Di musim kita sedang berjimat cermat ini ada baiknya kita uruskan sebaik mungkin kewangan kita agar tidak dibazirkan pada jalan yang tidak sepatutnya.

Memberi kelengkapan dan stok makanan di rumah sepanjang PKP ini perlukan ruang simpanan yang besar agak stok makanan lebih kemas. Pun begitu tidak perlukan membazir.

Tak Perlu Membazir Beli Rak, Guna Rak Kasut Jadikan Almari Pantri, Kemas & Jimat!

Idea ibu ini, Pn Hani Mynis yang cukup dikenali bijak mengatur dalam susun atur dan DIY rumahnya turut berkongsi ideanya mewujudkan storan rumahnya suatu ketika dahulu. Idea storannya itu dikongsikan semula untuk semua. Jom praktis!


Hani rasa ini post pertama hani kongsi mengenai susun atur di Facebook. Rasanyalah hehehe masih releven. Tak perlu mahal-mahal, beli rak kasut jadikan almari pantri. Bekas pun tak perlu mahal-mahal. Ingat kita punya matlamat. Yang penting praktikal dan kemas.

Tak Perlu Membazir Beli Rak, Guna Rak Kasut Jadikan Almari Pantri, Kemas & Jimat!

Ads

DIY Pantry #diyhani

Kalau tanya kebanyakan isteri/ibu, perkara yang mereka tak suka buat sebagai seorang pengurus rumah tangga ialah lipat baju.

Kalau yang paling suka? Semestinya shopping barang dapur. Kedua suka? Kemas barang dapur. Ni hani lah. Dia punya seronok ralit susun barang dapur tu rasa macam boleh nak buat kenduri.

Tak Perlu Membazir Beli Rak, Guna Rak Kasut Jadikan Almari Pantri, Kemas & Jimat!

Ads

Selalunya pantri mesti ada dalam wishlist ‘domestic engineer’ ni. Selalu lah berangan kalau ada rumah sendiri nak pantri macam ni macam tu. Makanya, tak payah tunggu rumah sendiri, rumah sewa pun jadi. Lagi-lagi rumah sewa yang memang tak ada ready kitchen cabinet.

Penyelesaian, tukar rak kasut jadikan pantry. Beli rak kasut yang baru ya. Bukan yang dah pakai. Esok kalau nak pindah rumah sendiri, angkut je sekali. (Tq mummy hadiahkan nisa, dia tahu je anak dia berangan nak pantri.

Tak Perlu Membazir Beli Rak, Guna Rak Kasut Jadikan Almari Pantri, Kemas & Jimat!

Ta-da. Rasa macam nak bukak-bukak selalu pantri ni tengok stok groceries dengan label-label siap (#labeladdict) Dah macam orang angau. Kadang-kadang tu saja je bukan pintu pantri, bukan nak amik barang apa pun.

Ads

Menarik:

Tak Perlu Membazir Beli Rak, Guna Rak Kasut Jadikan Almari Pantri, Kemas & Jimat!Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI