Tak Perlu Merungut Bayi Kerap Menangis. Pentingnya Kena Tahu Cara Tidur Dan Tenangkan Bayi

Share

Kelahiran anak bagi pasangan suami isteri antara yang paling dinanti-nantikan. Tapi bila anak menangis ibu bapa mula stres. Tahu tak ada 3 kategori bayi berdasarkan karekteristik tangisan mereka.

Antaranya adalah easy going (mudah), high demand (menuntut perhatian tinggi) dan colic (lebih dikenali sebagai sawan tangis di dalam masyarakat Melayu).

Menurut Konsultan Tangisan Bayi Pertama Malaysia Uswatun Hasanah, bayi ‘easy going’ ini boleh tidur ‘di mana-mana, pada bila-bila, tanpa apa-apa’ tetapi TIDAK bayi ‘high demand’. Mereka tidak boleh ‘asal boleh’.

Mereka perlukan cara tidur dan cara bertenang yang tepat ikut standard keperluan dan kemahuan mereka. Masalahnya, ramai ibu tak tahu cara kenalpasti cara tidur dan cara bertenang yang bayi ‘high demand’ mereka perlukan.Ya, saya juga pernah jadi salah seorang ibu ‘tak tahu’ ini.

Bayi ‘easy going ‘ ini ada kawalan pusat yang tinggi. Iaitu kemahiran beralih dari fasa berjaga dan belajar ke fasa rehat dan tidur yang bagus.

Maka kita melihat jika di biar sendiri pun mereka tahu cara gembira dan ‘chill’ kan diri : contohnya sama ada menghayati suasana sekeliling atau tenung tangan atau mainan gantung sendiri lama-lama. Tau-tau dia dah terlelap!.

Bayi ‘high demand’ ? Oh tidak .. Setiap kali bosan,’serabut’, letih dan mengantuk, mereka pasti akan membuat bising kerana mahu di bantu untuk rileks dan tidur. Kerana apa? Mereka miliki kawalan pusat yang lemah jadi mereka ‘tak tau buat sendiri’.

Oleh kerana bayi ‘ easy going ‘ ini ada kawalan pusat yang tinggi maka tak kira berapa kali mereka tersentak ( akibat reflex moro yang aktif dalam semua bayi 0-3 bulan ) atau menggeliat atau terganggu semasa tidur, mereka boleh tidur kembali dengan sendiri tanpa perlu panggil ibu untuk bantu. Maka kita mendengar ibu-ibu bayi ‘easy going’ ini mendakwa, “..dia elok tidur saja tak jaga langsung”, walau tanpa bedung dan 101 alat bantuan tidur yang lain. Sedangkan apa yang ibu-ibu ini tak sedar ialah bayi mereka tersentak, buka mata,menggeliat dan terjaga SAMA BANYAK dengan bayi-bayi lain. BEZAnya , bayi mereka tahu tidur kembali dengan sendiri. Tak percaya ?

Perhatikan bayi ‘easy going’ anda sepanjang dia tidur hari ini. Maka untuk bayi-bayi ‘bukan easy going’ berilah semua yang mereka perlu untuk lena KECUALI jika anda tak kisah nak mendatangi bayi anda setiap kali pun.

Kenalpasti bayi anda dan terima mereka seadanya. Hanya dari itu anda bersedia memberi apa yang mereka perlukan!

Sumber: baby language

Published by
Wan Amy