Hadiah paling berharga yang boleh ibu ayah berikan pada anak adalah rangsangan perkembangan di awal usia.
Berkongsi 5 asas perkembangan anak di Webinar Sayang Anak Ketat-Ketat, Puan Maryam Jamadi, Terapis Cara Kerja Kanak-Kanak dan juga Pengasas Kepada Pusat Terapi Beyond Home Therapy menyatakan tiga tahun pertama usia si kecil adalah waktu yang paling berharga untuk menentukan perkembangan terbaik anak.
Dengan tajuk Rangsang Anak Tanpa Stress, menurut Puan Maryam setiap ibu bapa sudah semestinya mahukan yang terbaik untuk perkembangan anak-anak. Justeru dalam memberikan yang terbaik, tentu ada yang mahukan kesempurnaan.
“ Ibu ayah perlu merangsang anak di awal usia kerana 80% perkembangan anak berlaku pada 3 tahun pertama dan 90 % pada usia 5 tahun pertama. 5 tahun ini adalah usia perkembangan yang pesat pada otak si kecil anda.
“Untuk buat semua tu kita selalu lihat di media sosial, ada kawan-kawan yang share aktiviti dengan anak untuk rangsang si kecil dengan pelbagai cara contohnya bermain dengan kinetic sand, guna coloring, guna permainan dan sebagainya.
“Melihat keadaan itu, kita rasa apa yang kita buat tak cukup baik untuk anak-anak, rasa down tapi sebenarnya nak rangsang perkembangan anak tak perlukan banyak permaianan, tak perlu keluar modal yang banyak, jadi jangan stress.”
Tambahnya, perkara paling penting dalam merangsang perkembangan anak adalah masa berkualiti yang diluangkan dengan si kecil, bukan aktiviti yang dibuat semata-mata. Paling penting ibu ayah sentiasa periksa tahap perkembangan anak untuk memastikan mereka berkembangan sesuai peningkatan umur.
Untuk Rangsang perkembangan si kecil, perlu ada 5 asas ini!
Cara paling bagus untuk rangsang perkembangan si kecil adalah:
Sebaik sahaja selepas dilahirkan ibu ayah sudah boleh merangsang perkembagan anak. Umur sebulan ke hadapan ibu sudah boleh periksa ada eye contact atau tidak. Boleh juga gunakan permainan yang berbunyi seperti rattle untuk menarik perhatian mereka.
Bagi si kecil yang berusia setahun pula, ibu ayah boleh periksa percakapan mereka. pada usia ini sepatutnya anak sudah boleh cakap sepatah perkataan seperti ma, nak, mama dan sebagainya.
Dalam perkembangan anak, umur setahun adalah waktu kritikal kerana setiap bulan perkembangan anak ada komponen yang anak perlu capai.
Kalau ada kelewatan perkembangan dari bayi dan seterusnya, ibu ayah sudah boleh dapatkan bantuan terapis atau pakar.
Masa berkualiti bukan diukur dengan panjangnya masa ibu ayah luangkan dengan anak tapi tidak membuat perkara yang sepatutnya dengan si kecil seperti bermain, bercakap dan juga melayan anak.
Perkembagan anak yang dilayan lebih berkembang banyak daripada anak yang punya banyak masa dengan ibu bapa tapi tidak berbuat apa-apa atau dibiarkan mereka menghabiskan masa sendiri dengan gajet atau menonton televisyen contohnya.
Jadi untuk pastikan anak ada masa kulaiti dengan ibu ayah, kalau boleh luangkan sekurangnya 15 minit untuk bermain, layan anak, bercakap dan sebagainya.
Contohnya anak baru boleh merangkak, ibu dan ayah merangkak bersama, untuk anak yang baru boleh bercakap, banyak bercakap dengan mereka dan guna kosa kata yang pelbagai.
Aktiviti di rumah seperti basuh pinggan bersama, berkebun bersama atau menonton televisyen bersama itu sudah baik untuk luangkan masa bersama anak-anak.
Tak perlu keluar hanya di rumah sahaja sudah memadai. Apa yang paling bagus buat aktiviti atau rangsangan ikut kemampuan sendiri. Dengan cara itu ibu ayah juga lebih tenang untuk membuat aktiviti bersama dengan anak-anak. enjoy aktiviti bersama anak kerana dengan cara itu kesannya lebih baik dan secara tak langsung itu sangat membantu perkembangan mereka.
Teknik paling senang untuk dibuat pada bila-bila masa dan dimana-mana boleh bercakap dengan anak. Ada kajian tentang skill bercakap, setiap hari perlu bercakap sekurang-kurangnya 21 ribu patah perkataan. Untuk pastikan perkembagan anak selari dengan umurnya.
Namun mungkin ada ramai ibu ayah tak tahu nak borak apa dengan anak, jadi cadangan Puan Maryam hanya cakap tentang apa yang kita nak buat, sedang buat, sudah buat apa yang kita lihat, bau, nampak dengar dan rasa. apa sahaja yang berlaku di persekitaran boleh dijadikan tajuk bualan bersama si kecil.
Ada kajian yang dilakukan pada anak pra matang di NICU menunjukkan anak yang diurut menunjukkan perkembangan positif berbanding bayi pra matang yang tidak diurut. Jadi ibu ayah boleh lakukan ini kepada anak sejak dari usia bayi menggunakan teknik urutan yang betul dan sesuai untuk mereka.
Contohnya anak umur 1 thaun 6 bulan masih tiada perkataan pertama, jadi seawal usia tersebut dah bolah dapatkan bantuan terapis.
Semakin lambat dapatkan bantuan semakin lambat perkembangan anak. sebaik sahaja perasan perkembangan anak yang lewat, terus dapatkan bantuan pakar supaya jurang perkembangan tidak terjejas.
Tonton video penuh Webinar Sayang Anak Ketat-ketat di sini:
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
Persoalan tentang komplikasi popular waktu mengandung dan baby baru lahir akan dihuraikan oleh Pakar Perunding O&G, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa dalam Talk To Doctor Bersama Moms To Be
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member-2022/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!