Keibubapaan

Tak Perlu Jadi Sempurna, Cukup Jadi Ibu Ayah ‘Awesome’ Di Mata Anak, Ini Caranya!

Share

Bila jadi ibu ayah ni memang kat mata anak kita paling terbaik. Tapi sudah semestinya tiada yang sempurna dalam mendidik si kecil yang sedang meningkat usia. Namun apa yang boleh kita buat adalah berikan yang terbaik untuk mereka.

Nak jadi mak ayah yang ‘awesome’ untuk anak-anak, boleh cuba 5 teknik mudah ini!

5 teknik mudah ni boleh buatkan korang jadi mak ayah yang awesome

  1. Banyakkan senyuman dan sentiasa bercakap lemah lembut dengan anak. Ada waktunya kita perlu bertegas tapi bukan bermakna kita mesti menengking si kecil tu.

Ada kanak-kanak yang dia orang ni suka sangat terjerit-jerit. Sebenarnya sifat tu boleh jadi diwarisi daripada mak ayah yang kerap meninggikan suara bila bercakap.

  1. Jaga betul-betul perkataan yang keluar dari mulut kita masa berada kat depan anak.

Tak kiralah walaupun waktu tu kita tengah marah sangat-sangat. Apa saja yang dilontarkan oleh lidah mak ayah, akan jadi doa yang beri kesan berpanjangan dalam hidup anak kita tu.

  1. Selalu peluk dan cium anak. Pelukan dan ciuman akan buatkan dia rasa disayangi serta dihargai. Hatinya terasa dekat dengan mak ayah dia. Akhirnya apa saja yang kita nasihatkan mudah untuk dia dengar dan taat.

 

  1. Banyakkan bercerita dengan si kecil kita tu dan dengar jugak apa yang mereka nak ceritakan.

Kita tak nak jadi mak ayah yang leka dengan dunia sendiri hingga anak lebih cenderung ceritakan masalah dengan orang luar.

  1. Kita lakukan dulu apa yang kita nak anak kita tu lakukan.

Nak anak rajin belajar, kena tunjukkan yang kita pun rajin cari ilmu baru. Nak anak rajin baca Quran, kita dulu yang kena selalu baca Quran.

Nak anak ringan tulang rajin berkemas, kita pun sama kena ringan tulang dan selalu ajak anak kemas bersama.

Nak tak nak, wajib pesan pada pasangan masing-masing. Si kecil kita tu boleh jadi susah nak dengar apa yang kita cakap tapi mereka mudah benar nak tiru apa yang kita selalu buat.

Jom #sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang belum tahu.

Sumber: Ahmad Luqman Bukhari

Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di: https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
SAHR