Tugas seorang ayah bukanlah mudah. Keluar bekerja dan bila balik tu dah rasa letih sangat. Kadang-kadang tak sempat nak luang masa dengan anak. Sebab itulah anak-anak kurang rapat dengan ayah. Tahukah anda, sebenarnya ada cara untuk anak jadi rapat dengan ayah mereka? Macam mana tu?
Dengan menyuap makan kepada anak, mereka akan rasa lebih disayangi. Jika ayah yang menyuap dengan tangan sendiri ke mulut anak-anak, percayalah akan datang rasa hormat dan kasih kepada si ayah. Paling penting, bukan mudah sebenarnya nak suapkan anak habis sepinggan terutamanya jenis picky eater!
Artikel Menarik: [Terlalu Rindu Arwah Sarah, Setiap Minggu Shuib Jalani Pemeriksaan Mental Demi Anak]
Selalu Rindu Antara Satu Sama Lain
Jika makan sekeluarga, anak-anak akan lebih menghargai dan mengingati antara satu sama lain. Ke mana pun mereka pergi, pasti tidak akan terlupa kepada yang lain.
Juga dengan suapan ayah itulah yang membuatkan mereka sentiasa terasa memerlukan antara satu sama lain untuk melengkapkan kehidupan mereka. Ayah yang menyuap pula akan sentiasa disebut-sebut dan dirindui. Percayalah.
Bonding Adik-Beradik Jadi Kuat
Tahukah anda, dengan mengamalkan konsep makan bersuap oleh ayah akan membuatkan kasih sayang antara beradik menjadi utuh? Ketika suap makan, peranan ayah bukan sekadar sebagai tukang suap.
Titipkan pesanan perlahan-lahan secara konsisten dan mereka akan ingat akan pesanan itu sehingga bila-bila. Jika makan disuap oleh si ayah, yang tua akan melindungi adik-adik. Yang kecil pula akan menghormati yang abang atau kakak di atasnya.
Artikel Menarik: [Anak Sulung Umpama PA Mak Ayah. Minta Tolong Apa Semua Boleh, Selalu Jadi Comtoh Adik-Adik!]
Jadi Anak Manja Si Ayah!
Biarpun sibuk bekerja, tunjukkan kepada anak-anak yang anda peka dengan setiap perkembangan mereka. Kongsikan cerita anda ketika di pejabat atau bersembanglah dengan mereka tentang apa saja topik. Bukan sahaja dapat memberi mereka pendedahan kepada perkara baharu tetapi membuka peluang kepada anak-anak untuk lebih mempercayai si ayah.
Anak Seronok, Isteri Bahagia!
Ini paling win! Sebenarnya, mengambil alih tugas menyuap anak-anak dapat memberi sedikit masa kepada ibu untuk berehat. Lebih bahagia, jika ketika itu ayah juga suapkan ibu. Bukan sahaja kasih sayang antara ayah dan anak-anak semakin kuat, bahkan hubungan suami isteri juga lebih bahagia dan memberi impak positif kepada tumbesaran anak.
Artikel Menarik: [Anak Buat Perangai, Jangan Terus Marah-Marah. Beri Mereka Peluang, Guna Kaedah ‘Time-Out’]
Sesekali cubalah makan bersuap satu keluarga. Anda akan nampak sendiri perubahannya pada diri sendiri, pasangan serta anak. Selamat makan bersuap!
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)