Anak susah dengar cakap memang cukup menguji kesabaran ibu bapa. Kalau marah pun anak kadang-kadang boleh buat tak tahu je.
Apa penyelesaian yang boleh dilakukan dalam memastikan anak dapat mendengar kata dan seterusnya kita boleh mendidik mereka tanpa sebarang ugutan. Cuba lihat tiga perkara ini yang mungkin boleh membantu anda.
Ramai ibu bapa tidak ada pemahaman mengenai tahap perkembangan anak-anak mengikut usia.
Oleh kerana tidak tahu, sebab itulah ramai yang cenderung membuat anggapan buruk pada anak dan akhirnya stres.
Contoh : Anak umur 2 tahun – anak ni masih dalam ‘Fasa Individuating’ atau lebih dikenali dengan – Fasa Mengamuk.
Apabila kita memahami fasa yang sedang anak lalui, jadi apabila anak sedang mengamuk, kita berikan ruang untuk dia bertenang dulu.
Kemudian barulah merapati anak itu. Bila dah tenang barulah kita bercakap dan memberikan arahan.
Cakap dengan tenang, tegas dan kasih sayang.
Setiap orang belajar dan menerima maklumat dengan cara yang sangat berbeza.
V- VISUAL
A- AUDITORY
K- KINESTATIC
Contohnya anak faham informasi melalui audio. Jadi bila sebut panas, dia sudah faham.
Manakala dalam situasi sama ada anak yang faham dalam bentuk visual. Jadi apabila ibunya mendemonstrasikan rasa panas, dia boleh faham.
Tetapi, dalam situasi sama ada anak tak faham. Contohnya dengar atau lihat dia tak faham sehinggalah dia perlu pegang sendiri. Sebab dia adalah seorang kinestatik.
Tak ada cara yang lebih baik atau pandai. Ini cumalah cara kita menerima dan menyampaikan informasi ke otak.
Contoh : Anda ingin mengajak anak anda pergi mandi. Masa tu mungkin dia sedang seronok menonton televisyen. Antara mandi dan menonton rancangan kartun kegemaran dia, mana yang lebih seronok?
Tentulah TV tu kan!
Jadi apa yang anda perlu buat ialah, anda perlu tingkatkan tenaga anda dan create excitement.
Anda masukkan elemen emosi dalam arahan anda.
Sekarang, anda perlu mengajak anak anda itu mandi dengan penuh excitement dan seronok!
Bila anda boleh samakan level tenaga dan emosi anda dengan perkara yang anda ingin dia lakukan, supaya anak anda akan rasa teruja nak ikut arahan anda.
Sumber: iburose.com