Tak Perlu Guna Tapai Nasi Pun, Resipi Apam Beras Eno Mekar, Senangnya Nak Buat!

Share

Jika menyediakan apam nasi perlu diperap seketika dan mengambil masa agak lama, namun apam beras yang satu ini cukup pantas penyediaannya. Malah lebih mudah dihasilkan. Dapatlah anak-anak makan tanpa menunggu lebih lama.

Apam Beras Eno Mekar yang dikongsikan oleh Nor Sheemz ini memang awesome. Cukup pantas dan cukup senang hendak membuatnya. Anak-anak pastinya cukup suka. Ditambah pula dengan pewarna yang pelbagai. Jom cuba!

Apam Beras Eno Mekar. Mudah sebab tak perlu guna tapai nasi.

Bahan-bahannya:
1 cwn nasi sejuk
2 cwn tpg beras cap teratai.
1 1/4 cawan air (satu + satu per empat cwn air)
3/4 cwn gula
1 sudu kecil mauripan
1 peket eno biru

Kisar nasi, gula dan mauripan bersama air hingga halus.

Tuang dalam bekas besar. Letak tepung kacau sebati. Perap hingga nampak naik atau berbuih.

Kacau-kacau hingga buih tu turun, tuang eno sampai habis. Kacau-kacau lagi sampai sebati. Biarkan.

Masak air kukusan hingga naik wap. Sebelum kukus, kacau-kaca dulu, tuang dalam acuan. Kukus selama 10 minit.

Selamat mencuba!

Note :
* Tuang adunan ke dalam acuan hingga penuh dan kukus menggunakan api besar. Saya kukus 15 min.

* Acuan saya tak sapu minyak pun dan tutup kukusan pun saya tak balut dengan kain, Alhamdulillah ok je.

Menarik: Resipi Sup Thai Seperti Kedai Tom Yam Ada Telur Dadar Nasi Panas Ngam!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Published by
SRM