Bukan salah anak tapi salah kita sendiri yang terlalu berlebih-lebihan menghakimi anak ketika waktu perkembangannya. Sebaiknya beri anak ruang. Jika tidak salah, kita perbetulkan sebelum terlambat.
Menurut perkongsian OT, Pn Maryam Jamadi, mak ayah yang terlalu kritikal hanya akan mengakibatkan anak terkesan pembesarannya. Ubahlah.
X MAK AYAH YANG TERLALU KRITIKAL ❌️ “Salah tu, cakap betul-betul” “Kenapa tak pandai-pandai baca?” “Tulis cantik-cantik!” “Tuang air jangan tumpah” “Buruknya lukisan ni”
⛔️ Semua pun nak bangkang,
⛔️ Semua pun nak komen,
⛔️ Semua pun nak kutuk,
⛔️ Semua pun nak kawal.
Inilah tanda-tanda mak ayah yang terlalu kritikal dengan anak. Sebagai terapis kanak-kanak, kami juga bekerja dengan mak ayah.
Ads
Setiap kali terima kes masalah anak-anak, saya akan selidik sedalam-dalam mungkin punca masalah supaya dapat bantu anak. Ada satu perkara yang saya sedar, anak-anak yang dibesarkan oleh mak ayah yang terlalu kritikal berisiko untuk,
– Lambat bercakap
– Tidak suka menulis
– Tidak suka membaca
– Lewat perkembangan
– Tidak konfiden dengan diri
– “Perfectionist”
Mana taknya, contohnya anak cakap pelat masa umur 1 tahun mak ayah dah asyik-asyik komen salah itu salah ini. Sudahnya anak tidak mahu bercakap langsung sebab takut kena marah.
Anak baru belajar menulis, asyik-asyk komen anak tulis tak cantik. Sudahnya semua pun anak tak mahu buat.
Jadi, sememangnya tugas saya untuk menerangkan pada mak ayah supaya elakkan terlalu komen apa yang anak tidak pandai lagi. Tetapi fokus pada progress perkembangan anak. ✅️
Ads
Dan ya, apabila mak ayah sudah tidak komen itu ini, anak jadi lebih konfiden dengan diri sendiri dan cepat sangat perkembangan anak meningkat.
Sikap terlalu kritikal ini sekiranya tidak diperbaiki, boleh buat
1. Hubungan anak-ibu bapa atau hubungan antara adik beradik tidak rapat.
2. Sikap anak di rumah lain, di luar rumah lain. Anak banyak berlakon bila dengan mak ayah.
3. Tidak sukakan cabaran, tidak konfiden dengan diri sendiri.
4. Susah buat keputusan kerana terlalu risau buat silap.
Ads
Sebagai mak ayah, pastilah kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Tetapi secara tak sedar, komen kita yang keterlaluan boleh ganggu perkembangan emosi dan sosial anak.
Daripada kita komen yang lebih fokus kepada kekurangan anak, jom kita ubah kepada komen yang membina:
1. Anak salah sebut atau pelat, kita ulang balik perkataan yang betul secara tidak langsung berbanding tekankan “saaaalah tu”
2. Anak tulis tak kemas, kita beritahu anak “tak apa, lama-lama nanti tulisan jadi kemas. Mummy pun tulis macam itu dulu”.
3. Anak lukis tak cantik, kita beritahu anak “nanti berlatih lukis banyak-banyak mesti jadi cantik”.
4. Anak tumpahkan air, kita ajar anak lap sendiri dan betulkan posisi anak bila menuang air.
5. Anak asyik-asyik salah baca, kita beritahu anak “nanti kita belajar baca sama-sama lagi”.
Jika dahulu kita dibesarkan oleh mak ayah yang terlalu kritikal, jom kita ubah.
Kanak-kanak boleh lemas di dalam air walaupun kedalamannya hanya 1 inci atau kurang daripada 2.5 sentimeter. Ibu bapa kena tahu hal ini!
Menurut perkongsian Dr Kamarul, ada beberapa perkara kita perlu pastikan untuk elak risiko anak lemas di dalam bilik air, antaranya:
1. Elak Tinggal Anak Mandi Sendirian
Jangan tinggalkan anak mandi sendirian di dalam besen, baldi, tab mandi atau kolam berisi air walaupun untuk seketika. Jika keluar dari bilik air, bawa anak sekali.
2. Terdapat Risiko Tergelincir
Selain lemas, kanak-kanak yang bermain di bilik air sendirian mudah tergelincir dan tersungkur kerana permukaan lantai licin. Terutamanya pada yang baru belajar berjalan.
3. Simpan Bekas Takungan Air
Kosongkan dan simpan bekas takungan air di tempat yang sesuai selepas menggunakannya supaya anak tidak ambil dan mengisikannya dengan air tanpa pengawasan.
4. Tutup Bekas Takungan Air
Ada bilik air mempunyai binaan takungan air yang kekal seperti kolah. Jika tidak boleh kosongkan, maka tutuplah ia. Mangkuk tandas jenis duduk pun elok ditutup.
5. Tutup Pintu Bilik Air
Jika tak boleh kosongkan, dan tak boleh tutup bekas takung air. Maka tutuplah pintu bilik air jika tiada sesiapa menggunakannya. Ini untuk elak anak masuk tanpa kita sedar.
Semoga bermanfaat! Nanti kita belajar sikit tentang CPR untuk bayi pula, ya?
Membesarkan anak di zaman moden masa kini banyak cabarannya termasuk bab keselamatan anak.
Terlalu banyak berita yang kita dengar melibatkan keselamatan anak seperti penculikan dan gangguan seksual. Sebagai ibu bapa sudah tentu rasa bimbang sentiasa menghantui diri memikirkan keselamatan anak-anak.
Usahawan butik muslimah, Aisyah Hijanah berkongsi satu video gelagat anak sulungnya, Khadeejah yang diajar tentang cara untuk mempertahankan diri sekiranya ada orang asing cuba menyentuh bahagian sulitnya.
Menurut ibu kepada sepasang cahaya mata ini disebabkan situasi zaman sekarang yang banyak mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai risiko penjenayah seperti penculikan maka wajib ibu bapa untuk melatih anak-anak untuk tahu bercakap “TIDAK” dan pertahanan diri pada situasi yang bahaya.
“Kita kena ajar mana bahagian sulit anak, mana yang boleh pegang dan tak boleh pegang dan siapa orang yang dibenarkan pegang mana-mana bahagian sensitif di tubuh anak.”
Since sekarang ni musim orang culik budak, that’s why kita kena train kids to be stern saying “NO” & self defense. Ajar mana private part, mana yang boleh pegang & tak boleh pegang
Walaupun anak masih kecil, ibu bapa kena sentiasa ingatkan dan bercakap tegas dengan anak supaya mereka faham sentuhan selamat dan tidak selamat itu perkara yang serius supaya mereka sentiasa berhati-hati sampailah mereka dewasa.
Eventhough pak cik atau family sekalipun, they have to know which part is sensitive. Bukan semua part boleh di sentuh. Ajar anak tegas daripada kecik supaya bila besar tak mudah orang boleh sentuh dia
“Luculah Jawapan Khadeejah”
Bagaimanapun gelagat Khadeejah yang memberikan jawapan “acehh” (terima kasih) apabila Aisyah bertanyakan soalan jika ada orang nak pegang bahagian sulitnya menarik perhatian wargamaya yang menonton video tersebut.
Lumrah gelagat kanak-kanak yang suka bermain dalam semua hal, jawapan Khadeejah sememangnya membuatkan ramai terhibur.
Bagaimanapun walau kelihatan seperti tidak faham dan ‘main-main’ tetapi jangan memandang remeh pada apa yang diajari oleh ibunya dan kesan jangka masa panjang pada si kecil.
Mengikut pakar perkembangan kanak-kanak, biasanya kanak-kanak mudah menyerap apa sahaja yang selalu diajar dan diperhatikan walaupun secara semula jadi mereka gemar bermain.
Maka menjadi kewajipan ibu bapa untuk sentiasa berpesan dan mengajar anak tentang kepentingan menjaga keselamatan diri sejak mereka kecil lagi.
Seorang wanita berdepan dengan detik trauma dalam hidupnya apabila kepala bayi yang baru sahaja dilahirkan dipenggal secara tidak sengaja oleh seorang kakitangan perubatan di sebuah perkampungan di wilayah Sindh, Pakistan.
Menerusi laporan NDTV, kejadian berkenaan berlaku di sebuah perkampungan di wilayah Sindh di mana seorang wanita berusia 32 tahun telah pergi ke sebuah pusat perubatan pedalaman (RHC) di kawasan tempat tinggalnya itu.
Menurut Ketua Unit Ginekologi Universiti Perubatan dan Kesihatan Liaquat (LUMHS), Profesor Raheel Sikander, pengamal perubatan tersebut terpenggal kepala bayi terbabit di dalam rahim wanita dan dia tidak mengeluarkannya.
Disebabkan tak ada doktor sakit puan, pengamal perubatan tak berpengalaman itu telah menyebabkan dia (pesakit) berdepan dengan trauma.
Pesakit berdepan situasi kritikal
Ketika pesakit berkenaan berdepan dengan situasi kritikal, dia dikejarkan ke sebuah hospital berhampiran di bandar Mithi, namun tiada kemudahan untuk merawatnya di situ.
Walau bagaimanapun, dia dibawa ke LUMHS untuk mengeluarkan keseluruhan mayat bayi daripada rahim wanita terbabit dan pihak pengamal perubatan di sana berjaya menyelamatkan pesakit berkenaan.
Susulan daripada itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Sindh, Dr. Juman Bahoto telah mengarahkan agar siasatan lanjut dijalankan berhubung kes berkenaan serta jawatankuasa siasatan akan mengenal pasti kejadian sebenar berlaku terutamanya situasi di mana ketiadaan pakar ginekologi dan kakitangan wanita di RHC.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.