Tak perlu menjerit, tak perlu memukul. Hanya guna teknik psikologi, anak boleh lembut hatinya asalkan ibu bapa tahu cara nak buat anak rasa dirinya disayangi.

Anak-anak ni dia jujur. Apa yang kita lihat dari perlakuan atau riak wajahnya itu yang sebenarnya dia nak beritahu pada ibu bapa. Walaupun anak kita jenis lasak, tak duduk diam sebenarnya fasa ini hanya sementara saja. Bila dah besar kita pula rindu dengan gelagat mereka.

Ramai juga ibu bapa bertanya bagaimana nak lembutkan hati anak-anak supaya sentiasa dengar cakap dan dapat jadi anak-anak penyejuk hati apabila dah besar.

Tip yang dikongsikan oleh Puan Salinda Sopian ini cukup mudah dan boleh dipraktikkan dalam setiap apa yang kita lakukan.

Tak Perlu Menjerit Atau Pukul. Hanya Lembutkan Hati Anak Dengan 3 Teknik Ini

Lembutkan Hati Anak-Anak

Kadang-kadang saya geram dengan Syifaa ni. Mana tak nya, kadang-kadang tak nak dengar cakap langsung.

Dah cakap jangan main, nak main juga. Bila dilarang, mula lah menjerit dan menangis.

Kebiasaannya memang saya abaikan sahaja jeritan dan tangisan dia tu. Tapi kadang kala terganggu juga emosi saya.

IKLAN

Saya amalkan 3 tips mudah ini untuk lembutkan hati anak-anak supaya mereka mudah menerima nasihat dan perkara yang baik.

Tidur

Ketika anak-anak tidur saya akan baca ‘Ya Latif’ dan tiupkan di ubun anak-anak.

Ya Latif adalah salah satu dari nama-nama Allah yang bermaksud Yang Maha Lembut.

Semasa tiup tu, doalah pada Allah supaya hati mereka lembut.

Basuh beras

IKLAN

Semestinya ibu-ibu akan memasak nasi setiap hari untuk keluarga, bukan?

Sewaktu basuh beras tersebut, boleh amalkan langkah ini;

Basuh dengan tangan kanan
Cuci beras berlawanan dengan arah jam (ikut arah pusingan tawaf)
Selawat 3 kali
Baca doa, ‘ Yang Allah, lembutkanlah hati anak-anak ku untuk menerima kebaikan seperti mana Kau lembutkan beras ni sehingga menjadi nasi.

Tak Perlu Menjerit Atau Pukul. Hanya Lembutkan Hati Anak Dengan 3 Teknik Ini

Waktu bermain

Masa tengah layan anak-anak main tu, saya saja-saja bisikkan kat telinga anak-anak.

IKLAN

“Dhuha dan Syifaa good girl. Dhuha dan Syifaa dengar cakap Ummi kan.”

Walaupun dua beradik tu macam tak dengar, sibuk bermain, tapi sebenarnya kata-kata saya itu masuk ke hati dan minda mereka.

Nota kaki

Yang paling penting, jangan sesekali mak ayah menunjukkan kemarahan yang tidak terkawal sekiranya anak tak nak dengar cakap kita.

Kalau nak anak lembut hati, tak kan mak ayah pula yang nak mengamuk sana sini.

Tak ke begitu?

Belajar sesuatu?

Sumber: Salinda Sopian

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI