Tak Perlu Labelkan Anak Aktif Itu Hiperaktif. ADHD & Aktif Itu Dua Benda Berbeza

Share

“Anak saya hiper-aktif!”

Tolong la sayang, jangan lah sebut anak itu hyper active. Hyper active ini adalah sejenis medical condition, ADHD terlampau lebih. Kebanyakkan kanak-kanak mereka adalah aktif. So jangan terlalu mudah menggunakan perkataan hyperactive ni ya. ⠀

 

 



Kalau anak tu suka bermain, bergerak dan aktif, katakan dia aktif. Cukup. Tak perlu sebut Hiper-aktif. ⠀

Mereka ini adalah anak-anak yang suka belajar secara bergerak atau disebut Ibu suka gunakan Kinesthetic Learner. Dan ini BUKAN penyakit dan bukan sesuatu yang perlu dirisaukan . Ia cuma salah satu cara Modaliti Pembelajaran.⠀

Anak Hiperaktif

Anak hiperaktif sukar duduk diam, kurang member tumpuan kepada sesuatu perkara dan bertindak spontan mengikut kehendak hati serta sukar mengasingkan maklumat yang diterima. Menguruskan anak hiperaktif bukan mudah dan kadang kala meletihkan! Mereka ini sangat aktif dari segi fizikal dan mental berbanding kanak-kanak lain. Ingatan mereka kuat tetapi kelemahan mereka adalah cepat bosan dan kurang memberi fokus kepada sesuatu perkara yang mana akan menjejaskan ingatan jangka panjang mereka. Dr. Seto Mulyadi dalam bukunya “Mengatasi masalah anak sehari-hari“ menyatakan  pengertian istilah anak hiperaktif ialah ‘Hiperaktif menunjukkan adanya suatu pola perilaku yang menetap pada seorang anak. Perilaku ini ditandai dengan sikap tidak mau diam, tidak boleh fokus dan bertindak sekehendak hatinya.

Anak hiperaktif juga sering menjadi kebimbangan ibu bapa apabila jarang mempertimbangkan akibat daripada tindakan yang dilakukannya sama ada  membahayakan dirinya atau orang lain. Oleh itu, kanak-kanak hiperaktif memerlukan pengawasan rapi serta perhatian yang lebih daripada ibu bapa. Dalam pada itu, kanak-kanak hiperaktif cepat bosan sekiranya tiada kawan untuk berkomunikasi dan bermain. Ibu bapa hendaklah menyediakan dan merancang aktiviti yang pelbagai bagi mengatasi sifat cepat bosan mereka. Oleh itu ibu bapa perlu kreatif merancang pelbagai aktiviti menarik dan selamat untuk mereka.

7 tip di bawah ini dapat menolong anda dalam menghadapi anak yang hiperaktif:

1.Peraturan

Buatlah peraturan dan had batasan yang jelas di rumah. Jika perlu, anda menuliskannya dan tampal di bahagian ruangan rumah tertentu. Tindakan ini supaya semua anggota keluarga dapat melihat dan mematuhinya termasuklah si hiperaktif. Dengan ini dapat mengawal penggerakannya dengan mudah. Pastikan peraturan ini dilakukan secara rutin.

2.Waktu lapang bersama

Gunakan waktu lapang anda melakukan aktiviti bersama si manja anda seperti berjalan-jalan di taman, membaca buku cerita bersama, bermain bersama dan sebagainya. Aktiviti ini dapat mengembangkan hubungan anda bersama si manja anda yang hiperaktif. Sehingga mereka dapat bersikap positif dan melakukan aktiviti secara natural bersama anda, tanpa harus berlebihan.

3.Aktiviti fizikal

Anak-anak yang hiperaktif sangat dipengaruhi oleh tenaga yang berlebih di dalam tubuh mereka. Hal ini menyebabkan mereka sukar untuk fokus terhadap sesuatu. Supaya si manja dapat menyalurkan tenaganya, anda boleh membantu dengan melakukan beberapa aktiviti olahraga. Misalnya berlari, bermain bola, dan sebagainya. Di samping itu, aktiviti ini dapat membantu dalam mengelola moodnya. Kurangkan makanan manis

yang boleh menyebabkan dia lebih bertenaga.

4.Ingin perhatian

Secara umumnya anak-anak ingin mendapat perhatian daripada ibu bapa. Namun anak-anak yang hiperaktif sering mendapat perhatian dari aktivitinya negatif yang dilakukannya. Jadi anda perlu mengubah cara kehidupan dengan memberikan perhatian kepada anak anda secara lebih positif.

5.Teguran

Anak seperti ini sukar diramal tingkah lakunya. Kadang kala sikap mereka sukar dikawal. Malah ada juga tindakan mereka boleh membahayakan. Jangan biarkan ia berlarutan. Segera menegur dan menasihati anak hiperaktif sekiranya apa yang mereka lakukan bakal mendatangkan akibat buruk.

6.Bersabar

Sikap anak yang hiperaktif membuatkan anda hilang sabar. Ini kerana kerenahnya memang kadang kala membuatkan anda panas baran. Apa pun, jangan bertindak memukul dan memalukan mereka sekiranya melakukan kesalahan atau melanggar peraturan telah ditetapkan. Sebaliknya cuba memberi nasihat secara rasional. Jelaskan dengan ayat yang mudah dengan membuat penegasan kenapa sikapnya itu tidak elok.

7.Nasihat pakar

Jika anak masih tidak menunjukkan perubahan walaupun pelbagai usaha yang dilakukan, dapatkan nasihat dan rawatan pakar sekiranya tahap hiperaktif anak kita membimbangkan.

Anak Aktif

Sebenarnya anak yang aktif menunjukkan mereka sihat. Otak mereka pantas berfikir untuk melakukan pelbagai aktiviti. Bayangkan jika anak kita terbaring saja, tentu kita susah hati juga dibuatnya.

Justeru ibu-ibu setkan minda kita untuk memandang situasi itu dari sudut yang positif bagi mengurangkan stres. Tip berikut mungkin boleh membantu kita dalam menangani anak-anak yang sentiasa aktif.

1) Tetapkan peraturan yang jelas untuk anak-anak dan seisi keluarga. Jangan fleksibel kerana kanak-kanak yang aktif ini mereka memerlukan peraturan yang jelas.

Beri penerangan dari mata ke mata tentang peraturan dan minta mereka mengulangi kembali apa yang kita katakan untuk memastikan mereka faham. Perlu faham jika anak buat kesalahan kita kena juga menghukum mereka sebagai pengajaran.

2) Rutin yang tetap boleh membantu kanak-kanak. Kebanyakan kanak-kanak cenderung untuk menghadapi kesukaran apabila tidak ada rutin yang tetap dan konsisten. Jika kanak-kanak tahu bahawa waktu tidur adalah pada pukul 9 malam, maka secara semula jadi, itu akan menjadi tabiatnya.

3) Gunakan masa lapang untuk membawa anak-anak keluar bersiar-siar ke taman permainan, membaca buku bersama-sama, atau sekadar bermain dan bergurau dengan mereka. Detik-detik seperti ini boleh membantu terutamanya untuk menjalin hubungan yang mesra dengan anak-anak dan meningkatkan daya tumpuannya secara berperingkat.

4) Elakkan anak daripada banyak menonton TV, dan jangan biarkan menonton TV pada waktu malam terlalu lama. Bunyi TV yang kuat dan kadang-kadang mengkhayalkan boleh merangsang kanak-kanak aktif. Pilih satu atau dua rancangan yang sesuai untuk mereka tonton. Kanak-kanak hiperaktif lebih mudah belajar dengan melakukan aktiviti bukan dengan duduk menonton. Jadi, sediakan banyak aktiviti yang memerlukan pergerakan untuk mereka.

Paling penting usah memberi label yang negatif seperti “buas” kepada mereka.

Sumber: Ibu Rose

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
NuFa