Ubun-ubun ialah satu bahagian pada kepala bayi yang sangat lembut. Ini akan mendatangkan kebimbangan kepada ibu bapa sama ada bahagian tersebut boleh disentuh atau tidak. sesetengah ibu bapa ada masanya mungkin terfikir mengapa ubun-ubun bayi berdenyut. Adakah ia berbahaya?

Tak Perlu Risau Tengok Ubun-Ubun Baby Berdenyut, Ia Perkara Normal

Artikel ini akan menceritakan dengan lebih lanjut tentang apa yang anda perlu tahu mengenai bahagian lembut pada kepala bayi yang dinamakan ubun-ubun ini.

Artikel Menarik: [Tak Perlu Risau Kalau Baby Asyik Sedu. Ia Terjadi Untuk Bantu Bayi Kawal Pernafasan]

APAKAH ITU UBUN-UBUN?

Bahagian lembut pada kepala bayi ini dinamakan ubun-ubun atau nama saintifiknya fontanel. Terdapat dua bahagian fontanel pada kepala bayi yang baharu lahir iaitu:

FONTANEL POSTERIOR

Fontanel posterior berada pada bahagian belakang kepala bayi dan berbentuk segi tiga. Fontanel ini lebih kecil berbanding fontanel anterior. Selain itu, fontanel ini agak sukar untuk dirasa oleh ibu bapa dan kebiasaannya akan tertutup sendiri apabila bayi mula mencecah usia 6 minggu.

Tak Perlu Risau Tengok Ubun-Ubun Baby Berdenyut, Ia Perkara Normal

Ads
FONTANEL ANTERIOR

Fontanel anterior berada pada bahagian atas kepala bayi dan berbentuk seperti layang-layang. Fontanel ini lebih besar berbanding fontanel posterior. Selain itu, fontanel ini sangat mudah untuk dirasa oleh ibu bapa dan tidak akan tertutup dengan sempurna sehingga bayi mula mencecah usia 18 bulan.

MENGAPA BAYI MEMPUNYAI UBUN-UBUN?
  1. Memudahkan proses kelahiran bayi

Sebenarnya, ubun-ubun atau fontanel ini berfungsi memudahkan proses kelahiran bayi. Keberadaan ubun-ubun ini sangat berguna bagi memudahkan tengkorak bayi yang hanya dihubungkan oleh tisu-tisu ini berubah bentuk apabila sedang melalui jalan keluar ketika kelahiran melalui saluran vagina sekiranya bersalin secara normal.

Seperti yang sedia maklum, bahagian kepala bayi merupakan bahagian yang paling besar pada anggota badan bayi. Oleh itu, dengan kaedah semula jadi ini bayi akan lebih mudah untuk keluar. Anda tidak risau kerana lama-kelamaan, tulang-tulang ini akan bertemu dan bercantum lalu akan tertutup pada satu ketika nanti.

Tak Perlu Risau Tengok Ubun-Ubun Baby Berdenyut, Ia Perkara Normal

Ads
  1. Memberi ruang untuk otak bayi berkembang

Bahagian lembut yang dipanggil ubun-ubun atau fontanel ini juga berfungsi memberi ruang untuk otak bayi berkembang. Menurut kajian, otak bayi akan mengalami perkembangan yang paling pesat ketika dua tahun pertama bayi anda. Oleh itu, gunakan masa ini untuk memberi nutrien yang secukupnya kepada bayi agar otak bayi anda boleh berkembang sepenuhnya.

  1. Memberi petunjuk tentang tahap kesihatan bayi

Selain daripada dua sebab di atas, ubun-ubun atau fontanel pada bahagian kepala bayi boleh menjadi petunjuk atau indikator tentang tahap kesihatan bayi. Sebagai contoh, sekiranya bahagian ini mendap, ia mungkin menunjukkan simptom bayi mengalami dehidrasi manakala jika bahagian ini kembung, ia mungkin menunjukkan simptom bayi menghidapi meningitis. Dengan cara ini, ibu bapa boleh mengetahui serba sedikit mengenai keadaan kesihatan bayi dengan melihat kepada keadaan bahagian ini.

Artikel Menarik: [Bayi Tak Perlu Banyak Bantal Waktu Tidur. Bahaya, Boleh Mengundang Maut!]

Ads

Tak Perlu Risau Tengok Ubun-Ubun Baby Berdenyut, Ia Perkara Normal

NORMAL ATAU TIDAK UBUN-UBUN BAYI BERDENYUT?

Jika anda perhatikan, denyutan pada bahagian ubun-ubun bayi sebenarnya berdenyut serentak dengan degupan jantung bayi. Perkara ini sebenarnya normal kerana terdapat pembuluh darah yang berdenyut dia bahagian ubun-ubun bayi. Apabila bayi menginjak dewasa, ubun-ubun ini akan mula tertutup sendiri dan denyutan tersebut tidak dapat dirasai lagi.

JANGAN PICIT ATAU TEKAN UBUN-UBUN!

Sudah menjadi mitos bagi kalangan ibu bapa terutamanya ibu bapa baharu yang mempercayai bahawa ubun-ubun bayi boleh berubah bentuk sekiranya diletakkan dengan pelbagai tekanan. Sebenarnya mitos ini juga ada benarnya. Sebagai ibu bapa, anda perlu untuk lebih berhati-hati ketika memandikan atau membaringkan bayi. Jangan memicit atau menekan bahagian ini dengan terlalu kuat untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

AKSESORI KEPALA PERLU JAUH DARI UBUN-UBUN

Tak Perlu Risau Tengok Ubun-Ubun Baby Berdenyut, Ia Perkara Normal

Artikel Menarik: [Bersihkan Dengan Kerap Mainan Yang Basah Dengan Air Liur. Baru Anak Tak Mudah Sakit!]

Selain itu, penggunaan aksesori pada bahagian kepala seperti topi, bandana atau skaf perlu dipakai dengan berhati-hati. Pakaikan aksesori ini di bahagian yang agak jauh dari ubun-ubun bayi seperti dahi. Sekiranya anda terlihat perubahan bentuk yang agak mencurigakan terhadap ubun-ubun bayi anda, segera bawa anak anda berjumpa doktor. Walaupun kelihatan remeh, perkara-perkara sebegini wajar ibu bapa elakkan bagi memastikan perkembangan bayi anda yang lebih terjamin.

Sumber: Hello Doktor

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI