Sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk mendidik anak-anak menjaga gigi yang dikurniakan pada kita. Namun tanpa kita tahu bahawa menjaga gigi juga perlukan ilmu dan cara tepat.
Nak letak sedikit sapuan ubat gigi pun perlu ada sukatan yang sepatutnya supaya tak memudaratkan atau terkurang fungsinya pada anak-anak kita.
Perkongsian Dr Abdul Rahman Fauzi, doktor gigi di Klinik Pergigian Al-Huda Balok ini ibu bapa perlu ambil tahu. Bukan main letak sahaja ubat gigi pada anak, sebaliknya ada sukatan tertentu. Barulah gigi anak terjaga dengan baik.
Setelah saya membaca dengan lebih mendalam dan merujuk kepada pakar, ada sedikit ralat pada tulisan saya sebelum ini tentang kandungan fluorida yang sesuai dalam ubat gigi.
Berapa Jumlah Tepat?
Berdasarkan artikel yang dikeluarkan oleh Public Health England yang bertajuk: “Delivering better oral health: An evidence based toolkit for prevention”, saya boleh ringkaskan kepada beberapa perkara tentang penggunaan ubat gigi berfluorida seperti berikut:
Ads
1) Penggunaan ubat gigi berfluorida harus dimulakan seawal gigi pertama anak anda tumbuh dengan kandungan fluorida TIDAK KURANG DARIPADA 1000ppm bermula sekitar usia anak 6 bulan sehingga 3 tahun. Kuantiti ubat gigi pula hanya sekadar satu lapisan nipis pada berus gigi.
2) Bagi kanak-kanak yang berumur 3 tahun hingga ke 6 tahun pula, adalah disyorkan menggunakan ubat gigi dengan kandungan fluorida 1000ppm sehingga 1350ppm, dengan kuantiti ubat gigi sebesar kacang pea.
3) Manakala bagi kanak-kanak yang berumur 0-6 tahun tetapi mempunyai masalah karies gigi yang agak teruk disyorkan untuk menggunakan ubat gigi dengan kandungan fluorida 1350ppm-1500ppm, iaitu sama dengan kandungan fluorida yang disyorkan untuk gigi orang dewasa. Kuantiti ubat gigi bagi yang berumur 3 tahun ke bawah ialah sekadar satu lapisan nipis pada berus gigi mana yang berumur 3 tahun ke atas ialah sebesar saiz kacang pea.
Ok doktor. Sekarang jenama apa yang sesuai?
Ads
Secara jujurnya, saya belum sempat untuk membuat perbandingan pada semua jenis ubat gigi. Cuma untuk ubat gigi kanak-kanak, jenama K hanya 400ppm, C dan D hanya sekitar 500-600ppm, iaitu agak rendah berbanding 1000ppm yang disyorkan.
Pernah viral sebelum ini ubat gigi kanak-kanak jenama yang dikeluarkan satu pasaraya yang dikatakan bagus untuk kanak-kanak. Ada 3 jenis seingat saya. Untuk umur 0-2 tahun, kandungan fluoridanya ialah 1000ppm manakala untuk 3-5 tahun ialah 1450ppm. Untuk 6 tahun ke atas saya kurang pasti.
Apa yang mengejutkan saya ialah ubat gigi sensitif yang saya guna sekarang kandungannya hanya 1100ppm walaupun sepatutnya untuk gigi orang dewasa sekurang-kurangnya 1350ppm. Saya belum sempat untuk melihat kandungan fluorida dalam ubat gigi jenama-jenama lain. In sha Allah jika ada masa saya akan cuba buat perbandingan yang lebih baik. Jika anda masih mempunyai masalah gigi walaupun anda sudah membersihkan gigi dengan kerap dan bersih, mungkin anda patut periksa ubat gigi yang anda guna.
Ads
Apapun jenama pilihan anda, pastikan yang berfluorida. Itulah yang disyorkan oleh pengamal pergigian.
Saya berkongsi di sini hanya untuk tujuan info kesihatan pergigian berdasarkan pembacaan saya dan pemerhatian saya serta tidak berniat untuk mempromosi atau menentukan jenama mana yang terbaik.
Rajin-rajinlah untuk membuat pemeriksaan gigi serta dapatkan nasihat daripada doktor gigi anda.
p/s: Ppm atau part per million ialah unit yang digunakan untuk kandungan fluorida dalam ubat gigi
Bermula daripada proses kehamilan sehinggalah kelahiran memang menggunakan tenaga yang sangat banyak. Kadang-kadang tak ramai yang faham tahap kepenatan ibu hamil dan juga ibu berada dalam pantang. Ditambah pula dengan emosi yang kadang-kadang kurang stabil akibat fizikal yang penat.
Hafiz Mahamad, insta famous dan juga ahli perniagaan berkongsi pengalaman pertamanya bergelar seorang ayah. Menjadi seorang ayah buat pertama kali dalam hidup bukan sesuatu yang mudah kerana banyak ilmu tentang keibubapaan yang belum dipelajari sepenuhnya.
Dia yang mendirikan rumah tangga bersama isteri, Syafiqah Aina baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 24 june yang lalu seberat 3.39kg secara normal dan diberi nama Raisya Arisa.
Harini rasa bersalah pula dengan wife & diri sendiri
Saya ingat, selepas bersalin. Yang kena focusnya baby sebab saya tengok wife macam okay. Baru saya faham, luar nampak okay tapi dalaman wife sahaja yg tahu
Saya ingatkan, saya jaga baby dah okay. Malam bangun panaskan susu & sbgnya. Tapi ada satu malam saya terjaga tengok wife “breast pump” sampai tertidur tidur. Saya tak perasan kalau Aina bangun, Aina kalau dia penat ke apa dia tak cakap, tapi saya tau dia lemah lagi siang malam
Semalam pulak, dia kena bengkak susu. Saya ingatkan, keluarkan jela susu tu then should be ok. Rupanya tak, kena amik masa. Haih la Ya Allah kuatkan isteriku.
Saya ada baca tips, husb & wife kena ada shift untuk jaga baby siang malam. Tapi saya rasa tips tu tak berguna untuk saya. Saya & Aina kena faham each other dengan lebih kuat lagi
Sepanjang Aina pregnant, saya takpernah missed teman dia checkup sampailah ke labour room. Saya ingatkan pengorbanan saya dah kuat & balance, rupanya tidak. Saya baru usaha 5%, yg kuat siang malam itu Aina. I’m so sorry @syafiqahaina
Anak adalah anugerah, isteri juga adalah hadiah. So saya bersyukur dapat isteri yg kuat macamni. I love you so much @syafiqahaina
@raisyaarisa besar nanti jadi budak pandai, budak kaya, budak solehah. Jaga mummy awak baik baik okay sayang
Okay harini kita kasi tukar, Daddy buktikan yg saya boleh kuat macam dia @syafiqahaina
Rata-rata netizen menasihati agar Syafiqa meneruskan penyusuan secara terus semasa dalam pantang dan elakkan mengepam susu kerana penyusuan secara terus lebih memudahkan si ibu dan bagus untuk menghasilkan susu yang banyak. Hafiz juga dinasihati agar membawa isterinya mendapatkan ilmu bersama pakar laktasi agar penyusuan tidak menjadi sesuatu yang membebankan.
mimieeeeesalleh: Breast bengkak dlm pantang ubatnya bukan pam. Lg aina pam, lg akan bengkak. Sebab badan dpt isyarat nak extra susu. Aina belajar marmet, perah guna tangan utk kurangkan sakit tu. Lepastu kerapkan direct feeding 1jam sekali siang @ malam. Hisapan baby tu adalah hisapan yg terbaik utk keluarkan susu yg paling dalam. P am tu function dia utk keluarkan susu bila baby xde dgn mak. Bila anak depan mata, dahulukan anak.
fatimahsuhaidasam: sy pun dlm pantang.. suami kena tau emosi isteri sgt teruk waktu pantang, lebih2 lagi kalau suami buat tak tahu je.. so suami kena selalu ambik tahu pasal isteri, tanya apa keperluan dia sepanjang dia berpantang, makan minum on time, tak bole lewat..spy perut tak masuk angin.. jgn buat isteri sedih dlm pantang.. kalau bole pastikan selalu ada dgn isteri terutama sekali time anak meragam.. jgn suami lena tido, tp isteri terkapai2 uruskan anak seorang diri…cuba bantu isteri selagi mana mampu.. jd suami dan ayah memang kena struggle sbb isteri mmg makhluk Allah yg pelik
diah.anje: Anak masih bayi lebih baik direct breastfeeding..baby akan lebih puas..ibu pun lebih puas n nikmat bila susu tue laju ngalir ke mulut baby..selang 2 jam baby sendiri akan merengek nak susu..gilirkan kiri kanan utk setiap 2 jam..cari tukang urut yg betul2 boleh urut depan belakang badan utk pengaliran susu yg lancar..makan pun kena kenyang lah bagi susu byk n pekat..minum air cukup juga penting..
Kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah selamanya. Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak sakit. Tapi apakan daya jika Allah bagi ujian itu, maknanya dia tahu kita boleh laluinya walaupun agak berat.
Namun sebagai seorang ibu, mana sanggup lihat anak yang dikandungnya selama 9 bulan sakit dan terlantar tidak seperti kanak-kanak lain yang boleh berlari dan bermain dengan gembira.
Perkongsian dari seorang ibu di Facebook Qaseh Aisy, mengenai anaknya yang mesra dipanggil Harith ini pastinya akan menyentuh hati sesiapa saja apabila anak sulungnya kini hanya mampu terlantar dan bergantung pada bantuan mesin.
Maafkan mama
Andai aku diberi peluang akan mama belikan semua keperluan Harith dengan usaha mama sendiri. Tapi maafkan mama, tak kesemua mesin harith harganya ratus-ratus.
Sunction mesin 8 biji dah meletup, mesin infusion pump dah yang kedua. Semuanya harga ribu-ribu. Siapa cakap semuanya mudah untuk mama telan seorang. Tapi mana masih tak mampu nak belikan kerusi roda dengan tilam khas untuk Harith.
Jangan risau sayang
Tak apa, jangan risau tau sayang. InsyaAllah makin yakin rezeki Allah tu pasti ada tau. Mama akan usaha. Jangan tanya kenapa tak minta bantuan kerusi roda. Minta dah berpuluh kali bila sampai surat tak layak.
Jangan ditanya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kami memang tak layak. Hanya zakat sahaja kami dapat RM300 sebulan.
Yakin bantuan Allah
Mama jenis bukan suka meminta-minta untuk keperluan Harith. Selagi mama mampu usaha untuk anak-anak mama, InsyaAllah mama yakin Allah pasti akan bantu.
Sekarang Harith duduk atas sofa dulu ye sayang. Nanti mama ada duit yang cukup untuk Harith mama akan belikan untuk Harith. Mama sayang Harith dunia akhirat mama, sayang mama tidak akan pernah habis untuk Harith.
Kepala bayi tidak berpadanan dengan saiz pelvis ibu adalah salah satu faktor yang mencetuskan poor progress labourmembuatkan ibu-ibu mengambil masa yang lama di dewan bersalin.
Keadan ini dinamakan Cephalopelvic disproportionatau CPD. Menurut Dr Siti Esah Bahari, Pakar Obstetrik dan Genikologi, KPJ Selangor Specialist Hospital, CPD ialah salah satu faktor yang mencetuskan proses kelahiran yang lambat selain dari kontraksi ibu yang tidak normal seperti cukup kuat menyebabkan kepala bayi tidak turun ke bahagian pelvis.
DUA KEADAAN CPD
Cephalopelvic disproportion (CPD) ialah keadaan di mana kepala bayi tidak berpadanan dengan saiz pelvis ibu. Ia terjadi dalam dua keadaan iaitu;
Kepala bayi normal tetapi ukuran pelvisibu kecil (kebanyakannya terjadi pada ibu yang mempunyai ketinggian kurang daripada 145sm)
Ukuran pelvis ibu normal tetapi bayi bersaiz besar.
9 FAKTOR PENYEBAB CPD
Ukuran pelvis ibu kecil sama ada kerana ibu rendah (kurang daripada 145sm), mempunyai penyakit seperti tibi, polio atau riket yang boleh menyebabkan perkembangan tulang terencat.
Pelvis ibu tercedera seperti retak atau patah.
Keadaan rahim ibu yang tidak normal seperti ketumbuhan fibroid atau pernah melalui pembedahan pangkal rahim (scar of cone biopsy) yang menyebabkan bahagian tersebut berparut dan tidak berupaya memeri/ tidak elastik.
Saiz bayi besar mungkin disebabkan oleh keturunan.
Kandungan yang berusia lebih daripada 42 minggu.
Ibu mempunyai penyakit diabetes yang tidak terkawal.
Ibu yang mempunyai sejarah melahirkan bayi besar tetapi tidak bertindak mengawal agar bayi tidak besar melalui diet dan senaman. Hal ini sejarah ini boleh berulang sekiranya ibu tidak berusaha mengawalnya dari awal.
Bayi menghadap bahagian atas (occipito posterior).
Kedudukan wajah bayi (face presentation) sama ada menghadap pangkal rahim atau mendongak. Ia boleh dikesan semasa pemeriksaan bukaan serviks. Keadaan ini menyebabkan sekatan yang menyukarkan bayi untuk keluar.
RISIKO POOR PROGRESS LABOURADALAH TINGGI
Kebarangkalian poor progress labour pada kelahiran bayi seterusnya yang disebabkan oleh kelainan pada tulang pelvis atau CPD untuk berulang adalah tinggi. Ibu yang pernah melalui CPD bolehlah melakukan ujian MRI untuk melihat saiz pelvis atau membuat ujian menerusi clinical pelvimetry untuk mengukur sama ada pelvis ibu berpadanan atau tidak dengan saiz bayi.
Selalunya pada minggu ke-36 kehamilan, doktor akan berbincang dengan ibu tentang cara kelahiran. Seandainya ujian imbasan menunjukkan bayi besar dan tidak berpadanan dengan pelvis ibu, pembedahan caesarean akan disarankan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Julung-julung kali di adakan, sempena bulan Ramadan penuh mulia ini Pa&Ma dan Bintang Kecil tampil mencari kelainan yang mengadakan pertandingan Khalifah Cilik yang berlangsung pada Sabtu lalu.