Bagi ibu yang sudah pun mempunyai pengalaman menyediakan bekalan anak ke sekolah tadika atau pra sekolah pastinya tidak punya masalah dalam menyediakan sarapan sekaligus bekalan buat anak. Ibu yang baru pertama kali pastinya memerlukan perancangan yang tepat untuk penyediaan sajian ini agar semuanya berjalan lancar di pagi hari.

Siapkan bekal anak juga tidak perlulah menu yang berat. Ikut kemampuan ibu untuk sediakannya. Jika ada masa lebih, sediakan menu yang lengkap untuk anak. Perkongsian ibu ini, Puan Fazira Salleh boleh juga mama cuba. Walaupun bekerja tetapi tetap sediakan bekalan untuk anak. Simple je tapi lengkap nutrisi. Jom intai resipinya.

Tak Perlu Sarat & Berat, Simple Pun Boleh, Ibu Ni Kongsikan 10 Resipi Bekal Anak Ke Sekolah!

BUKTI KEGIGIHAN SIAPKAN BEKAL ANAK

Sebab anak sekolah SJKC, jadi marilah kita menggigihkan diri siapkan bekal. Tapi maaflah…tak ada hiasan fancy-fancy macam bento semua tu, pasal mak bekerja nak. Konsep dia, asal kenyang sudah. Hahahaa!

Tak Perlu Sarat & Berat, Simple Pun Boleh, Ibu Ni Kongsikan 10 Resipi Bekal Anak Ke Sekolah!

NASI GORENG PATAYA

Bahan-bahan
======================
1 mangkuk nasi
1 biji telur
1 sudu bawang kisar*
1 sudu isi ayam cincang
1 sudu lobak potong dadu*
Minyak untuk memasak

(Memasak 15 minit)
1. Panaskan kuali dengan minyak sedikit dan tumis bawang kisar dan ayam cincang.
2. Masukkan lobak dan kemudiannya nasi. Perasakan dengan sedikit garam.
3. Kacau telur dan tuang atas kuali tak melekat.
4. Golek-golekkan kuali supaya telur jadi nipis dan lebar.
5. Balut nasi tadi dengan telur. Siap!

*Yang merah atas telur tu sos ya, bukan darah jari mak yang terluka masa potong sayur sebab mengantuk bangun pukul 5 pagi.

Tak Perlu Sarat & Berat, Simple Pun Boleh, Ibu Ni Kongsikan 10 Resipi Bekal Anak Ke Sekolah!

IKLAN

NASI AYAM EKSPRESS

Bahan-bahan
=====================
1/2 cawan nasi
1 sudu susu cair
2 sudu stok ayam/ Suku kiub pati ayam
1 potong ayam
1 sudu kicap lemak manis
1 sudu kecil sos tiram

Memasak (10 minit)
====================
1. Kukus nasi dengan pati ayam dan susu cair.
2. Sementara tunggu nasi masak, potong ayam kecil-kecil.
3. Masak ayam dalam kuali dan masukkan kicap dan sos tiram.
4. SIAP!

** kalau telur rebus pun nak kena bagitau macama mana cara nak masak dia, memang mintak kaki laaa.

Tak Perlu Sarat & Berat, Simple Pun Boleh, Ibu Ni Kongsikan 10 Resipi Bekal Anak Ke Sekolah!

PASTA TOMATO

Bahan-bahan
======================
1/2 mangkuk pasta spiral
1 ulas bawang putih cincang halus
1 sudu bawang merah kisar
1 sudu daging cincang
1 cawan pes tomato
1 cubit mix herbs
2 @ 3 butang cendawan hiris nipis

IKLAN

Memasak (10 minit)
=======================
1. Tumis bawang, bawang putih dan daging kisar sampai naik bau.
2. Masukkan pes tomato, mix herbs dan cendawan butang.
3. Perasakan dengan gula/garam.
4. Siap!

*Buah oren, macam biasa. Pilih yang bontot lobang tu haaa…kompem manis.

Tak Perlu Sarat & Berat, Simple Pun Boleh, Ibu Ni Kongsikan 10 Resipi Bekal Anak Ke Sekolah!

PANKEK NUTELLA

Bahan-bahan
==================
1 cawan susu cair
1 biji telur
1 sudu besar gula
1 sudu teh baking soda
2 sudu butter
Secubit garam

Memasak ( 10 minit)
======================

1. Campak je semua bahan dalam blender. Kalau dah tak berketul tu kira ngam dah.
2. Panaskan kuali tak melekat yang dah terperap lama dalam lemari tu.
3. Api jangan kuat sangat eh.
4. Pastu pakai senduk yang kau buat ceduk sup tu, tuang satu senduk kat atas kuali tadi.
5. Bila ko tengok dah berbuih-buih, terus terbalikkan.
6. Sapu satu side dengan nutella, kampuh dua keping
7. Siap!

IKLAN

** Cakap kat anak, ini dorayaki yang doraemon baru hantar special pagi tadi. Kompem makan banyaaakk!

Tak Perlu Sarat & Berat, Simple Pun Boleh, Ibu Ni Kongsikan 10 Resipi Bekal Anak Ke Sekolah!

CREAMY SPAGETTI

Bahan-bahan
=====================
1 cekak kecil spagetti
2 sudu marjerin/mentega
2 ulas bawang putih (cincang halus)
1/2 cawan susu cair
1 cubit herbs parsley/oregano kering

Memasak (10 minit)
===========≠=========
1. Rebus spagetti sampai lembut
2. Tumis bawang putih dengan marjerin/mentega sampai wangi
3. Masukkan susu cair,kacau sekejap
4. Gaul kuah dengan spagetti tadi dan perasakan dengan garam
5. SIAP!

*Atau kalau malas, bangun rebus spagetti je. Lepas tu panaskan kuah yang dah siap dalam tin tu. Atau kalau malaaas lagi, spagetti pun ko mintak encik suami tolong rebuskan. Uhuii.

Intai resipi-resipi ringkas lain yang disediakan olehnya di facebook. Semuanya sedap dan ringkas sahaja untuk anak. Paling penting anak kenyang dan bersedia untuk menimba ilmu di sekolah.

Tak Perlu Sarat & Berat, Simple Pun Boleh, Ibu Ni Kongsikan 10 Resipi Bekal Anak Ke Sekolah!

Tip Siapkan Anak Ke Sekolah
* Rancang menu seminggu supaya senang nak set minda nak masak apa dan sediakan bahan-bahan untuk seminggu.
* Jangan lupa tanya apa menu yang anak-anak ingin bawa ke sekolah. Ambil kira pendapat anak supaya barulah anak selera dan ternanti-nanti untuk makan.
* Tak perlulah serius sangat, sambil-sambil anak main boleh tanya apa dia nak makan dan suka bawa ke sekolah.
* Tak perlu juga menu yang berat dan sarat, menu simple dan anak senang nak makan sendiri adalah menu terbaik.

* Tip nak masak pula perlulah disiapkan awal. Malam sebelum nak masak, wajib siap potong semua bahan, tinggal nak masak saja esok pagi.
* Bahan-bahan basah jangan dilupa. Ni paling penting, turunkan di bahagian bawah supaya senang nak masak.
* Bangunlah awal dari biasa. Tak perlu lama pun, anggaran masa 30 minit hingga 45 sahaja di dapur.
* Bekas bekal anak pastikan letak setempat. Tak adalah baru nak tercari-cari bila nak isi makanan. Buang masa.
* Ajar anak ambil makanannya sendiri dan masukkan dalam beg. Mudah.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI