Ada masanya anak kita kurang selera untuk makan seperti biasa. Mungkin anak sudah mula bosan dengan rutin makanannya atau juga kurang selera. Sesekali ubah selera anak dengan menu simple. Yogurt antara yang disarankan. Tak perlu dioleh hebat sebaliknya sejukkan sahaja atau tambahkan bersama buah. Anak makan berselera.

Info yang dikongsikan oleh Puan Safwah Abd Sani ini memang tepat. Malah banyak perkongsian infonya untuk semua mama. Jom suapankan anak kita yogurt, biar sejuk baru anak makin selera hendak makan.

Pagi tadi Atiq breakfast simple aja, yogurt + papaya, lenyekkan papaya kemudian campurkan dengan yogurt. Boleh terus ngap!

Sedikit info tentang yogurt; 

Bila boleh intro yogurt untuk anak?

Seawal usia 8-10 bulan dah boleh perkenalkan yogurt pada anak.

Bagus ke bagi yogurt pada anak?

Bagus. Sebab yogurt ada probiotic, yang mana probiotic ni sangat penting untuk kesihatan usus. Bila usus sihat, nutrient lain pun mudah diserap. Usus yang sihat membantu meningkatkan immune system badan anak.

Berapa banyak anak boleh makan yogurt?

2 – 3 sudu sehari sudah memadai, lagi bagus kalau dibagi setiap hari. Banyak sangat natural yogurt dekat pasar raya. Nak pilih yang mana satu? Ok, ni tips memilih yogurt untuk anak-anak.

1. Pastikan kita pilih NATURAL YOGURT. Sebab tak ada perasa tambahan, gula, etc.
2. Pilih yang FULL FAT / FULL CREAM. Anak-anak perlukan lemak baik untuk membesar.
3. Elakkan ambil LOW FAT. Bukan tak baik, cuma kurang sesuai untuk anak yang nak membesar. Untuk mak boleh la ambil low fat.

Berapa lama yogurt boleh tahan?

Kalau letak dalam fridge, biasanya tahan kurang seminggu. Habis tu kalau beli bekas besar, jenuh anak nak habiskan? Dah la 2-3 sudu je sehari. Macam mana?. Apa yang umi buat, masukkan yogurt dalam bekas ice cube dan frozen kan. Bahan frozen kalau letak dalam deep chiller biasanya tahan 2-3 bulan. Dah keras, masukkan dalam plastik ziplock. Nak ambil, ambil saja seketul-seketul.

Apa menu yang sesuai dibuat dengan yougurt?

1. Mix dengan buah

2. Yogurt Bark. Cara penyediaan sama saja, mix dengan buah. Kemudian sapu rata pada pinggan atau mangkuk dan frozenkan. Dah keras boleh patah-patah dan bagi anak makan. Yogurt Bark sesuai sangat bagi kat anak kalau dia gatal gusi nak tumbuh gigi.

3. Buat smoothies. Yummeh!

4. Campur dalam masakkan seperti masak kari. Cuma kena masukkan yogurt di akhir masakkan, biarkan masakkan sejuk sikit baru campur yogurt.