Ramai ibu bapa hari ini pilih ikut trend sambut kelahiran bayi. Percayalah bila sambut ikut sunnah, keberkatan akan turun dalam hidup anak.
Bukankah itu yang dimahukan oleh semua ibu dan ayah yang baru menerima cahayamata? Hidup anak diberkati oleh Tuhan.
Cuba usaha untuk mengikut segala sunnah yang diajarkan oleh Nabi s.a.w semasa menyambut kelahiran anak.
Tak perlu pening kepala atau susah hati tak cukup bajet sebab nak buat majlis cukur jambul dan aqiqah anak siap dengan pelamin.
Tak perlu susah hati kalau ada orang yang mengata majlis anak kita tak macam orang lain kerana yang penting kita telah menegakkan sunnah Nabi s.a.w dan InsyaAllah mendapat keberkatan Allah SWT.
Seorang ayah, Encik Taufiq Salleh yang juga Setiausaha NGO Kemanusiaan Green Project Malaysia yang terlibat membantu ummat Islam di Syria berkongsi erti SEBENAR ikut sunnah Nabi sambut kelahiran bayi.
Memang menjadi trend bila lahir anak buat majlis Aqiqah + berendoi beberapa tahun kebelakangan ni siap pelamin, marhaban, potong rambut bayi seorang sedikit buh dalam air (yang dinisbahkan pada nama bercukur).
Lagi sakan orang buat macam ni bila ambil contoh yang dibuat oleh selebriti terkenal. Nak ikut artis tu buat ni, buat itu. Barulah ‘Class’ katanya.
Ads
Semua tu bukanlah ajaran Islam dan ini adalah budaya yang bercanggah dengan amalan yang Nabi ajarkan.
Untuk apa buat majlis habis duit, penat-penat tapi pahala tidak diraih? Silap hari bulan kalau tak buat majlis macam ni boleh dianggap tak sempurna pula.
Suami/Ayah Tolong Main Peranan!
Suami, mainkanlah peranan anda sebagai ketua keluarga. Bila lahir anak, tahniqkan sendiri. Usah kejar ustaz-ustaz nak tahniqkan anak, keberkatan ibu ayah itu sendiri lebih utama.
Di hari ketujuh cukurlah rambut anak, timbang rambut tu kemudian kita sedekah ikut harga semasa emas atau perak.
Sedikit tips, lepas cukur lumurkan kepala anak dengan air za’faran agar rambut anak tumbuh sekata, ia juga sunnah.
Ads
Tak perlu tunggu nak usung anak keliling orang kemudian orang potong rambut bayi selai dua helai buh dalam air. Amalan pelik apa tu?
Sunnah Nabi ajarkan cukur bagi habis terus, bukan dok bawa keliling orang suruh potong rambut. Siap ketuk dengan daun kunyit ke apa ntah sebelum potong rambut, pastu tabur daun lagi. Ingat main masak-masak?
Kalau Mampu Buatlah Aqiqah
Kemudian, ada duit buatlah Aqiqah kambing untuk anak. Kambing, bukan lembu, ayam atau itik sebab Nabi kata kambing. 2 ekor untuk anak lelaki, seekor anak perempuan.
Isytiharkan nama anak anda pada hari tersebut dan buat majlis makan kenduri tanpa perlu buat tahlil semua ni.
Jemput orang datang makan, kalau orang nak tengok anak boleh tengok dan doakan kemudian angkat kaki beransur. Mudah je.
Ads
Tak perlu bazirkan duit buat pelamin untuk anak. Anak tu bukan tau apa pun sebab yang dia tahu nak tidur je. Kalau tak letak anak dalam katil tanpa letak atas pelamin cantik-cantik ni anak lambat membesar ke camana?
Percayalah bila anda buat ikut sunnah, keberkatan akan turun dalam hidup anak anda seperti air hujan mencurah-curah.
Allah berkati usaha anda yang mengikuti amalan yang dilakukan oleh Nabi. Jika dulu kita tak buat ikut sunnah, semoga Allah ampuni dosa kita.
Ada anak lagi kita perbetulkan bagi ikut sunnah. Itu jam kalau orang lain pelik pasal kita tak buat majlis macam anak sebelum ni jangan rasa malu pula.
Kita patut bangga kita mengikuti ajaran sunnah Nabi, dan kita nak majlis itu menjadi sebagai salah satu ibadah. Kalau penat pun, lega ikut sunnah.
Intan Ladyana teruja nak bawa bayi sulungnya pulang ke kampung halaman di Pulau Pinang dan Perlis menyambut hari raya. Tetapi dalam masa yang sama, pelakon filem Adnan Sempit ini yang baru pertama kali bergelar ibu turut berasa bimbang untuk melalui perjalanan jauh bersama si manjanya.
“Biasa short distance sahaja pergi ke hospital untuk check-up tapi bila perjalanan berjam-jam balik kampung mungkin agak mencabar. Tu yang agak risau jugak,” demikian luah Intan dalam temubual facebook live bersama Pa&Ma Mummy Millennial semalam.
Bayi pertama pasangan Intan dan Hari yang diberi nama Evie Khadeeja baru mencecah usia dua bulan dan menurut Intan dia masih belum berani membawa bayi sulungnya berjalan ke mana-mana kecuali ke hospital sahaja.
Intan yang sangat prihatin tentang keselamatan anaknya mengakui antara perkara awal yang dilakukan ketika hamil adalah mencari kerusi keselamatan bayi atau car seat khas untuk anaknya duduk sepanjang dalam kereta.
Cabaran Bayi Duduk Dalam Car Seat
“Masa mula-mula nak cari car seat, Intan google info tentang kepentingan car seat kepada bayi. Kemudian pergi recce di pelbagai kedai yang jual car seat. Alhamdulillah jumpa sales person bagus yang share info tentang car seat. Lepas tu baru decide car seat mana nak beli.”
Sebagai ibu pertama kali, Intan mengakui dia tidak berapa mahir lagi untuk meletakkan bayinya dalam car seat tetapi bersyukur kerana ada ibu mentua yang banyak membantu.
“Alhamdulillah ada mak mentua yang tolong. Kita masih lagi kekok dan risau baby terasa sakit bila letak. Most of the time memang mak mentua yang letakkan baby dalam car seat. Dia sendiri sangat galakkan baby duduk dalam car seat sepanjang naik kereta,” katanya lagi.
Sama seperti ibu bapa lain, Intan juga melalui cabaran bayinya menangis ketika dia sedang memandu kereta. Justeru Intan menyarankan ibu bapa yang menghadapi masalah sama dengannya ikut tips dikongsi oleh Pakar Keselamatan Penumpang Kanak-Kanak, May Hong ini.
Ibu ayah boleh buat langkah ini untuk mententeramkan bayi yang adakala menangis sukar dipujuk apabila duduk di dalam car seat:
Tepuk-tepuk lembut bayi bagi menenangkannya.
Swaddle atau bedung bayi selepas masukkan dia ke dalam car seat supaya bayi rasa tenang seolah-olah dalam pelukan ibu.
Berbual atau menyanyi pada bayi kerana dia suka mendengar suara ibu yang sudah biasa didengari sejak dalam kandungan.
Selain dari itu untuk melalui perjalanan jauh pulang ke kampung, ibu kena pastikan bayi sudah kenyang menyusu, sudah sendawakan bayi, tukar lampinnya supaya selesa dan paling penting untuk bayi yang masih kecil, pastikan berhenti kereta dan keluarkan bayi dari dalam car seat setiap dua jam.
Intan menyarankan semua ibu bapa supaya menggunakan car seat yang bersesuaian untuk anak masing-masing supaya selesa dan selamat perjalanan pulang ke kampung menyambut hari raya nanti.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kenapa wanita mudah sangat stres dan moody? Boleh dikatakan setiap hari mesti akan ada perasaan ni walaupun tak terlalu serius. Ibaratnya semua perkara nak difikirkan serentak hingga hati dan perasaan sendiri terabai.
Perkongsian dari saudara Mohd Fhais yang selalu berkongsi ilmu keibubapaan dan rumah tangga ini ada betulnya.
Selalu orang kata wanita mudah sangat stres dan moody kan. Kenapa? Jawapannya kerana mereka suka nak menjaga hati orang lain lebih dari hati diri sendiri. Walaupun hati sendiri terabai.
“Bang jangan lupa ya kenduri aqiqah adik abg hari sabtu ni.”
“Bang dah lama tak balik jumpa mak abg, bila nak balik?”
“Bang nanti kita pergi melawat adik abg tengok baby”
“Bang nanti kita pergi tengok mak kat hospital”
“Bang mana nak cari sofa bed untuk ayah, senang dia nak duduk dan baring”
Begini la bila jadi wanita, setiap masa dia duk fikir pasal orang lain. Pasal adik la, adik ipar la, mak mertua la, mak dengan ayah sendiri la.
Memang sahih bahawa wanita ni dilahirkan sebagai CONNECTOR
Yang mahu menjaga silaturahim, selalu fikir akan kebaikan orang lain dan sentiasa berusaha supaya rasa bahagia itu dapat di beri pada ahli keluarga lain terlebih dahulu.
Diri sendiri selalu jadi yang terakhir…
Sebab itulah penting sangat bagi seorang wanita untuk mempunyai lelaki yang boleh mendengar dan memahami dengan baik.
Apa yang di cakap tu hanya la secebis dari apa yang bermain di otak mereka. Dalam otak dia orang ni berselirat banyak lagi benda lain.
Belum cerita lagi pasal anak, rumah, kerja, penat, mengantuk dan berat badan naik. Kalau cerita semua 7 hari 7 malam belum tentu habis.
Makin lama pendam, makin berselirat jadinya otak wanita ni. Makin mudah la stres!
Tugas lelaki kena dengar dan korek sebanyak mungkin maklumat dari otak isteri supaya otak yang berselirat tadi boleh jadi lapang selapangnya.
Bila otak dah lapang kerja banyak macam mana pun isteri tak akan stres, anak meragam pun boleh gelak ketawa.
Bukan sahaja stres boleh hilang malah segala kedutan dan kulit kusam isteri pun boleh hilang sekali.
Sebab suami yang rajin mendengar ni akan beri isteri Self Care dan Self Healing yang paling diorang idamkan.
Jangan terkejut pula lepas selalu jadi pendengar setia isteri korang jadi semakin cantik dan awet muda.
Kebanyakan suami selalu bagi alasan tak pandai buat kerja rumah dan urus anak sebab tak biasa buat. Mungkin alasan itu betul tapi jika tak cuba buat, kita tak tahu kemampuan sebenar diri.
Hingga akhirnya isteri juga mengalah sedangkan suami sebenarnya boleh buat. Biasa dengarkan pepatah Melayu ” melentur buluh biar dari rebungnya, dah jadi buluh susah nak lentur”. Di sebabkan pepatah ni ramai yang sampai ke tua tak pandai buat kerja rumah, dengan alasan dah tua bangka tak boleh nak bentuk dah. Kalau dari kecil dulu di ajar boleh la.
Perkongsian dari Ariff Ismail ini sebenarnya ada betulnya dan suami kenalah ringan tulang tolong apa yang patut.
Cuba kita guna istilah ni “better late than never”. Nak berubah ni dari tak tahu buat kepada tahu buat, tak payah nak sembang kecil-kecil dulu mak ayah tak ajar.
Kau pandai main FB, twitter, IG ada ke mak ayah kita yang ajar? Tak da bukan? Semua kita belajar sendiri. Nak ubah sikap kena datang dari diri sendiri, kalau tak nak berubah, malaikat jibrail turun ajar kan pun belum tentu berubah brother oiii.
Isteri minta tolang kemas, bagi alasan ” I mana pandai kemas, dulu semua maid dengan mama yang buat”. Wahhh bukan main KING jawapan yang di beri. Tu sebab bukan tak pandai, tu sebab saka malas masuk dalam badan brother.
Jika tak bentuk dari rebung dah jadi buluh pun masih boleh di lentur. Ada kita tengok orang buat bubu ikan ke, tikar buluh ke, dari rebung? Tak bukan, semua di lentur dari buluh yang keras.
Kita ni di galakan belajar dan sentiasa belajar, waima sebelum kita tutup mata pun kita di ajar mengucap kalimah syahadah. Ini kan pula setakat ilmu mengemas rumah, memasak dan jaga anak.
Semua ni boleh dibentuk walaupun kita dah besar, cuma terletak atas diri kita nak atau tidak sahaja. Tak salah pun kita letak ego kita ke bawah, dan ambil penyapu untuk tolong bini, mak kemas rumah.
Benda-benda asas ni, kita boleh belajar walaupun tak pernah buat dari kecil. Senang je brother, bila buat sama-sama keharmonian rumah tangga tu jadi lebih indah.
Sama juga pada para isteri yang tak tahu memasak, semua boleh belajar walaupun tak pernah masak dari kecil. Banyak kelas memasak online yang anda boleh cuba, di youtube juga banyak tutorial memasak yang boleh dipelajari.
Kesimpulannya, jika buluh boleh di lentur di jadikan bakul, inikan pula manusia. Sikap manusia ni kita boleh ubah, semua terletak pada diri kita je abang kakak sekalian.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.