Keliru dengan pelbagai persoalan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tampil menjelaskan kini tidak perlu lagi melakukan ujian sebaik selesai menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Malah menurutnya lagi, individu yang positif Covid-19 tidak perlu membuat ujian ulangan hanya kerana hendak memastikan tiada lagi virus berkenaan di dalam badan.
Dalam satu kenyataannya semalam, Dr Noor Hisham Abdullah berkongsi kenyataan itu agar tidak ada yang keliru.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menekankan bahawa ujian tidak perlu diulang selepas individu yang positif Covid-19 selesai menjalani kuarantin.
“Ini kerana ujian yang sangat sensitif seperti RT-PCR masih dapat mengesan kehadiran bahan genetik virus pada sampel saluran pernafasan sehingga dua kepada tiga bulan lamanya setelah dijangkiti, misalnya dalam tempoh viral shedding.
“Namun, virus tersebut sudah tidak dapat membiak dan individu tersebut tidak mungkin boleh menyebarkan jangkitan,” kata Dr Noor Hisham.
Tambahnya, seseorang itu hanya boleh dijangkiti jika mereka berada berdekatan dengan pesakit Covid-19 yang batuk atau bersin.
“Covid-19 boleh tersebar terutamanya antara individu yang mempunyai kontak rapat. Jangkitan berlaku apabila titisan yang mengandungi virus dihirup melalui udara atau bersentuhan langsung dengan mata, hidung, atau mulut seseorang.
“Virus ini lebih mudah merebak dalam persekitaran tertutup yang kurang ventilasi dan sesak,” ujar beliau.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan perkembangan situasi semasa jangkitan Covid-19 di negara ini, di mana sebanyak 33,406 kes baharu dicatatkan setakat 5 Mac.
Menarik: Mima Love You So Much, Layan Anak Maid Macam Keluarga Sendiri, Emma Maembong Dipuji!
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Mstar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI