Setiap pasangan suami isteri ada cara tersendiri untuk eratkan hubungan perkahwinan masing-masing. Antaranya pergi bercuti tanpa bawa anak bersama.
Baru-baru ini tular kisah seorang instafamous bercuti bersama suami tanpa membawa anaknya. Ramai pula netizen yang mengecam tindakan mereka meninggalkan anak untuk pergi berlibur.
Hidup berumah tangga ada pasang surutnya. Pasangan suami isteri kena ada cara tersendiri untuk terus mengeratkan hubungan perkahwinan masing-masing.
Ia diakui oleh seorang ibu ini, Siti Aishah yang mengakui pada awalnya dia juga sama seperti ibu lain sukar pergi ke mana-mana tanpa anak bersama.
Namun apabila tiba-tiba dirasakan hubungan suami isteri makin renggang dan suami ambil keputusan drastik membawanya pergi bercuti tanpa anak-anak barulah dia menyedari pentingnya tindakan tersebut ada kebaikannya.
Tak perlu kecam sangat suami isteri pergi bercuti tinggalkan anak.
Dulu saya jenis sukar tinggalkan anak-anak. Kalau boleh nak usung ke mana sahaja.
Sehinggalah ada satu ketika ibu bapak saya rajin kidnap anak-anak saya (masa tu saya ada 2 orang anak) balik Kulim untuk spent time bersama mereka.
Saya dan suami?
Ditinggalkan berdua di Klang.
Ketika itulah, setiap detail pada suami saya nampak. Belakang tengkuk yang gelap minta discrub. Muka jerawat minta dirawat. Sejuk malam minta diselimut.
Kerana sebelum ni saya sibuk uruskan najis, muntah dan daki anak-anak. Sibuk untuk memastikan keselesaan anak-anak.
Kemudian semua berubah bila bapak dan ibu pindah Klang. So, kami jarang “ditinggalkan” berdua. Sehinggalah tahun ke-5 perkahwinan saya rasa “kosong” apabila bersama dengan suami.
Senyum dia kurang manisnya.
Rajuk dia saya malas nak ambil pusing.
Kami mula bergaduh. Selalunya saya yang mulakan. Dia seperti biasa diam dan membawa hati.
Semuanya kerana dia sibuk uruskan anak-anak (kerana masa dia lebih dengan anak-anak dan saya ketika itu sibuk bekerja di sebuah syarikat swasta).
Kemudian suami buat keputusan drastik. Tinggalkan anak-anak pada ibu bapa saya dan bawa saya ke Pulau Tioman. Berdua. Saya tak nak. Dia insist.
Kami ke sana selama 5 hari.
3 hari pertama, saya berkeras membawa haluan sendiri. Saya lebih layan novel dari dia. Saya banyak habiskan masa di telefon bimbit. Ketika itu rasa jauh meskipun tinggal dalam chalet yang sama. Hati lebih teringat pada anak-anak.
Sehinggalah….
Suami mengajak pergi snorkeling. 1st event kami berdua di pulau itu. Cuba menjauhkan diri. Masih rasa kosong. Tapi semua berubah bila saya menyelam bersama suami melihat keindahan ciptaan Allah di dasar laut.
Ketika itu tidak tahu bagaimana tangan bertaut ketika menyelam. Banyak peristiwa berlaku ketika aktiviti snorkeling. Bagaimana kami dikejar obor-obor besar. Suami malas nak berenang dia hanya paut pada badan saya dan harapkan saya berenang seorang. Saya hanya menyumpah manja sambil tergelak bila rasa dipergunakan.
Dan semua bermula dari Tioman. Saya nampak dia. Saya nampak kasih sayang dia. Dia bukan lelaki romantik. Tetapi lelaki yang baik. U cant have all girls. In order to gain some…u need to lose some.
“Jatuh Cinta Semula Dengan Suami”
Bermula saat itu saya ubah DIRI SAYA. Saya kurangkan harapan agar dia berubah menjadi seperti suami kawan-kawan saya. Dia adalah dia.
Dan buat pertama kali selepas 5 tahun berkahwin, saya jatuh cinta semula. Dia menjadi sahabat karib saya sehingga kini. Dan kami pulang ke pangkuan anak-anak, dengan kasih yang lebih utuh.
Itu cerita 5 tahun yang dahulu.
Cerita berbeza bila suami mula menginjak 40-an di mana lelaki di usia ini memerlukan lebih perhatian dan belaian dari pasangan.
So di pertengahan usia 30-an, saya kena cerdik dan cerdas membahagi masa anatara anak-anak dan suami. Ketika ini juga saya hamil anak ke-5. Menguruskan syarikat dan sambung Master.
Saya bersyukur amalan berpantang yang utuh ketika 3 kali berpantang banyak membantu saya aktif dan cergas menguruskan anak-anak dan memberi perhatian buat suami.
Penat?
Usah cerita.
So, a small breakaway ketika Bengkel Herba di Langkawi bulan lepas sedikit sebanyak memberi ruang utk saya memenuhi masa bersama suami. Hanya kami berdua.
We spent quality time together.
Masa ni lah berkesempatan bergaduh benda kecil-kecil. Merajuk. Marah. Kemudian berbaik balik.
Tiap-tiap malam kami drive sekitar Langkawi sambil bercerita pasal anak-anak, arwah abah, mak, my parents, our future (selalu pasal company sebab my husband a bit lousy bercerita pasal love live – hidup JAWA).
We had our arguments. But we make up easily.
Dan masa inilah pertama kali air mata suami tumpah merindui arwah abah. After 2 months abah meninggal. And Im glad Im there for him during the breakdown.
So guys…..
Some marriage need extra work.
Anak-anak boleh menjadi pengikat kasih sayang suami isteri, tetapi kadang-kadang suami@isteri juga mempunyai naluri seorang anak-anak yang perlukan perhatian.
Suami kita masih seorang anak manja.
Dan kita sebagai isteri sentiasa perlukan perhatian tak berbelah bahagi dari suami.
Ini fitrah kita.
Jadi jangan rasa bersalah tinggalkan anak-anak untuk pergi bercuti.
Anak-anak akan lebih bahagia melihat ibu ayah berkasih utuh sehingga tua.
*Terima kasih buat ibu dan bapak saya yang banyak memberi kami ruang dan waktu untuk bersama sepanjang 10 tahun tempoh perkahwinan kami. Doakan perkahwinan kami kekal dalam suka dan duka bersama sepanjang hayat, seperti mak dan abah…ibu dan bapak.