Tak Perlu Kulit Popia, Guna Roti Je! Roti Goreng Carbonara, Hanya 5 Bahan Mudah

Share

Selalunya kita akan buat resipi popia carbonara. Namun kali ini sedikit berbeza tetapi penyediaanya amat mudah.

Tak perlu lagi bersusah untuk medapatkan kulit popia. Hanya gunakan kepingan roti sahaja, yang penting resipi ini rangup diluar, cair di dalam. Resipi ini sesuai untuk dijadikan minum petang. Anak-anak pun confirm suka!

Baca: Tak Pandai Buat Kek, Yang Ni Paling Senang, Cuba Burnt Cheese Cake, Confirm Jadi!

Bahan-Bahan:

-1 biji bawang holland (1 holland onion)
– 200g isi ayam cincang (200g ground chicken)
– 2 tin kecil sos carbonara (2 small can carbonara sauce)
– 1/2 cawan susu segar (1/2 cup fresh milk)
– roti sandwich (sandwich bread)

Cara-Cara:

Hiris bawang Holland. Kemudian tumis bawang dan isi ayam (jangan lama sangat, bagi dia garing sikit je)

Kemudian masukkan 2 tin sos carbonara. Masukkan setengah cawan susu segar (untuk kurangkan rasa masin carbonara).

Bila dah sejuk masukkan kedalam bekas untuk dibekukan dalam 1-2jam.

 

Lenyekkan roti kemudian masukkan inti tadi. Kemudian tekap dengan menggunakan cawan (jadikan bentu dorayaki).

Goreng dalam minyak yang betul-betul panas.

Sedia untuk dimakan.

Baca: Stok Pati Kurma Untuk Sahur, Paling Mudah Nak Sedia, Perut Tahan Sampai Berbuka!

Sumber: Khairulming

Published by
NuFa