Tak Perlu Paksa Anak Habiskan Satu Mangkuk Puree! Pemakanan Yang Sihat Bukan Berapa Banyak Kuantiti Anak Makan

Share

Kuantiti makanan anak bukan ukuran untuk menilai bahawa anak sihat dan juga cukup nutrisinya. Tidak semestinya bayi perlu menghabiskan satu mangkuk puree. Dietitian, Puan Fizah Sobri berkongsi kuantiti yang betul mengikut tahap umur bayi tersebut.

KUANTITI BUKAN UKURAN

Salam mommies..Saya nak ingatkan lagi sekali ye; Kuantiti bukan ukuran anak makan sihat pada usia sebelum 8bulan!

Aim adalah untuk pengenalan tekstur lebih kepada kuantiti sebab diet kebanyakan masih dari susu baby;
Umur 6-8 bulan
perlu 1-3 sudu besar sahaja 2-3 kali sehari makan 

Umur 9-12 bulan
boleh ambil 3-5 sudu besar 3-5 kali sehari makan (termasuk snek)

Saya melihat terlalu ramai mommies apabila mula sahaja pengenalan makanan pelengkap terus nak bagi sehingga satu mangkuk habis dan terus 3x sehari

Ini juga antara sebab bayi boleh jadi sembelit apabila memberi makanan pelengkap yang banyak dan terlalu kerap pada awal awal waktu

Usus bayi perlukan masa untuk biasakan diet baby yang baru..iaitu dari hanya mengambil susu selama 6 bulan kepada makanan yang pelbagai..

Bagilah masa…jangan banding anak anda dengan anak orang lain..sikit sikit bagi..sikit sikit naikkan..sikit sikit pengenalan kepada makanan lain..sabar ye mommies,tau excited tu.

Mommies juga jangan lupa fokus kepada perubahan tekstur makanan dari puree/kisar/cair kepada lenyek kepada cincang dan seterusnya makanan lembut

Ingat ye mommies fokus utama adalah untuk memperkenalkan tekstur serta makanan yang pelbagai kategori (karbohidrat,serat,protein)daripada kuantiti makanan

Jika anak mommies maintain kenaikan berat yang konsisten dan tidak jatuh ke line warna kuning mommies is doing a great job

Jangan stress ye..consistent..and keep up the healthy food intro

Sumber: Nasihat Diet, Dietitian Fizah Sobri

Published by
NuFa