Jarang nampak bayi baru lahir sampai umur tiga bulan dibiarkan tanpa bersarung tangan. Sarung tangan bayi menjadi barang wajib pakai dan mesti ada bagi yang baru bersalin. Kalau tak pakai macam tak lengkap dan bukan bayi baru lahir pula.
Alasannya sebab ibu bimbang bayi akan mencederakan mukanya sendiri dengan kuku yang panjang. Penjagaan tradisional sejak turun temurun ini memang tak ada siapa yang berani membantah.
Tetapi zaman sekarang yang serba moden dan pelbagai kajian dilakukan oleh pakar mendapati sarung tangan sebenarnya tak perlu dipakaikan terlalu lama kepada bayi baru lahir.
Pemakaian sarung tangan sebenarnya boleh mempengaruhi perkembangan si anak. Ini antara sebabnya.
1. Tangan bayi sentiasa menggenggam
Perasan tak bila sesekali anda membuka sarung tangan bayi mesti keadaan tangannya sentiasa menggenggam sahaja kan? Jika kita menanggalkan sarung tangan seawal yang boleh, tangan anak akan menyentuh segala yang ada berdekatan dengannya. Secara tidak langsung sentuhan itu akan merangsang otak bayi.
2. Bayi tak akan meneroka dunia sekelilingnya
Kalau tangan bayi sentiasa berada dalam sarung tangan dan terus menggenggam tangannya, dia tidak akan dapat meneroka apa yang ada di sekelilingnya dan otaknya juga tidak akan terangsang.
Kita yang bergelar ibu sudah diajar oleh orang tua-tua supaya sentiasa memakaikan bayi sarung tangan supaya tidak tercakar mukanya sendiri, tangan anak tidak sejuk atau terkena sawan daki di celah-celah jari bayi.
Sebenarnya dengan tidak memakaikan bayi anda sarung tangan, ia menjadi pelajaran pertama baginya.
Memang awalnya anak akan berisiko tercakar mukanya sendiri dan akan menyebabkan luka sedikit, tetapi selepas itu dia belajar kalau terkena kuku, akan rasa sakit. Jadi si kecil akan berhenti mencakar muka dan mula menggosok muka menggunakan belakang tapak tangan.
Untuk mengelakkan bayi daripada mencakar mukanya sendiri, ibu mestilah rajin memotong kuku bayi supaya ia sentiasa pendek. Kebanyakan ibu tak pernah memotong kuku bayi mereka dengan alasan takut kerana kuku anak terlalu halus dan nipis.
Bahkan alasan sawan daki di celah jari bayi juga dapat dielakkan daripada berlaku apabila tidak dipakaikan sarung tangan.
Sebaiknya ibu boleh mula menanggalkan dan menghentikan pemakaian sarung tangan seawal bayi berusia sebulan supaya dia dapat mula belajar banyak perkara menggunakan tangannya.
Misalnya, bayi yang minum susu menggunakan botol, boleh mula diajar memegang botol sendiri (dengan pantauan ibu) sementara yang menyusu susu ibu, boleh diajar menyentuh kulit ibu dan proses ini dinamakan bonding.
Banyak kelebihan yang akan diperoleh oleh bayi anda bila dia mula meneroka dunia sekeliling menggunakan jari tangannya termasuk perkembangan skil motor, kinestetik dan segala kemahiran menggunakan tangan.
Jadi, kenapa perlu halang jari jemari anak kita dan tangannya daripada meneroka segala yang ada di sekelilingnya jika ia baik untuk perkembangan mereka?
Tak perlu membazir duit membeli banyak sarung tangan bayi anda. Biarkan jari mereka meneroka dunia ini.
Sumber: Nor Farahdilah Furmon
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Atasi kekok dukung bayi bagi mama papa baru. Jangan bagi alasan kata tak pandai sebaliknya belajarlah untuk mendukung bayi sendiri.
Pertama kali memegang bayi tentunya akan menyebabkan anda kekok, tapi papa dan mama kena belajar. Mendukung bayi dengan betul amat penting agar bayi selesa dan mengelakkan kecederaan pada tubuhnya.
7 TIP MENDUKUNG BAYI
Berhati-hati dengan kepala bayi yang baru lahir, terutama di sekitar ubun-ubun yang merupakan tempat yang lembut di bahagian atas kepalanya.
Sentiasa menyokong kepala dan leher bayi anda yang baru lahir ketika mengangkat dan mendukungnya.
Apabila mengambil bayi anda, letakkan satu tangan di bawah kepalanya dan satu lagi tangan anda yang lain di bawah punggungnya.
Bawanya dekat dengan anda dan pastikan kepala bayi selesa. Luncurkan tangan anda dari bahagian bawahnya untuk menyokong lehernya.
Untuk keselamatan, jangan sekali-kali memegang minuman atau makanan panas dan memasak semasa mendukung bayi.
Sentiasa memegang bayi dengan selamat semasa naik atau turun tangga. Pastikan kedudukan anda stabil supaya tidak terjatuh.
Jika anda ingin mengalihkan bayi ke dalam dukungan orang lain, pastikan mereka duduk stabil kemudian perlahan-lahan letakkan bayi di dalam lekukan lengan mereka.
Kajian mendapati bapa sentuhan kulit ke kulit semasa memegang bayi baru lahir memberikan kesan segera di mana mereka kurang menangis, lebih tenang dan mudah terlelap berbanding dengan bayi yang diletakkan di dalam katil bayi. Selain itu, ia juga dapat membantu membantu meningkatkan ikatan bapa dan anak pada tahap yang lebih maksimum.
4 KELEBIHAN MENDUKUNG BAYI
Menggalakkan sentuhan kulit ke kulit antara anda dan bayi.
Ia juga membolehkan mama dan papa merapatkan hubungan dengan si manja (bonding).
Cara dukung yang selesa akan menenangkan si manja.
Gunakan peluang ini untuk berbual dan mengagah bayi anda.
1. Cara angkat bayi
Sebelum mengangkat bayi, pastikan kedudukan anda stabil. Leher, kepala dan punggung bayi perlu disokong dengan tangan mama.
2. Dukungan berbaring
Bayi yang diangkat kemudian dibaringkan pada lengan mama. Bahagian kepala, leher, belakang dan punggung bayi disokong.
3. Dukungan ke bahu
Ia adalah cara yang paling banyak digunakan. Tetapi bagi bayi yang masih kecil, sentiasa sokong bahagian keher dan kepalanya.
4. Dukungan duduk
Pastikan bahagian punggung bayi diampu dengan tangan mama dan sebelah tangan lagi memegang ketiak dan menahan bahagian dada bayi.
5. Wajah ke wajah
Cara ini sangat sesuai bagi anda yang ingin bermain-main dengan si manja di mana ia membolehkan anda menatap wajah bayi. Semasa mendukungnya, pastikan kepala, leher dan belakang bayi perlu disokong dengan tangan mama.
6. Dukungan riba
Sama seperti dukungan wajah ke wajah, tapi bezanya kedudukan mama dalam keadaan duduk. Pastikan bahagian punggung bayi berada pada paha ibu dan sokong belakang kepala dan lehernya dengan kedua-dua belah tangan mama.
AWAS, BERHATI-HATI UNTUK ELAK HIP DYSPLASIA
Antara salah satu akibat daripada cara mendukung yang salah hip dysplasia. Mendukung dengan cara meletakkan bayi pada pinggang ibu/ bapa perlu dilakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan hal ini.
Hip dysplasia yang terjadi selepas lahir (bukan kongenital), ia sukar untuk dikesan kerana tidak menyebabkan rasa sakit pada bayi dan biasanya tidak menghalang mereka daripada belajar berjalan dan berjalan pada usia yang sepatutnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berbunga hati mama papa bila bayi mula tunjukkan yang dia sukakan anda. Perhatikan 8 tanda ini. Dia memang sedang obses tentang apa sahaja berkaitan anda.
Bayi ada cara tersendiri untuk meluahkan rasa sayang dan sukanya kepada kita. Bertuahlah mama dan papa yang telah kalau bayi dah tunjukkan tanda-tanda ini. Itunya tandanya dia memang suka dan obses dengan anda.
1.MEMANDANG KE WAJAH ANDA
Jika bayi selesa dengan anda, mereka akan suka memandang ke wajah anda dan curi-curi mellihat berkali-kali. Seolah-olah anda lah pelakon utama atas pentas. Dalam perbuatan ini dia sebenarnya cuba untuk mengenali wajah anda.
2.SENYUM KEPADA ANDA
Bayi akan senyum kepada anda walau pun sebentar pada usia enam hingga lapan minggu. Ini bermakna dia makin selesa dengan mama dan papa. Bonding antara anda semakin mendalam.
3.KENAL BAU & SUARA ANDA
Si kecil makin mengenali bunyi suara dan bau badan anda. Malah dia sudah kenal bau badan dan suara anda. Setiap kali bersama dengan anda, dia akan rasa selesa.
4.SUKA CIUM MAMA PAPA
Bila mencecah usia setahun, bayi sudah berupaya memberikan anda ciuman ke pipi anda. Ia juga salah satu tanda bonding antara anda berdua berjaya.
5.MINTA DIDUKUNG
Bayi tidak pandai memberitahu anda yang dia menyayangi anda. Kalau dia minta anda mendukungnya, itu bermakna dia semakin percayakan anda. Selain mendepakan tangan meminta didukung, mereka juga akan mengangkat tangan mama dan papa dan meletakkan pada badan mereka sebagai tanda minta didukung.
6.ACAH-ACAH DIKEJAR
Bila bayi mula boleh merangkak, dia makin pandai bermain dengan anda. Bayi mungkin akan acah-acah lari daripada anda dan mahu anda mendapatkannya.
7.CUBA TARIK PERHATIAN ANDA
Sekiranya dia melihat anda ada disampingnya, dia akan cuba menarik perhatian anda kepadanya dengan menunjukkan protes jika anda meninggalkannya. Bila anda mula menyentuhnya dan mendukung, bayi bertambah gembira, tersenyum dan ketawa.
8.MENIRU APA YANG ANDA LAKUKAN
Semakin besar, bayi akan meniru apa yang anda lakukan. Ini adalah luahan kasih sayang yang ditunjukkan olehnya kepada anda. Misalnya meniru aksi anda membuat mimik muka, bercakap telefon dan sebagainya.
Sensori sentuhan adalah antara deria yang paling awal berkembang pada manusia. Sentuhan dapat menyampaikan seribu satu maklumat. Kanak-kanak akan berkembangan dengan baik bila mendapat sentuhan dan belaian yang mencukupi.
Urutan adalah terapi sentuhan yang telah wujud di seluruh dunia dari zaman dahulu kala. Baru dalam 10-15 tahun kebelakangan ini saja, terapi urutan mula digunakan di hospital untuk merangsang bayi di NICU dengan masalah perkembangan atau masalah otak dan saraf (neuro).
Kini semakin ramai ibu bapa bertindak proaktif dan mengamalkan urutan paediatrik sebagai rutin di rumah untuk meransang perkembangan anak yang berlaku secara berperingkat.
Pada tahun pertama (umur 0-1 tahun), 4 perkembangan penting (milestones) akan mula timbul:
1. Kebolehan anak relax kan diri sendiri (berhenti menangis bila keperluan dipenuhi, tenang)
2. Kebolehan anak mengawal orientasi dan perhatian (eye contact dan fokus pada muka)
3. Kebolehan anak mengawal kitaran tidur dan berjaga (berjaga masa siang dan tidur waktu malam)
4. Kebolehan anak mengawal sistem pencernaan (buang air secara konsisten)
Keempat-empat milestones di atas berkait dengan sistem dalamannya. Terapi urutan oleh ibu bapa dapat merangsang perkembangan ini melalui pengaktifan sistem saraf dan fungsi otak secara berulang-ulang. Apabila anak sudah dapat mengawal sistem dalamannya, barulah dia boleh berinteraksi dengan persekitarannya.
Milestone ke 5, iaitu kebolehan anak mengawal tingkah laku serta emosi berdasarkan isyarat yang diterima dari persekitarannya (social cues), akan mula muncul dalam tahun ketiga. Namun ia hanya akan muncul bila milestones 1-4 sudah dicapai.
Inilah sebab kenapa penting untuk ibu bapa tahu dan peka tentang milestone yang patut dicapai oleh anak dan bila. Gunakannya sebagai guideline untuk memantau perkembangan anak. Sekiranya lewat lebih dari 6 bulan, sila bawa anak berjumpa dengan pakar kanak-kanak untuk pemeriksaan.
Umur 0-3 adalah fasa perkembangan otak anak yang paling pesat. Inilah masa paling mudah dan cepat untuk merangsang otak anak. Jangan ‘biar dan tunggu’ sampai terlambat.