Lempeng adalah makanan tradisi kita sejak dulu. Bukan kita orang dewasa sahaja yang gemarkan lempeng ini, anak-anak juga jika kena pada seleranya, makan bertambahlah jawabnya. Buntu untuk menyediakan sarapan terbaik buat anak, apa kata mama cuba lempeng tradisi yang satu ini.

Lempeng tradisi yang disediakan oleh Puan Umairah Jamaah ini disediakan daripada tepung atta. Katanya penggunaan tepung atta ini lebih sedap berbanding tepung gandum biasa. Paling penting ia kaya dengan fiber atau serat yang baik untuk kita dan anak-anak. Tak perlukan tepung gandum, jom cuba gunakan tepung atta pula.

Menu sempoi tak lekang dek zaman. Anak-anak pun suka. (garam dan gula tidak perlu untuk anak-anak bawah 2 tahun). Menu legend dan sempoi untuk sarapan dan kudapan petang. Sesuai untuk seisi keluarga.

Kali ini Kak Mai gunakan tepung atta. Lagi sedap berbanding guna tepung gandum. Tepung atta bagi lempeng rasa lebih kick sebab tepung ini kaya dengan rasa. Banyak kelebihan tepung atta. Antaranya kaya dengan fiber. Bantu kita lebih kenyang. Sejenis tepung yang tiada agent peluntur.

 

Ini bahan-bahan yang Kak Mai gunakan. Kita guna bahan yang mudah saja.

2 cawan tepung atta
1 cawan kelapa (nak letak extra pun boleh saja)
Sedikit garam (anak usia bawah 2 tahun tidak perlu)
1-2 cawan air.

Jom kita ke dapur. Inilah tepung atta, kelapa, dan sedikit garam.

Gaul sekejap bagi rata.

Masukkan air sedikit demi sedikit. Ini Muhaimin yang tolong tuang. Dia tuang sekali gus terus. Tak sempat suruh stop. Dah siap bancuh. Tebar atas kuali pemanggang / kuali ajaib kalau ada. Kak Mai letak dua sudu minyak kat dalam bancuhan sesiap. Sebelum masak atas kuali.

Beginilah dia bila dah siap. Letak pisang pun awesome tau. Buat tau nanti. Kejadian bila dah siap. Tabur gula merah / madu pun sedap. Anak-anak suka makan begitu saja.