Sepanjang tempoh PKP ini, mata disajikan dengan pelbagai jenis makanan tidak kurang juga beberapa minuman viral seperti Dalgona Coffee yang hangat di facebook. Rata-rata kesemua isi rumah mencuba menu yang satu ini, yang dikatakan cukup enak rasanya, persis minuman di kedai kopi tersohor.
Begitu pun penggunaan nescafe pastinya kurang sesuai buat anak-anak kecil kerana kandungan kafeinnya yang tinggi. Tidak mahu anak menangis dek kerana ingin merasa, ada baiknya ibu sediakan Dalgona Milo Viral ini. Lebih sesuai untuk anak-anak kita. Mak ayah dah pasti boleh tumpang sekaki. Cuma untuk elakkan rasa manis, boleh digantikan dengan susu segar sahaja berbanding susu coklat.
Menariknya ibu ini, Puan Farisha Sofea menambah sedikit bahan bagi menampakkan kelainan. Penambahan ovallet dikatakan membuatkan adunan milo jadi mengembang dan lebih cantik adunannya. Nak tahu macam mana rasanya, jom cuba!
DALGONA MILO VIRAL
Bahan Bahan :
Bahan A :
3 sb milo
3 sb air panas
2 sb gula
1/2 sk ovallete
Bahan B :
Air susu / coklat secukupnya
Ais batu secukupnya
Letakkan ais batu secukupnya di dalam cawan yang cantik dan tuangkan pula air susu/coklat sebanyak 3/4 cawan (saya guna susu coklat hershey’s , rasa dia pun tidaklah terlalu manis).
Kemudian letakkan pula Bahan A tadi sebagai topping di atas. Boleh juga dimasukkan ke dalam piping bag dan paipkan cantik cantik secantik wajahmu.
Letakkan hiasan di atas krim jika suka.
Akhir sekali jangan lupa ambil gambar air dalgona milo viral tersebut dan postkan ke dalam facebook anda .
Selamat mencuba!