Semua bayi menangis pada masa-masa tertentu. Mereka perlu menangis. Bayi baru lahir yang sihat pun akan menangis juga selama satu hingga tiga jam sehari.

Oleh kerana mereka tak dapat membuat apa-apa pun untuk diri sendiri, bayi bergantung kepada orang lain untuk memberi mereka makanan, kepanasan dan keselesaan yang mereka perlukan. Tangisan adalah cara bayi memberitahu bahawa mereka perlukan sesuatu.

Sebagai ibu atau bapa baru, ada masanya anda mendapati sukar untuk menentukan apakah yang bayi anda perlukan. Adakah dia lapar, sejuk, haus, bosan atau sekadar mahu dipeluk?

Tak Perlu Risau Bila Bayi Menangis Terlalu Kuat, Sampai Hilang Suaranya. Itu Normal!Dalam beberapa hari pertama, semasa anda belum tahu bagaimana hendak mengenal pasti keperluan bayi anda, tangisan ini boleh membuat anda rasa bimbang.

Namun begitu, lambat laun anda akan mula mengecam gaya tangisannya yang berlainan dan setelah anda lebih mengenalinya, anda akan dapat memenuhi keperluannya.

IKLAN

Malah ramai juga ibu bapa yang bimbang bila bayi mereka menangis terlalu kuat sehingga timbul persoalan adakah ia normal?

Menurut Konsultan Tangisan Bayi Malaysia, Uswatun Hasanah Mohd Habib, terlalu ramai ibu bapa yang mengadu cemas apabila bayi kecil mereka menangis dengan kuat.Tak Perlu Risau Bila Bayi Menangis Terlalu Kuat, Sampai Hilang Suaranya. Itu Normal!‘Macam kena pukul’, ‘ Nangis macam sakit sangat ‘, ‘..sampai selak (hilang suara)..

Ibu ayah sekalian, bayi kecil memang di ciptakan untuk menangis sangat kuat. LAGI KUAT daripada bunyi motor, gergaji dan mesin rumput! Ya! Tak percaya? Carilah datanya sendiri.

IKLAN

Senang cakap, bayi kecil di cipta untuk menangis dengan kuat, cukup kuat ibarat kejutan elektrik ke saraf ibu bapa demi kelangsungan hidup mereka.

Tak Perlu Risau Bila Bayi Menangis Terlalu Kuat, Sampai Hilang Suaranya. Itu Normal!

IKLAN

Menangis mesti cukup kuat untuk mendapatkan perhatian penjaga dengan segera dalam apa jua waktu dan situasi. Cukup kuat untuk penjaga merasa terganggu dan tiada pilihan selain bertindak mendatangi bayi, mencari jalan memenuhi keperluannya dan menghentikan tangisan mereka.

Maka tak perlu susah hati jika bayi anda menangis sangat kuat. Susah hatilah jika tangisan bayi anda lemah dan tak berdaya.

Bayi yang bersuara kuat bukan satu masalah, tapi ibu bapa yang tidak tahu cara tepat mententeramkan bayi itulah yang boleh bawa banyak masalah.

Sumber: USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI MALAYSIA

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI