Mendidik anak-anak berpuasa pada usia awal sememangnya dituntut. Namun sebagai ibu bapa usah memaksa anak dengan keras kerana mereka memerlukan masa untuk menerima waktu-waktu sebegini. Pada usia anak 5 hingga 6 tahun, anak-anak diajar untuk berpuasa namun perlu ada caranya.
Tip yang dikongsikan oleh Pn Saleha Idris, Pakar Psikologi Keibubapaan ini perlu diaplikasikan oleh semua mak ayah. Jangan paksa anak kita tapi gunakan pendekatakan psikologi untuk didik anak usia 5 tahun berpuasa.
Tips Anak Awal Usia Berpuasa Waktu PKP
1. Kebiasaannya dibuat untuk anak usia 5-9 tahun.
2. Terangkan kepada anak tentang bulan Ramadan.
Bulan Ramadan dah menjelang. Adik cuba puasa ya. Nanti kita tak boleh makan siang selama 30 hari. Beritahu jadual makan akan berubah. Kita makan dua kali sahaja. Sebelum Subuh dan waktu Maghrib. Perlu memberitahu untuk masukkan info di dalam minda mereka. Terangkan ini latihan buat mereka. Ajar hormat orang puasa. Makan senyap dan bukan di depan khalayak.
3. Panggil mereka juga bersahur.
Semasa sahur kita borak dan berbual. “ Adik puasa ke hari ni, ni adik sahur”. Walaupun mata dia kebil tak apa. Asalkan kita dah masukkan perkataan dalam minda dia.
4. Sebagai ibu ayah yang menjadi role model pada anak anak.
Anak anak akan perhatikan perbuatan ibu ayah. Waktu Ramadan ini mereka akan lihat rutin kita berbeza. Sudah banyak habiskan masa membaca Al-Quran. Waktu tengahari ibu sudah tidak ke dapur tetapi ambil wuduk dan terus membuka Al Quran. Waktu malam dipenuhi dengan solat tarawih dan bermunajat. Anak anak akan tiru perbuatan ini. Percayalah, rumah yang dipenuhi Al-Quran dan mengingati Tuhan, jiwa anak lembut dan mudah dibentuk.
5. Sediakan makanan bernutrisi.
Apa yang dimakan akan menjadi darah daging. Pilih makanan yang beri khasiat dan nutrisi.
Tidak penting penuhkan meja dengan hidangan banyak. Cukup 1 atau 2 lauk sahaja. Ambil chia seed dapat simpan air dalam tubuh anak. Jadikan mereka tenaga.
6. Tidur awal dan nyenyak.
Selepas tarawih boleh buku Al Quran lagi. Mengaji sebelum tidur. Makanan berkhasiat galakkan tidur dan tenaga baik.
Boleh ambil minuman atau makanan seperti pisang, susu, dark Chocolate 70% drink OCOC. Bagus untuk dapat tidur nyenyak.
7. Jika anak beritahu mereka lapar.
Minta mereka tahan sedikit dahulu. Beri masa contoh lagi 10 minit. Jika tidak dapat juga dan melihat anak sudah tidak berdaya.
Minta mereka minum air dahulu. Percayalah kelamaan mereka sendiri tidak selesa untuk makan. Kerana dalam kepala mereka sudah dipasak aku berpuasa ni. Untuk permulaan jika mereka tidak biasa.
Artikel berkaitan: Paksa Anak Bangun Sahur Kalau Nak Ajar Anak Kecil Berpuasa Walaupun Dia Tak Dapat Puasa Penuh
8. Kurangkan aktiviti bermain yang guna banyak tenaga.
Beri mereka rehat dan santai sahaja.
9. Boleh buat visualisasi.
Minta anak tarik nafas tahan dan hembus. Buat relaksasi. Kemudian minta mereka bayangkan diri kuat semangat dan bertenaga.
10. Beri ganjaran setiap hari jika mereka dapat selesaikan puasa.
Beri mereka ganjaran intrinsic (pujian dan penghargaan).
Beri mereka ganjaran ekstrinsik. (Duit, masakan kegemaran)
Ganjaran ekstrinsik adalah diberi pada awal untuk membentuk habitual behavior.
Apabila perbuatan itu sudah boleh ditanam teruskan pasak kebaikan dalam minda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI