Tak Perlu Oven Pun Boleh Buat Cupcake, Pelbagaikan Topping Mengikut Kreativiti! Boleh Buat Dengan Anak.

Share

Cupcake merupakan kek kecil dan comel yang sentiasa mendapat sambutan baik orang dewasa atau kanak-kanak. Nampak comel jer bila di susun di atas dulang. Kemahiran untuk membuat cupcake patut di ajar kepada anak-anak sebagai kemahiran hidup. Bukan untuk jual sekalipun, ia juga untuk makan sendiri bersama ahli keluarga dan kawan-kawan.

Tapi kali ni, resepi yang dikongsikan sangatlah mudah. Tak perlu oven pun. Guna je cupcake sedia ada di kedai. Nak cari pun senang, murah pun ya! Bolehlah buat bersama- sama anak di rumah. Jom lihat resipi yang dikongsikan.

Resepi ini dikongsikan oleh Bonda Riz Yaya Fiya di Kumpulan Facebook Resepi Kuih Muih.

RESEPI CUPCAKE

Sumber foto: Facebook Bonda Riz Yaya Fiya

Resepi ini khas untuk mak- mak yang nak buat dessert tapi takde oven. Jom! Dessert cup ini boleh dilapis dengan jem buah- buahan, chocolate ganache, Nutella ikut kreativiti korang.

Bahan- bahan:
– Massimo Cup cake (original flavour sedap, ada macam- macam flavour boleh beli dekat 7eleven)
– Nondairy whipping cream
– Dessert cup 7ml (RM12.90/20pcs)

Sumber foto: Facebook Riz Yaya Fiya

Cara- cara:
1. Potong 2 massimo cupcake ikut kesesuaian dessert cup.
2. Pukul whipping cream sampai gebu. (Nondairy ni memnag dah manis jadi tak perlu tambah gula, lagi satu memang kena putar sejuk- sejuk).
3. Masukkan dalam pipping bag, kalau nak cream tu berperisa campur je dengan Nutella ke, strawberry jam ke, kaup pakai spatula je.
4. Semua dah siap pipekan dalam dessert cup (cream -> cake -> cream), ulang sampai habis.

Bolehlah dihiaskan dengan apa- apa sahaja yang menarik untuk dessert cup korang. Dah siap kena simpan dalam fridge ya.

Baca Juga:

Memecahkan Angin Dalam Badan, Resepi Ayam Masak Halia, Bagus Untuk Ibu Berpantang!

Bubur Pulut Hitam, Pencuci Mulut Sedap Hirup Sejuk- Sejuk. Boleh Jadi Penyejuk Badan!

Penyejuk Tekak Waktu Panas, Resipi Puding Koktel Sumi! Pasti Anak Dan Suami Suka.

Selamat mencuba.

Mudah sangat resepi yang dikongsikan. Ibu- ibu boleh buat dengan anak- anak sewaktu anak cuti sekolah. Boleh isi masa terluang sama- sama, ayah nak join sekali pun boleh! Bonding time dengan keluarga. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)

Published by
Zetty Mazlan