, apa kata kali ini kita cuba pula tauhu bergedil ini versi bakar. Lain macam sedapnya.

Jom cuba perkongsian resipi Siti Hazneza Abdul Hamid.


Bahan-bahan:

6 biji ubi kentang- kupas dan hiris supaya cepat masak
3 ulas bawang putih
2 cawan air (mungkin boleh kurangkan jika hendak lebih pejal)
1 biji telur
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
Daging cincang secukupnya
½ labu bawang besar dicincang halus
½ cawan campuran daun sup dan daun bawang yang dihiris halus
½ biji carrot dicincang halus

Didihkan sehingga ubi empuk/ ¾ empuk untuk tekstur lebih pejal.

Toskan ubi yang sudah empuk. Airnya jangan dibuang dahulu. Jika terlalu pejal/keras boleh tambah air rebusan untuk lembutkan sedikit.

Masukkan ke dalam pemproses makanan (food processor).

Tambahkan telur, garam dan serbuk lada hitam. Mesin. Tidak perlu risau telur tidak masak kerana ubi masih panas dan cukup untuk memasak telur.

Kisar sehingga halus begini. Nampak gebu dan berkrim.

Alihkan ubi yang sudah halus ke dalam bekas yang sesuai untuk ditambah bahan-bahan lain. Jika hendak buat kentang putar (whipped potato), ini sudah siap. Boleh dihidang dengan sos lada hitam.

Tumis daging cincang dengan ½ labu bawang besar dicincang halus. Tambah garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.

Masukkan daging cincang yang telah dimasak ke dalam ubi yang sudah dikisar. Tambahkan bawang besar, campuran daun sup dan daun bawang yang dihiris halus dan carrot.

Gaulkan. Cantik bukan, warnanya? Jika hendak dijadikan samosa, boleh balut inti ini dengan kulit popia dan digoreng. Makan sahaja pun sedap.

Belah tauhu goreng, tekan isi tauhu supaya mampat dan masukkan isi pegedil sehingga penuh.

Sapu dengan kuning telur. Bakar dalam oven pada suhu 180°C/ 350°F sehingga garing.

Siap!

Menarik: Bodygoals Betul, Cantik & Langsing-, Bella Astillah Dipuji Tak Macam Anak Dua

Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).

Daftar segera di SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM