Kisah lima beranak yang tinggal dalam kereta sejak lapan bulan lalu dengan anak-anak kecil telah mendapat perhatian Ustaz Ebit Lew. Apa yang membuatkan orang ramai terharu tindakan pantasnya itu memberi harapan baru buat ahli keluarga tersebut.
Menurut beliau, kisah sedih keluarga tersebut sampai ke pengetahuannya ketika berada di Johor semalam hingga membuatkan air matanya tertumpah.
“Menangis saya bila mengetahui kisah Ganesh dan isteri Parameswari serta 3 anak kecil tidur 8 bulan dalam kereta je. Sedihnya lapan bulan makan tidur dalam kereta. Mandi di tandas awam. Kerja pengawal keselamatan (shift) malam bawa keluarga tidur dalam kereta.
“Rumah mereka terbakar bulan empat. Semua musnah. Sedihnya rasa. Saya tidur lena makan sedap, ada orang sampai tinggal dekat bonet kereta,” jelasnya sayu menerusi perkongsian di Faceboooknya.
Akibat dihimpit kekangan, difahamkan Parameswari (isteri) pernah terpaksa menjalani tempoh berpantang selepas bersalin hanya di dalam kereta itu sahaja.
Dalam pada itu, walaupun sekadar sebuah ‘rumah’ kecil yang sempit, kedatangan Ustaz Ebit ke sana disambut meriah dengan gelak tawa si anak kecil.
Ads
“Sampai saja tengok muka anak comel sangat. Ceria saja masa belikan kek, makan dengan mereka,” katanya.
Difahamkan, kediaman asal mereka sebelum ini musnah dalam kebakaran dan sejak itu, sudah dua kali permohonan rumah baharu telah dibuat.
Bertindak atas rasa simpati, Ustaz Ebit menyediakan sebuah rumah sewa sebagai tempat tinggal mereka sekeluarga, manakala kosnya akan ditanggung buat sementara waktu.
Ads
“Saya sewakan rumah cantik, selesa, ada tiga bilik. Saya akan bayar sewa rumah untuk sebulan sementara mereka dapat rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
“Sudah dua kali mohon semenjak rumah terbakar. Tapi jika mereka terus ingin terus (tinggal) di situ (rumah sewa) pun saya akan terus bayarkan dengan gembira,” tambahnya.
Seperti biasa, bukan sahaja sebuah rumah yang selesa ‘dihadiahkan’ buat mereka, malah kelengkapannya juga turut sama diberikan.
Ads
“Saya hadiahkan peti ais, mesin basuh, televisyen, pemasak nasi, dapur, kipas, katil saiz Queen satu, katil bujang dua, barang dapur dan duit belanja.
“Tak berhenti Ganesh dan isteri cakap terima kasih. Mereka menangis terharu. Katanya kenapa banyak sangat ustaz. Mereka suka sangat tengok rumah baru, cantik dan selesa.
“Gembira dapat tengok senyuman anak-anak. Doakan perjalanan nak balik ke Kuala Lumpur. Sudah empat hari di luar,” katanya lagi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan juruhebah radio popular, Siti Elizad merancang untuk memulakan proses rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata.
Elizad, 36, atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin berkata rawatan itu perlu dilakukan tahun ini kerana bimbang sista berulang lagi.
“Saya pernah buat pembedahan sista dua kali. Saya juga pernah menjalani pembedahan membuang ovari sebelah kiri dan sekarang ada sebelah saja.
“Sebab itu tahun ini kalau boleh nak sangat mengandung dan berdoa Allah makbulkan doa saya. Sebab apa, keturunan keluarga saya semua kanser. Jadi, setiap kali sakit di bahagian pangkal rahim saya risau.
“InsyaAllah, tahun ini saya akan mulakan rawatan IVF. InsyaAllah, saya mencuba. Memandangkan sista dalam badan saya jenis aktif, jadi saya meletak di ovari lagi. Jadi, sebelum doktor buang lagi sebelah saya berharap Allah bagi saya seorang cahaya mata. Dapat seorang pun ia satu rahmat buat saya,” katanya dalam perkongsian menerusi program Curhat yang ditayangkan di saluran Astro Prima.
Lali pertanyaan mengenai anak
Menurut Elizad, selepas lima tahun berkahwin dengan suami, Shamsul Baharin Rahman, dia sudah lali persoalan mengenai anak.
“Kadang bukan keluarga atau pasangan, tapi apabila orang sekeliling dan netizen cakap saya tak berdoa dan beriya dalam soal ini, saya sedih.
”Saya tak pernah tunjuk sebab saya jenis ‘happy go lucky’. Apabila orang membandingkan suami saya yang sudah ada dua anak daripada perkahwinan sebelum ini dan saya tak ada zuriat, tentu saya sedih.
“Tapi orang sekeliling selalu tanya bila nak ada anak. Saya mana tahu. Saya bukannya Tuhan. Kalau ditanya, tentu saja saya nak anak. Ya Allah, tolong bagi saya satu,” katanya.
Minta maaf andai gagal beri zuriat
Pada program yang membawa tajuk Zuriat Syurga itu, Elizad turut meminta maaf pada suaminya sekiranya gagal memberikan zuriat.
“Saya bukan wanita sempurna. Walaupun dari segi luaran dia nampak saya seorang yang ceria, tapi andai kata saya tak mampu berikan dia zuriat, saya minta maaf,” katanya.
Program itu turut menampilan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan pelakon, Izzue Islam.
Tular di twitter dan Facebook mengenai seorang doktor wanita yang mengandung 29 minggu dikomakan setelah dijangkiti Covid-19. Berita ini cukup menyedihkan kerana Dr Fatihah Shaharudin adalah barisan hadapan yang berkhidmat di Hospital Kajang.
Di twitter Public Health Malaysia, seorang ahli keluarga Dr Fatihah bernama Maisarah Shaharudin memohon seluruh rakyat Malaysia agar sama-sama mendoakan Dr Fatihah dan bayi dalam kandungan selamat.
Manakala menerusi hantaran yang dimuatnaik oleh Fiza Asiqin di Twitter, pemilik akaun itu berkata, Dr Fatihah kini berada dalam kategori 5 dan sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Dr Fatihah yang menerima rawatan di Hospital Kajang telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh.
Dalam hantaran tersebut memaklumkan bayi tersebut mungkin terpaksa dikeluarkan jika keadaan Dr Fatihah semakin serius.
“Mohon doakan Dr Fatihah bt Shaharudin. Semoga dia dan anaknya selamat.
“Tolong doakan mereka, juga doakan dua anaknya yang masih kecil dan suami beliau yang juga positif di rumah,” katanya.
Selamat czer, bayi seberat 1.38 kilogram
Dalam perkembangan terbaru melalui perkongsian Dr Khairul Hafidz, Dr Fatihah telah selamat menjalani pembedahan melahirkan bayinya malam tadi (6 Jun).
Pihak keluarga melaporkan bahawa Dr Fatihah dan bayi kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Sementara itu, dalam ruangan komen itu juga menyatakan Dr Fatihah selamat melahirkan bayi seberat 1.38kilogram.
Ahli keluarga berterima kasih atas doa semua masyarakat dan mohon terus mendoakan kesembuhan Dr Fatihah dan beliau dapat kembali sembuh secepat mungkin.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Konon ingin menyembunyikan kelahiran, tindakan seorang wanita berusia 22 tahun akhirnya terbongkar apabila ditahan pihak polis kerana disyaki membuang bayi yang baru sahaja dilahirkan.
Bayi lelaki yang masih hidup itu ditemui ditinggalkan di tangga sebuah rumah di Kampung Batu 9, Chemor, Perak.
Tak mengaku anak sendiri
Menerusi laporan Sinar Harian, bayi lelaki yang sihat dan masih bertali pusat itu ditinggalkan di tangga sebuah rumah. Bayi yang masih hidup itu ditemui oleh orang awam sebelum dilaporkan kepada pihak polis.
Pihak polis kemudian menjalankan siasatan dan mendapati rupa-rupanya bayi yang baru sahaja dilahirkan itu merupakan anak salah seorang penghuni dalam rumah berkenaan.
Tetapi sebaliknya pula yang berlaku apabila wanita terbabit tidak mengaku bayi tersebut adalah anak kandungnya dan dia dengan sengaja telah mereka cerita kononnya bayi tersebut telah ditinggalkan oleh seseorang di tangga rumah mereka pada jam 3 pagi. Lebih mengejutkan apabila orang awam yang melaporkan kejadian itu kepada pihak polis adalah bapa wanita berkenaan.
Temui tompokan darah bawah katil
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata pihak polis kemudian bertindak menjalankan siasatan lanjut dengan menyoal siasat suspek.
Pasukan siasatan membuat pemeriksaan dalam bilik suspek menemui setompok darah di atas lantai. Pemeriksaan lanjut menemui tompokan darah yang banyak di bahagian bawah katil disyaki milik suspek yang baru lepas bersalin.
Pada awalnya, suspek memberitahu bahawa darah berkenaan merupakan darah haid miliknya tetapi akhirnya dia mengakui bahawa bayi terbabit merupakan anak kandung yang baru dilahirkannya.
Bayi tersebut dalam keadaan sihat telah ditempatkan di hospital yang sama. Polis telah merampas beg tangan, buku rekod kesihatan dan ubat serta risalah berkaitan penyusuan susu ibu dan panduan pendidikan kesihatan anemia dalam kalangan ibu hamil.
Suspek kemudian telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan lanjut. Tambahnya lagi, wanita terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mendedahkan dan membuang kanak-kanak di bawah 12 tahun.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.