Ya anak kita tidak perlu dipaksa membaca pada usianya enam tahun. Tidak perlu memaksa dia mengenal semua dan pastikan dia boleh membaca. Itu satu tugas yang berat buat anak-anak kecil kita.

Namun janganlah dibiarkan anak kosong tanpa apa-apa ilmu di dada. Jangan pula dibiarkan anak bermain dengan gajet sepanjang masa. Itu salah. Apa mak ayah nak buat?

Parenting Influencer, Pn Wawa Shauqi berkongsi tip dan panduan aktiviti untuk mak ayah penuhi aktiviti anak. Biar jiwanya penuh ilmu.

Ramai yang salah sangka. Bila pakar kata jangan kalut ajar anak bawah 6 tahun membaca, tak bermakna kita kena biar kan anak tu tak buat apa-apa.

Tak Perlu Paksa Anak Bawah 6 Tahun Membaca, Rangsang Aktiviti Macam Ni Dulu!


Salah faham ni sangat bahaya. Apa yang lagi seram, kenyataan ‘biar anak bermain’ tu diambil untuk membenarkan anak dibiar bermain gajet berjam-jam lamanya.

Bermain game di skrin tidak dikira sebagai bermain tau. Malah, kanak-kanak yang menghadap skrin berjam-jam lamanya berisiko untuk mengalami Global Development Delay.

Tak Perlu Paksa Anak Bawah 6 Tahun Membaca, Rangsang Aktiviti Macam Ni Dulu!

Ya, kita jangan tergopoh-gapah ajar anak kecil membaca. Tapi kita perlu sediakan stage yang betul. Supaya bila dah masuk usia 6-7 tahun, dia dah ada kesediaan untuk mula membaca. Mula menulis. Mula bersedia untuk menghadapi persekolahan.

Jadi, apa kita nak buat pada anak 0-6 tahun?

Tak Perlu Paksa Anak Bawah 6 Tahun Membaca, Rangsang Aktiviti Macam Ni Dulu!

Ads

Cadangan :

1. Kurangkan kebergantungan pada penggunaan peralatan bayi seperti walker dan rocker. Dan galakkan anak tummy time dan merangkak (sambil diawasi)

2. Bawa anak keluar menikmati alam sekitar sambil explore deria badan.
-Pijak rumput, kocak air laut, pegang bunga, tengok daun, dengar bunyi burung dan sebagainya

3. Bermain dengan tekstur dan messy play untuk meransang deria sentuhan anak. (since ramai anak penggeli dan ada masalah deria sentuhan)
Cth :
– main pasir
– main ais
– main warna
– main tepung / doh

Tak Perlu Paksa Anak Bawah 6 Tahun Membaca, Rangsang Aktiviti Macam Ni Dulu!

4. Lakukan self-talk dan parallel-talk dengan anak walaupun anak masih belum mampu bertutur

Ads

5. Melibatkan anak sewaktu memasak. Ajar anak cium bau rempah, bau daun, rasa masam buah dan sebagainya

6. Melakukan read aloud kepada anak menggunakan buku-buku yang interaktif

7. Memperkenalkan aktiviti menggunakan educational toys mudah

8. Kurangkan melarang. Cukup sekadar pantau.

Ini pula cadangan untuk umur anak 3-5 tahun

Tak Perlu Paksa Anak Bawah 6 Tahun Membaca, Rangsang Aktiviti Macam Ni Dulu!

Ads

Melakukan aktiviti berstruktur seperti kraf dan educational activities untuk meningkatkan keupayaan fokus anak.

10. Melakukan aktiviti yang menguji Fine Motor Skill anak
– perah sponge
– main pengepit
– main plastesin
– koyak dan ramas kertas
– fingerprint activities

11. Menyediakan ruang dan kemudahan untuk anak menguji keupayaan fizikal (Gross Motor Skill) seperti
– tempat memanjat
– tempat melompat

12. Melakukan banyak aktiviti outdoor seperti berbasikal, berlari, memanjat, bermain bola dan sebagainya.

13. Sign up class memanah / berkuda / berenang / muzik dsb

14. Jika nak dedahkan anak dengan pembelajaran, lakukan secara kinestetik dan bersesuaian dengan usia anak.

15. Lakukan read aloud dengan buku cerita yang menarik.

Tak Perlu Paksa Anak Bawah 6 Tahun Membaca, Rangsang Aktiviti Macam Ni Dulu!
Tanda anak mempunyai kesediaan akademik yang baik adalah :
– Mudah mengingat huruf
– Mengenal bentuk dan warna
– Tidak mudah penat apabila menulis
– Daya fokus yang baik
– Boleh fokus duduk di atas kerusi dalam jangka masa 20 minit setiap sesi
– Boleh memberi respon di dalam kelas dengan baik
– Boleh bergaul dengan baik.
– Ada minat yang baik terhadap buku

Kalau ikut fitrah perkembangan kanak-kanak (bukan ikut sistem sekolah), Boleh membaca dengan lancar adalah bonus.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI