Masalah kutu beras atau lebih dikenali bubuk beras antara yang sering menyebabkan golongan ibu rasa ‘geram’ tiap kali nak masak nasi. Bukan apa, jika dah ada seekor dalam bekas beras, hanya sekejap saja ia boleh membiak.
Disebabkan masalah ini, ada yang akan membuang beras tersebut. Jika selalu buat begini terasa juga rugi sebab masih banyak kan? Biasanya petua mak-mak kita dulu jemur beras di bawah cahaya matahari tapi jika terlupa dan kebetulan hari hujan kira tak ada rezekilah.
Kali ini idea yang dikongsikan oleh Puan Nurhasanah Harun mungkin boleh memberi penyelesaian. Tak perlu keluar rumah pun, masalah bubuk beras ini boleh selesai.
Selama 6 bulan tinggal rumah, beras pun bubuk dah berkampung. Sayang nak buang sebab elok lagi.
Cara saya tak jemur sebab saya malas keluar rumah. Lagipun sekarang cuaca pun kadang-kadang hujan kan.
Ini antara langkah yang saya lakukan:
Panaskan oven sekejap, masuk beras dalam tray dan masuk oven lebih kurang 10 minit biar betul-betul panas semua beras tu. Mati la bubuk sekali ulat-ulat dia.
Ads
Kalau tak ada oven tu boleh goreng tanpa minyak dalam kuali. Sekejap je agak-agak panas. Jangan goreng perang macam nak buat pekasam pulak ye.
Macam mana nak tahu beras masih elok?
Cuba basuh beras kalau tak ada beras warna putih timbul banyak-banyak tu maknanya elok. Kalau banyak timbul dan ringan tu cuba la patahkan beras tu. Dalam dia ada ulat bubuk.
Ads
Harap perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu adna yang mengalami masalah beras yang ada bubuk.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gemar memasak membuatkan figura ini sentiasa belajar pelbagai resipi baru untuk menambat selera anak-anak.
Dr Ezani Monoto menyediakan sendiri hidangan untuk keluarga kerana boleh menambah rasa kasih sayang serta membuatkan ibu lebih bersemangat untuk memasak. Berkongsi pengalaman menyediakan masakan pertama buat anak tercinta ketika usia 6 bulan pada 8 tahun yang lalu membuatkan anak-anaknya sukakan makanan segar.
“1st baby food saya buat, something yang exciting. Tapi bila baby food memang excited nak try macam-macam. Tapi kita cuba bagi baby food yang natural macam buah-buahan. Anak saya yang 1st pun suka buah-buah sampai besar. Baby food yang mencorakkan pemakanan mereka sampai besar”
Penerima Anugerah Pa&Ma Gala, Best Mama Millennial 2023 ini juga mengakui walaupun suka memasak manisan, namun dia juga sangat mementingkan kesihatan gigi kerana kerjayanya sebagai doktor gigi .
“Sebagai doktor gigi, kita boleh nampak apa yang menyebabkan gigi anak kita rosok. Walaupun dia gosok gigi hari-hari, tapi gosok tak bersih.”
“Habit dari kecil memang start je ada gigi memang terus gosok. Masa tak ada gigi pun kita kena selalu lap gusi dia. Macam anak-anak saya, bila berus gigi kalau nampak kuning-kuning saya tunjuk pada dia. Kiranya kalau tak gosok gigi bersih-bersih apa akan jadi”
“Kita start dari pergi beli berus gigi, libatkan mereka dan bagi peluang pilih sendiri. contoh ada rabbit ke. Bagi mereka minat.”
“Kalau anak 6 bulan saya akan berus dekat atas katil dan kepit tangan dia, sambil berus tu nyanyi atau borak dengan dia. Jadi dia akan ingat untuk berus gigi”
Saksikan perkongsian penuh Juara MasterChef 2012 ini di bawah
Suami antara orang yang paling dekat dengan isteri. Sebab itulah perkahwinan membentuk penyatuan dua hati yang sangat dituntut dalam Islam. Menerusi hubungan inilah lelaki dan wanita belajar untuk berkongsi kasih sayang, idea dan seluruh kehidupan mereka yang dulunya hanya diketahui keluarga dan kenalan rapat.
Dalam membina hubungan suami isteri, banyak perkara perlu diteliti supaya sentiasa seimbang, mewujudkan toleransi dan berpegang kepada tanggungjawab.
1. Kamu nampak mereka okay waktu siang. Namun belah malam boleh jadi dia sedang menangis.
2. Isteri bukanlah pakaian. Boleh disarung, boleh juga dibuang begitu sahaja. Mereka ada hati dan perasaan yang perlu dijaga rapi.
3. Hati isteri umpama kaca. Bila dah retak tu, kemungkinan besar tak boleh nak baiki semula.
4. Isteri menangis bukan sebab dia lemah. Namun disebalik tangisannya itu ada besarnya kekuatan yang telah dia kumpul untuk teruskan hidup.
5. Tunaikan hak-hak isteri. Tak susah pun untuk buat mereka sentiasa disayangi, disirami dengan kasih sayang. Lakukanlah semua perkara elok-elok sama seperti zaman bercintan cintun dulu.
6. Bila isteri tegur dan nasihat kamu, itu bermaksud dia berharap benar kepada kamu. Maka ubahlah jika perlu. Jangan sampai terlambat.
7. Suami dan isteri, dua-dua ada naluri. Namun naluri isteri lebih dalam. Maka katakanlah sejujurnya. Usah berdalih.
8. Isteri yang lembut dan bersabar ini, tetap ada batasnya. Jika telah sampai hadnya. Dia takkan teragak-agak untuk lakukan sesuatu yang kamu sendiri tak boleh jangka.
9. Fikir dua kali sebelum sakitkan hatinya. Bila dah sekali kamu buat dia kecewa dan terluka. Dia tidak akan sama lagi seperti sebelumnya. Dia dah berubah.
10. Apa yang kamu buat 5 tahun lepas, 50 tahun akan datang pun tetap dia akan ingat. Maka kena hati-hati. Jangan sampai memberkas dan membentuk jiwa-jiwa yang memberontak untuk sebuah perpisahan.
Share dan tag pasangan kalian ya supaya saling mengingatkan.
Anak yang mempunyai dua pusar sering dikatakan sebagai seorang yang nakal, degil, tidak mendengar kata, keras kepala, menimbulkan masalah, sukar dikawal dan dikaitkan dengan pelbagai lagi label yang negatif.
Benarkah semua mereka begini?
Menurut Puan Noor Afidah Abu Bakar selalunya dari lahir lagi sudah kelihatan pusar anak. Jika anak mempunyai dua pusar, dari lahir lagilah label diberikan kepada anak terutamanya oleh segelintir orang tua-tua. Walaupun kita belum lagi cuba untuk mengenali anak tersebut dan belum cuba lagi mendidik anak tersebut, dia sudah pun dilabel dengan label yang membawa konotasi ‘akan memberi kesukaran’.
Adilkah begitu?
Jika begitu persepsi kita dari awal, maka segala kebaikan anak tidak akan kita nampak kerana yang kelihatan hanyalah tingkah laku yang menguji kesabaran kita.
Mungkin segelintir orang tua-tua ini mempunyai pengalaman dengan beberapa anak yang mempunyai dua pusar pada masa lalu mereka tetapi untuk membuat generalisasi tentang semua adalah salah sama sekali, apatah lagi menyebarkan kepercayaan yang tidak tepat itu.
Menurut National Human Genome Research Institute, iaitu sebuah institut yang banyak menjalankan kajian tentang genetik dan genomic manusia, 5% penduduk dunia mempunyai dua pusar. Pusar ini berkaitan dengan gene manusia.
Kepercayaan tentang anak dua pusar bukan hanya wujud dalam masyarakat Melayu sahaja, malah ia juga dipegang oleh masyarakat Cina, Vietnam, Filipina, Amerika, Portugis dan beberapa kelompok masyarakat lagi. Kemungkinan besar penghijrahan manusia membawa kepercayaan ini berhijrah dari satu tempat ke satu tempat sejak beratus-ratus tahun dahulu.
Ada kepercayaan kuno yang mengatakan roh akan memasuki tubuh seorang manusia melalui pusarnya sejak dari awal kandungan di dalam perut ibu lagi. Apabila bayi mempunyai dua pusar, dua roh akan memasuki tubuh bayi tersebut dan menyebabkan pertelingkahan antara kedua-dua roh ini. Kedua-dua roh ini akan cuba bersatu menjadi satu roh yang kemudiannya menjadi roh anak tersebut. Kerana pertembungan dua roh inilah, bayi itu membesar menjadi seorang yang keliru, sering memberontak, sukar dikawal, nakal dan degil.
Anda percaya?
Bukankah sebagai seorang Muslim kita percaya bahawa seorang anak dilahirkan seumpama kain putih dan ibubapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya walaupun berapa pusar sekalipun yang dimiliki oleh anak tersebut?
Bukankah seorang anak itu lahir suci bersih tanpa dosa?
Ingatlah, kata-kata adalah satu doa. Kata-kata yang sering anak dengar tentang dirinya terutamanya daripada orang dewasa yang dekat dengan anak akan mewujudkan konsep diri (self concept) anak.
Anak sering tertanya tentang dirinya.
Siapa saya? Apakah peranan saya? Apakah kebaikan saya? Jika yang sering didengari tentang dirinya adalah label negatif, maka itulah kepercayaan anak tentang dirinya. Berhati-hatilah dalam melabel anak.
Tingkah laku seorang anak tidak bergantung kepada sifat fizikalnya sama ada mata bulat atau sepet, hidung mancung atau pesek, kulit cerah atau gelap, punya cuping telinga atau tidak, boleh gulung lidah ataupun tidak, kaki panjang atau pendek dan sebagainya.
Sifat fizikal tidak menentukan tingkah laku.
Tingkah laku anak bergantung kepada bagaimana ibubapa memahami dan mendidik anak.
Ibubapa perlu faham:
1) Perkembangan kanak-kanak (Child Development).
Semua tingkah laku anak adalah bersesuaian dengan usia dan perkembangannya. Kita tidak boleh mengharapkan anak kecil bersopan seperti orang dewasa kerana dia belum lagi boleh berfikir seperti orang dewasa, apatah lagi jika kita tidak membimbingnya dengan adab yang sepatutnya.
Kita juga tidak boleh mengharapkan anak A menjadi seperti anak B kerana mungkin perkembangan sosial dan emosi anak A tidak setara dengan anak B. Dia masih perlu dibimbing.
Kita tidak boleh mengharapkan anak berupaya untuk mendengar kata jika perkembangan bahasa dan komunikasinya masih perlu dipupuk supaya dia faham apa yang diberitahu dan diarah kepadanya.
Jika anak mempunyai kelewatan dari segi perkembangannya atau perkembangannya tidak sepadan dengan usia, bawalah anak berjumpa dengan pakar kanak-kanak.
Mereka dapat membantu dengan terapi yang sepatutnya. Usah diberi anak makan macam-macam produk yang mungkin hanya memudaratkan anak lagi. Kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan anak menjadi lebih sukar dikawal, begitu juga dengan bahan pengawet dan pewarna.
2) Pembawaan kanak-kanak (Temperament).
Setiap seorang daripada kita dilahirkan dengan sifat semulajadi atau pembawaan yang berbeza-beza. Ada yang mudah diuruskan,tidak cerewet, ada yang lebih aktif dan perlukan lebih pemahaman dan pemantauan, ada yang pendiam dan pemalu yang memerlukan lebih galakan.
Sebagai ibubapa kita perlu mengetahui anak kita berada dalam kategori pembawaan yang bagaimana kerana cara kita menguruskan anak bergantung kepada pembawaan mereka. Kita tidak boleh menggunakan satu kaedah saja untuk mendidik pembawaan yang berbeza-beza.
Oleh itu kenalilah anak anda. Luangkan masa bersama-sama anak untuk lebih mengenali dan memahami pembawaannya.
3) Fahami juga kecenderungan anak.
Kecenderungan anak kecil adalah bermain dan meneroka. Jika anak itu suka meneroka, sering ke sana kemari, mencuba itu ini, memegang itu ini, itu adalah sifat yang normal pada kanak-kanak. Kanak-kanak belajar melalui meneroka dan bermain. Usah di halang.
Apa yang perlu dilakukan oleh ibubapa adalah mewujudkan persekitaran yang selamat supaya penerokaan anak tidak memudaratkan keselamatan anak.
Peraturan juga perlu ditetapkan oleh ibubapa supaya penerokaan si anak tidak mengganggu orang lain atau pun merosakkan harta benda orang lain.
4) Selain itu ibubapa juga perlu sepakat dalam proses mendidik dan membesarkan anak. Ibubapa perlu sepakat tentang kaedah dan peraturan yang hendak ditetapkan dalam rumah supaya anak lebih mudah dikawal.
Jika ayah berkata “Ya” dan ibu berkata “Tidak”, anak akan keliru dan itulah yang menjadi punca utama anak degil dan tidak mendengar kata. Apabila dia keliru cakap siapa yang perlu diikut, dia akan mengikut kata hati dia sendiri yang sering kali menimbulkan lebih banyak masalah kerana dia belum berpengalaman untuk membuat keputusan.
5) Ibubapa adalah guru dan role model terbaik anak. Anak adalah cerminan diri kita sendiri. Adakah kita memberikan teladan tingkah laku yang baik buat anak-anak kita?
Ingatlah banyak faktor yang akan membentuk dan menentukan tingkah laku anak. Di antaranya adalah bimbingan daripada ibubapa, persekitaran anak, rakan-rakan anak, apa yang ditonton dan didengar, keyakinan diri dan jati diri anak, emosi anak, sosio ekonomi keluarga dan juga pegangan agama dalam keluarga yang akhirnya akan menentukan nilai dan akhlak secara keseluruhannya.
Jangan jadikan dua pusar sebagai ‘escapism’ atau jalan keluar untuk kita berputus asa dengan anak. Sentiasalah berdoa supaya anak-anak kita menjadi insan yang berguna dan menyumbang kepada masyarakat.
Oh ya, anak saya sendiri mempunyai dua pusar kepala.