“Tak Perlu Jerit-Jerit, Guna Mata Saja” Paling Tegas Dengan Anak, Mummy Becca Ada Cara Sendiri!

Share

Membesarkan anak ramai bukannya mudah jika tanpa didikan yang sempurna. Datin Rebecca Nur Al-Islam mengakui dia seorang ibu yang cukup tegas dengan anak-anak namun dalam masa yang sama begitu memanjakan anak-anaknya.

Akui Datin Rebecca yang lebih dikenali sebagai Mummy Becca di Instagramnya, dia lebih tegas dan garang berbanding suami yang sentiasa memanjakan kelapan-lapan anak mereka.

Berkongsi cerita mengenai cara didikannya, Datin Rebecca yang dipilih sebagai penerima Anugerah Best Mama Mellinial 2022 berkongsi caranya.

Tak perlukan jerit dan marah-marah, cukup hanya suara yang tegas dan jelingan ‘manja’. Begitu kata Rebecca.

“Saya seorang mummy yang garang, bos yang tegas dan cukup dikenali dikalangan staff. Dengan anak-anak pun sama, saya tak didik anak dengan pukul dan rotan tapi nada suara saya tegas.

“Bila mummy cakap No maksudnya No lah. Kalau saya happy, dorang dah tau. Jadi dengan anak-anak tak perlu saya nak jerit, guna mata saja. Jeling sikit dan besarkan sikit mata, jadi anak-anak dah tahu lah.

“Jadi tak perlu nak tarik-tarik, guna rotan dan sebagainya. Lenggok suara pun anak dah tahu.

“Walau dalam tegas, saya biasakan selalu puji anak-anak, biar anak-anak rasa bangga bila dipuji. Kita kena bezakan biar anak tahu.

“Tapi bila anak nakal, bila setiap kali saya cakap tak sayang dia, dia jadi risau. Nanti cepat-cepat dia minta maaf supaya saya sayang dia semula. Itulah cara saya,” kongsi Mummy Becca lagi yang cukup penyayang dengan anak-anak.

Tidak mewahkan anak
Biarpun hidup mewah namun ibu cantik manis ini tidak sewenang-wenangnya memewahkan anak-anak dengan semua kemahuan mereka.

“Dengan anak-anak ni saya manjakan tapi ada waktunya jika tiba-tiba anak nak sesuatu barang tu tapi memang dia dah ada, saya tak akan sekali-kali belikan. Saya kena terangkan pada anak.

“Saya selalu manipulate guna psikologi pada anak-anak saya yang masih kecil. Tapi lain pula kisahnya dengan anak yang dah besar, 14 tahun dan 10 tahun. Saya kena beritahu kenapa saya tak boleh belikan,” kongsinya lagi.

Tak sukar travel dengan anak ramai
Memiliki anak ramai tidak mudah, tapi lain kisahnya dengan Mummy Becca yang tidak mempunyai masalah setiap kali bercuti biarpun tanpa pembantu.

“Kalau nak pergi berjalan atau bercuti memang mudah sebenarnya. Lagi satu kalau travel kita nak dorang happy, jadi saya selalu cakap nak bercuti kena sentiasa behave, jadi masing-masing pandai kawal diri.

“Jangan nakal dekat rumah dan nanti bila sampai sana anak-anak akan jadi sangat baik. Bagi saya setiap apa yang kita janjikan masa bercuti tu kita kenalah tepati.

“Lama-lama anak-anak dah tahu dan secara tidak langsung mereka akan mengawal diri sepanjang bercuti. Jadi mudah,” kata Rebecca yang paling bersyukur bila dapat membawa kesemua anak-anaknya menunaikan umrah tidak berapa lama dahulu.

Terdahulu Datin Rebecca mendirikan rumah tangga bersama Datuk Nor Azam Sulaiman pada 14 januari 2011. Hasil perkongsian hidup dengan suami, beliau telah dikurniakan lima orang zuriat iaitu Nor Anggun Raverra, Nor Anggerik Renesmee, Nor Aliff Al- Raffael, Nor Ahmed Al- Reaggan dan Nor Aurora Riana.

Datin Rebecca turut menjaga dua orang anak tiri bernama Nor Arif Qayyum dan Nor Khayrin Sofiya, bersama seorang anak angkat, Nor Adam Daniel.

Menarik:  Bagus Untuk Anak Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik!

 

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM