Musim PKP ini pastinya sikap anak-anak kita yang berada lama di rumah membuatkan kita naik angin. Namun tidak perlu menyinga berlebih, simpanlah tenaga dan gunakan teknik yang lebih baik untuk memarahi anak kita.

Itu sebaiknya dan inilah jalan lebih baik untuk kita menegur salah anak. Kita pun tak pening, dan anak pun terkesan dengan teknik yang lebih baik.

Pn Wawa Shauqi, Penulis Keibubapaan berkongsi teknik DO_OVER yang lebih wajar untuk mendidik anak. Jadi ibu tak perlulah mengaum bak singa selalu kan.

Tak Perlu ‘Mengaum’ Selalu, Tenang-Tenang Saja Tegur Anak, Buat Teknik Do-Over Lagi Berkesan!


Kelmarin Aqlan pecahkan pinggan. Semalam, turn Ammar pulak pecahkan gelas. Makin pupus populasi pinggan mangkukku.

Dahlah dua-dua pecah kat sinki. Sinki rumah kami ni dalam. Kalau main lepas, kebarangkalian pecah tu memang tinggi. Macam biasa, diorang kalau ada insiden gitu, berlari minta maaf kat mama. Mamanya hanya mampu usap kepala anak sambil cakap,

“It’s ok. Atleast awak cakap sorry pun, mama dah bangga. But PLEASEE be careful next time.”

Tak Perlu ‘Mengaum’ Selalu, Tenang-Tenang Saja Tegur Anak, Buat Teknik Do-Over Lagi Berkesan!

Anak angguk. Tapi diorang ni bukan boleh dibiar. Kena diajar jugak. Kalau tak, surut pinggan mangkuk. Terpaksa pulak makan dengan gaya shell out.

Saya seret bangku kecik ke sinki. Suruh diorang panjat dan ‘do-over’, macam mana nak letak elok-elok.

DO-OVER ni bagus tau. Kalau saya ter-melebih marah anak pun, saya buat do-over ni.

Contohnya, gini.
“Ammar, mama minta maaf marah Ammar teruk. Mama sepatutnya boleh je tegur Ammar elok-elok. Tapi mama ter-over. Maaf ye. Mama cuba cakap baik-baik.

Ammar, lepas buat kerja sekolah, jangan lupa kemas balik ya. Lagi bagus kalau letak terus dalam beg.”

Bila saya buat do-over ni, lagi bagus kesannya berbanding saya mengamuk kat anak. Satu, anak tak takut untuk mengaku silap.

Dua, anak tak perlu menipu atau berdalih bila terbuat silap. Tiga, anak belajar untuk bertanggungjawab dari kesilapan.

Lagipun, nak marah lebih-lebih kat diorang hal pinggan pecah ni memang saya tak tergamak. Saya sendiri pun perangai kalut ayam kalau duduk kat dapur. Selalu juga buat pinggan pecah. Mana logik dan acinya nak marahkan diorang.
Lepas ni, korang boleh cuba sendiri buat ‘do-over’.

Bila anak biar balang terbukak lepas buat milo, ajar diorang ‘do-over’. Macam mana nak tutup balang, simpan almari dan lap milo tumpah.

Tak Perlu ‘Mengaum’ Selalu, Tenang-Tenang Saja Tegur Anak, Buat Teknik Do-Over Lagi Berkesan!

Bila anak masuk rumah dengan kaki kotor, do-over. Pergi basuh kaki, susun kasut dan bagi salam elok-elok. Bila diorang berebut mainan, ‘validate feeling’ sampai diorang dah ok. Kemudian cuba do-over. Macam mana nak mintak elok-elok, offer barang lain sebagai ganti atau bincang sorang boleh main berapa minit.

Saya ni garang sebenarnya. Tapi tak larat nak jadi garang sepenuh masa. Tenaga bukan ada sangat nak mengaum selalu.
Anak bukan belajar apa-apa pun bila kita marah. Lagi menjadi-jadi adalah.

Malah saya tengok, ada yang mula berani menipu, menuduh dan berdalih. Hanya kerana takut kena marah. Lagipun saya taknak anak-anak ni membesar jadi mudah trigger bila nampak orang salah.

Lagi taknak, mereka jadi dewasa yang takut mengaku silap. Sedangkan bila silap, sentiasa ada ruang untuk betulkan kesilapan. Simple je teknik do-over ni. Tapi impak dia insya Allah sangat besar untuk anak-anak kita.

Wawa Shauqi
Penulis buku Bestnya Parenting.

Menarik: Tak Perlu Jadi Ibu Terbaik Setiap Masa, Ada Waktu Menyinga & Baran, Itu Normal

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI