Kita rasa kerja kita jadi lambat bila bawa anak sekali masuk dapur. Kerja memasak yang sepatutnya cepat jadi lambat gara-gara bantuan anak. Salah tu!

Dalam kita mendidik anak, ada baiknya kita bawa anak sekali untuk meneroka apa yang ada disekelilingnya. Kerja-kerja memasak misalnya, boleh jadi satu aktiviti dan ilmu yang baik untuk anak membesar.

Perkongsian seorang suri rumah, Mysara Waheeda ini amatlah tepat. Banyak yang anak boleh belajar jika diasuh sejak kecil. Ilmu berguna untuk mereka membesar kelak.


Salam semua. Saja nak kongsi kelebihan ajak anak tak kira lelaki atau perempuan join berada di dapur sekali dengan kita.

Biasa kat rumah tinggal saya dan anak usia 2 tahun je sampai petang. Kebanyakan masa saya di dapur la. Celik mata terus ke dapur siapkan breakfast anak.

Ads

Tak Perlu Rimas Bawa Anak Sekali Masuk Dapur, Banyak Anak Boleh Belajar!

Lepas teman dia makan, dia beraktiviti bebas sambil saya siapkan lauk tengahari.

Part ni kadang-kadang kritikal bagi saya. Saya paling tak suka anak duduk statik tengok tv. Banyak sangat keburukan pada dia. Saya sebolehnya nak dia main sendiri. Tapi tu lah kadang-kadang dia nak bertempek sekali, nak dukung la.

Ads

Menarik: Beg Sekolah Berat Tak Bagus Untuk Kesihatan Anak, Beli Beg Jenis Paling Ringan

So apa saya buat, saya ajak dia cuci pinggan dengan saya. Saya sabunkan dan dia bilas sudu, cawan, piring.
Ataupun ajak dia pusing tombol blender kalau saya nak blend bawang. Kalau nak goreng ayam ikan, saya ajak dia tolong saya cedokkan garam dan serbuk kunyit. Saya lapik tikar awal-awal.

Tak Perlu Rimas Bawa Anak Sekali Masuk Dapur, Banyak Anak Boleh Belajar!

Ads

Saya perhati, memang ralik dia buat semua ni. At least kepala saya tak kusut dengar dia nangis, kerja pun boleh siap sambil-sambil dia main air tu.

Kelebihan lain, dia akan perhatikan apa kita buat dan belajar. Cara cuci pinggan ke, potong bawang ke. Sebarang aktiviti kita buat, dia akan perhatikan dan akan cuba bila sampai masa.

Pentingkan kita ajar anak masuk dapur dari awal, nanti dia dah besar, takde la dia akwward nak tolong bini masuk dapur sekali.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI