Anak lelaki perlu dibesarkan dengan penuh tanggungjawab dan bijak mengawal emosi dirinya. Itu tanda kematangan seorang anak lelaki.
Disebabkan itulah anak lelaki perlu di latih dan dididik untuk membuat keputusan lebih baik dengan matang sejak kecil lagi.
Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, ada sebabnya anak lelaki jangan terlalu dimanjakan berbanding anak perempuan. Barulah anak lelaki lebih kental jiwanya untuk membesar.
Inilah 5 sebab kenapa kita jangan manjakan anak lelaki secara berlebihan.
1. Kita nak anak lelaki membesar menjadi seorang yang beradab.
Tahu cakap terima kasih, minta izin, minta maaf dan minta tolong dengan orang lain.
Tahu merendah diri dan tak ego walaupun dia lebih bijak dan lebih kuat semasa remaja nanti.
2. Kita tak nak jadi “Lawnmower Parents” iaitu mak ayah yang akan buat apa saja untuk halang anak daripada menghadapi kesukaran atau kegagalan.
Kesannya:
– anak tak tahu cara merawat stress tak pandai bertanya soalan
– tak pandai meminta bantuan
– tak boleh buat keputusan sendiri.
3. Kita nak anak belajar “Concept of refusal”.
Jangan bagi semua yang anak kita minta. Kita didik supaya mereka faham ada perkara, mereka kena usaha untuk dapatkan.
Ada perkara yang kita kena cakap “Tak boleh❞ dan kita terangkan sebabnya. Beri alternatif lain pada anak.
4. Kita nak anak lelaki berpeluang belajar mengurus dan meluahkan emosi sendiri dengan baik.
Penting untuk anak melihat si ayah merasa sedih, marah, gembira dan takut. Yang lagi penting ialah untuk anak lelaki melihat cara si ayah mengawal diri ketika dirinya penuh dengan emosi.
5. Kita nak anak lelaki belajar buat kerja rumah.
Didik anak lelaki sifat rajin terutamanya dalam membuat kerja rumah kerana itu cara terbaik untuk mereka menjadi ketua keluarga yang faham beban kerja seorang isteri.
Percayalah, anak lelaki takkan hilang kelakiannya jika dia yang pergi membuang sampah, mencuci pinggan atau menyiram pokok.
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.
JOM DAFTAR SEGERA DI https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-baby-merangkak-
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!