“Tak Perlu Lama, 10-15 Saat Cukup”, Latih Keseimbangan Tubuh Anak, Dr Sheikh Muszaphar Tunjukkan Caranya!

Share

Melewati Instagram bapa penyayang, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor pastinya tidak terlepas dengan pelbagai perkongsian ilmu mengenai anak-anak.

Seronok melihat gelagat anak-anak yang sentiasa melakukan pelbagai aktiviti untuk merangsang diri mereka. Bukan hanya pada empat anaknya yang sudah besar, bahkan kini Dr Sheikh sentiasa merangsang dua bayi kembarnya.

Terbaru menerusi Instagramnya semalam, bapa kepada enam orang cahaya mata ini turut berkongsi cara untuk merangsang keseimbangan pada bayi.

Malah menurut kata Dr Sheikh lagi, aktiviti ini dilakukannya sejak bayinya kecil lagi. Pun begitu kata Dr Sheikh, aktiviti keseimbangan ini perlu dilakukan dengan lembut dan bukan menggoyangkannya.

“Kajian menunjukkan bahawa stimulasi dan rangsangan yang lembut melalui sistem vestibular dapat merangsang pertumbuhan otak. Kami dah mula melakukan aktiviti ini sejak anak-anak lahir lagi,” katanya berkongsi.

Dalam pada itu, Dr Sheikh turut berkongsi cara untuk mengimbangkan bayi melalui sebuah videonya ketika mengimbangkan Emelia dan Eusoff. Ini tip yang dikongsikan oleh beliau.

“Ada banyak cara nak lakukannya.
Mulakan dengan menggegarkannya di dada anda.
Anda boleh juga gerakkannya secara bersebelahan.
Boleh mengayunkannya ke atas dan ke bawah.
Tapi ingat, sentiasa pegang leher mereka dengan lembut untuk mendapatkan sokongan,” tulisnya lagi.

Pun begitu kata Dr Sheikh, sebaiknya hanya mulakan dengan mengangkat dan menggoyangkan secara perlahan sahaja. Paling penting katanya lagi, jika bayi menangis atau mula rasa tak selesa, berhenti seketika.

“Mulakan dengan gerakan goyang perlahan. Tapi berhenti jika mereka menangis atau tak selesa.

“Kami biasanya buat dua kali sehari iaitu selama 10-15 saat. Tingkatkan jangka masa ketika bayi menyesuaikan diri dengannya. Lakukan aktiviti ni sebelum memberi makan,”kongsinya.

Bukan hanya mengimbangkan badan bahkan kata Dr Sheikh, aktiviti semacam ini juga merupakan salah satu cara untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan bayi malah bonding dengan anak pun makin erat.

“Ini juga merupakan kaedah yang baik untuk menjalin hubungan dengan bayi kita.

” Kami akan berkongsi lebih banyak petua untuk merangsang pertumbuhan otak bayi untuk menunjukkan potensi sebenarnya,”katanya lagi.

Meninjau diruangan komen, rata-rata seluruh pengikut Dr Sheikh turut bertanyakan pelbagai persoalan mengenai aktviti ini dan apa kelebihannya pada bayi. Satu perkongsian yang begitu bermanfaat.


Terdahulu, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Datin Dr Halina Mohd Yunos mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan bahagia ini, mereka dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta kembar Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia.

Artikel berkaitan: Bayi Menangis Elak Dukung Tak Perlu Tergesa, Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Cara Kenali Tangisan Bayi

Fokusnya Siap Senyum Lagi, Dr Sheikh Muszaphar Rangsang Anak Guna Kad Imbas, Warganet Terhibur Gelagat Kembar

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @drsheikhmuszaphar

Published by
SRM