Bila anak main di luar rumah, kita mulalah bising, bimbang anak jatuh atau sebagainya. Anak jatuh itu biasa kerana ia proses membesar. Kitalah yang perlu memantau anak ketika bermain. Bermain di luar jauh lebih baik berada di dalam rumah sepanjang masa tanpa berbuat aktiviti.
Menurut Dr Ahmad Lukman Bukhari, tidak perlulah dengan anggaran tempoh yang lama. Tempoh 5 hingga 10 minit pun sudah memdai untuk kulit kanak-kanak menyerap vitamin D daripada pancaran cahaya matahari. Tanpa vitamin ini, anak-anak kecil kita mudah terdedah kepada pelbagai bahaya lain. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
“Dah. Kita duduk je main kat sini kejap.”
Kadang tu kalau sibuk sangat dan anak-anak duk terperap je kat dalam rumah, saya pulak jadi risau dan tak senang duduk. Itu yang bila dah lapang je sikit, terus saya tarik dia orang keluar biar kena simbah dengan cahaya matahari.
Saya tak nak anak-anak saya jadi antara 80% anak muda kat negara ni yang ditemui mengalami masalah kekurangan vitamin D seperti yang didedahkan oleh pengkaji daripada UM.
Risiko tulang bermasalah, lemah dan mudah patah jadi meningkat bila vitamin ni tak cukup dalam badan anak kita. Bukan tu je.
IKLAN
Baru-baru ni saya ada terbaca satu research yang diterbitkan oleh team Dr David Meltzer, dari Department of Medicine dekat University of Chicago.
Data yang mereka kumpul rupa-rupanya menunjukkan bahawa sebahagian individu yang kurang terdedah pada cahaya matahari hingga mengalami masalah vitamin D deficiency ni lebih ramai yang terkena jangkitan Covid-19 dan jangkitan lain pada saluran pernafasan berbanding individu yang cukup vitamin D.
Sebab tu lah, ada masanya saya beria betul ‘paksa’ budak-budak ni pergi berlari dan melompat kat luar rumah. Tak adalah lama mana pun sebenarnya. Tempoh 5 – 10 minit pun dah cukup untuk kulit dia orang tu serap vitamin D daripada pancaran cahaya matahari.
IKLAN
Nanti tengok-tengokkan anak korang jugak ye.
Kalau agak-agak dah lama terkurung dalam rumah, cepat-cepat #share artikel ni pada pasangan korang dan terus ajak bawak anak-anak pergi berjemur kat luar.
Lupa nak mention sekali. Waktu terbaik untuk biar kena cahaya matahari ni antara jam 10 pagi sampai 3 petang. 2 kali seminggu pun dah okay ye.
EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam
Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.
Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Ramai ibu bapa rasa bersalah dan bimbang bila bagi anak guna gajet boleh beri kesan negatif pada perkembangan mereka.
Sebenarnya sukar untuk elak si kecil daripada menggunakan gajet pada zaman sekarang. Rata-rata si kecil semakin bijak ‘explore’ penggunaan gajet bahkan kadangkala lebih advance daripada ibu dan ayah.
Lepas baca penjelasan Dr Airil Haimi Mohd Adnan, Ketua Pusat Pengajian Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Perak dan Penyelidik aktif psikologi perkembangan tahun awal serta sosiologi pendidikan usia praformal, barulah rasa lega sebab bagi anak guna gajet.
Ibu Bapa Kena Patuhi Syarat
Sukar untuk kita mencari pakar perkembangan kanak-kanak yang menentang penggunaan komputer tablet oleh kanak-kanak awal usia (0-3 tahun) dan juga yang baru meningkat ke alam pendidikan praformal (4-6 tahun ke atas). Tetapi ada satu prasyarat yang perlu dipatuhi. Penggunaan komputer tablet WAJIB dikawal dari sudut masa dan juga tempat.
Fikirkanlah! Perkara yang baik pun kalau melampau-lampau akan membawa mudarat. Terlalu banyak minum, terlalu banyak makan, terlampau lama mandi, terlampau taksub bersenam, terlalu asyik berfikir sekali pun – semua perkara baik ini, TANPA kawalan akan membawa bahaya tanpa kita sedari.
Yang pasti, untuk anak-anak papa dan mama sekalian, mereka bukan hidup pada zaman Jurassic! Maka, untuk menidakkan penggunaan komputer tablet, telefon pintar atau gajet lain kepada mereka tidak masuk akal malah akan memperbodohkan kanak-kanak itu. Tablet adalah keperluan masa hadapan yang wujud dalam dunia kita pada hari ini.
Tablet Sebagai Terapi Bukan Penenang
“Tapi, kami dengar cerita ada seorang budak jadi terencat akal sebab tablet…”
Satu kisah ‘lagenda’ tentang bahaya tablet kepada kanak-kanak dikongsi oleh Dr Richard Graham, pakar perubatan yang ‘merawat’ kes anak kecil 4 tahun yang ‘ketagihan’ iPad. Namun, beliau sebagai perunding Hospital Capio Nightingale, London tidak percaya kanak-kanak akan menjadi ‘penagih teknologi’ yang sama kelas dengan penagih dadah.
Di Malaysia, cerita dongeng tentang bahaya tablet bermula apabila kumpulan penyelidik sebuah IPT kononnya telah dapat melihat hubung kait antara komputer tablet dengan kerencatan otak serta perkembangan kanak-kanak. Satu Malaysia pun terus menjadi takut dan komputer tablet menjadi hantu syaitan yang ditakuti.
Realitinya? Penggunaan tablet kini menjadi salah satu terapi untuk merawat kecederaan otak. Dan, penggunaan tablet yang terkawal dengan aplikasi-aplikasi (apps) yang sesuai dengan usia kanak-kanak 0-6 tahun, lebih-lebih lagi yang berbentuk pengajaran dan pembelajaran, kita terbukti membantu dan mendorong tahap perkembangan mereka!
“Tapi, kawan kami, anak dia sampai tidak boleh berenggang dengan tablet…”
Fikirkanlah! Adakah ini bukti bahaya komputer tablet? Atau adakah ini bukti mama dan papa yang gagal mendidik si kecil mereka dengan sebaiknya? Yang menjadi masalah besar hari ini ialah tablet digunakan seperti puting getah yang kita sumbat ke dalam mulut bayi untuk menenangkan mereka dan menyuruh mereka senyap!
Tablet adalah gajet atau peranti yang bukan bersifat penenang. Tetapi, kita lihat papa dan mama di luar sana kerap memberikan tablet atau telefon pintar kepada si kecil ketika mereka sedang makan di luar, misalnya. Apabila si kecil itu terleka maka mama dan papa pun boleh makan dengan tenang, bukan?
Dari perspektif psikologi setiap yang dibiasakan pasti menjadi kebiasaan, proses ini dipanggil pelaziman (habituation). Nah, apabila si kecil lazim mendapat ‘ketenangan’ dan leka apabila diberikan tablet atau telefon pintar, kita yang dewasa ini menuduh kanak-kanak tidak boleh berenggang dengan gajet. Salah siapa sebenarnya sedari awal?
Aplikasi Tablet Bantu Perkembangan Anak
“Tapi, anak jiran kami, lepas pakai tablet jadi anti-sosial dan lambat bercakap…”
Salah satu kecaman yang sering diberikan kepada komputer tablet dan gajet lain ialah peranti-peranti moden ini menjadikan kanak-kanak anti sosial, melambatkan proses percakapan dan juga melambatkan penguasaan kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira) yang wajib untuk proses persekolahan kelak!
Maka, papa dan mama yang kononnya prihatin pun terus mengharamkan komputer tablet daripada kehidupan anak kecil mereka. Namun, dalam dunia di mana mesin-mesin yang menggunakan skrin sesentuh (touchscreens) semakin berleluasa, adakah mama dan papa sedar bahawa tindakan ini tidak bijak malah bakal membantutkan perkembangan?
Hari ini aplikasi-aplikasi (apps) yang sesuai untuk kanak-kanak 0-6 tahun sudah banyak di pasaran, termasuklah yang boleh dimuat turun percuma. Dan, para saintis sosial kini giat mengumpul data penyelidikan tentang aplikasi-aplikasi komputer tablet yang membantu perkembangan si kecil, termasuklah si kecil yang kelainan upaya. Hebat, bukan?
Bahayanya apabila si kecil tidak tahu menggunakan komputer tablet!
Kekadang lucu apabila kita memikirkan ramai orang yang bercakap mengenai kanak-kanak dan perkembangan, tidak mempunyai pandangan dunia dan maklumat sahih tentang dunia kanak-kanak serta pendidikan. Isu ini menjadi lebih kritikal apabila wujud pula ‘pakar-pakar’ yang bercakap kosong tanpa ilmu dan bukti saintifik.
Bahaya sebenar hari ini ialah apabila si kecil anda tidak tahu menggunakan komputer tablet sedangkan dunia kita semakin dipenuhi gajet-gajet dengan skrin sesentuh dan yang seumpamanya. ‘Mengharamkan’ tablet kepada si kecil anda bukan hanya tidak adil malah akan membawa kerugian kelak (kerana anak anda akan menjadi seperti dinosaur).
Sekali lagi DITEKANKAN, penggunaan komputer tablet yang terkawal dari sudut masa, dan tempat, ditambah aplikasi-aplikasi (apps) yang sesuai untuk kanak-kanak 0-6 tahun, sudah terbukti sebagai pendorong perkembangan awal usia. Malah, pada hari ini menjadi suatu keperluan dari perspektif pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mendidik anak lelaki biasa membuat kerja rumah bermula dengan tugas sekecil mengemas permainan sendiri patut diterapkan sejak mereka kecil lagi supaya dia membesar sebagai anak lelaki yang bertanggungjawab terhadap ibu bapanya dan isteri serta bakal anak-anaknya bila sudah berkahwin nanti.
Semoga ia menjadi contoh ikutan para ibu bapa lain dalam mendidik anak lelaki menjadi seorang yang bertanggungjawab.
Pa&Ma doakan semoga Yusuf membesar sebagai anak yang soleh dan menyenangkan hati mummy dan daddy.
Kalau tak nak anak jadi ‘tuan’, ibu ayah kena biasakan mereka dengan kepayahan sebelum mendapatkan sesuatu yang diingini. Jangan pula terlalu memanjakan anak dengan memenuhi semua keperluan mereka.
Ini bukan bermakna kita tak sayang akan mereka tetapi bila semua kehendak diikutkan maka anak pun akan naik lemak, mengada-ngada dan mempunyai karektor yang degil dan bersikap seperti ‘tuan’.
Perkongsian daripada saudara Hazhari Ismail, Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Sultan Azlan Shah patut dijadikan panduan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
Salah satu cara untuk mencantikkan personaliti dan perkembangan karakter kanak-kanak adalah dengan membiasakan diri dengan kesusahan dan kepayahan hidup sebagai persediaan untuk masa hadapan. Dengan kata lain, kanak-kanak perlu tahu dan faham untuk mendapatkan sesuatu kita perlu bekerja keras.
Jika mereka tidak didedahkan dengan kepayahan sebelum untuk mendapatkan sesuatu, mereka akan mudah rasa kecewa. Akan berterusan sehinggalah mereka dewasa! Tetapi, haruslah menepati tahap perkembangan mereka juga.
Cuma sebagai ibu bapa kita pun perlu faham tahap asas mereka. Umur selepas kelahiran sehingga 6 tahun, adalah waktu bilamana mereka TIDAK MAMPU menerima arahan secara terus/langsung (direct instruction). Sebaliknya untuk umur 7 ke atas, pemikiran mereka sudah mula berkembang dan mampu untuk menerima arahan secara terus/langsung.
“Buang sampah di dalam tong sampah.”
“Jangan bazirkan air dan makanan.”
Untuk kanak-kanak di bawah umur 6 tahun, percayalah jika ibu bapa hanya memberi arahan seperti ini TANPA menunjukkan contoh, maka arahan anda hanyalah bersifat sia-sia.
Sebab itulah, untuk range umur sebegini, arahan perlulah bersifat indirect, tanpa ada tekanan psikologi. Apa maksudnya? Kanak-kanak akan memerhati dan membiasakan diri dengan sekeliling. Karakter dan personaliti mereka terbina, terpahat di dalam kepala dek manusia di sekeliling mereka.
Ibu Ayah Kan Role Model Anak
Menjadi figura atau role model yang terbaik untuk anak-anak bukan perkara yang main-main. Jadi, jika kita tidak menjadi contoh dan teladan untuk anak sendiri, siapa lagi?
Kalau si ayah sendiri tak reti membuang sampah ke dalam tong sampah, jangan marah kalau si kecil buang sampah merata.
Jika si ibu membazir makanan yang dimasak, jangan kecewa kalau anak anda tidak menghabiskan makanan yang di masak for whatever reason.
Sebabnya kita sendiri juga, kerana (1) kita tidak bertegas untuk melatih mereka membina personaliti dan karakter yang baik (2) kita sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik.
Apa sahaja peraturan yang kita tetapkan dan menepati tahap perkembangan karakter dan personaliti si kecil, maka ia bersifat mendidik. Tapi, perlu konsisten.
Contohnya, jika si anak meminta untuk belikan alat tulis Smiggle, maka tugas ibu bapa adalah
Letakkan syarat, dan jadikan ia sebagai positive reinforcement. Untuk dapatkan alat tulis itu, si anak perlu membuat sesuatu atau melaksanakan tugas terlebih dahulu. Jika berjaya, maka ibu bapa akan beli kan. Jangan ibu bapa mungkir pula ya.
Jika memang tidak mampu, berterus-terang untuk kata tidak mampu. Beri option yang lain, atau ajar untuk tidak berlebih-lebih. CUMA, ibu bapa jangan pula berlebih-lebih ya. Anak-anak memerhati. Ibu dengan tudung pelbagai warna, baju sampai tak muat almari. Ayahnya dengan membeli rokok. Ironi pula kalau cakap tidak mampu kan?
Ini adalah contoh bagaimana untuk membiasakan diri anak-anak dengan kesusahan.
Ada 4 cara bagaimana kita boleh mendidik karakter kanak-kanak.
Apa sahaja kanak-kanak mampu buat, maka kita perlu terima.
Kanak-kanak tidak disuruh untuk melakukan tugas yang melebihi keupayaan mereka.
Kanak-kanak tidak dipaksa/dipujuk untuk melakukan dosa atau memberontak.
Kanak-kanak tidak disuruh untuk berbohong, dan kita tidak boleh melakukan benda kurang baik di hadapan mereka.
Nampak ringkas, tapi padat. Walaubagaimanapun, seringkas-ringkas ini masih gagal dicerna oleh kita.
Cuba semak balik, antara di atas ini, yang mana kita masih belum melaksanakannya?