Amalan tidur bersama bayi (terutama berumur enam bulan ke bawah) harus dilakukan dengan kaedah yang betul, jika tidak ia berbahaya kepada bayi.
Kematian bayi yang mengejut (Sudden Infant Death Syndrome, SIDS) berlaku dalam kalangan bayi berusia kurang setahun dan kematian bayi ini biasanya berlaku semasa tidur. Ia juga dikenali sebagai maut di tempat tidur (crib death).
Kombinasi masalah fizikal dan faktor persekitaran di tempat tidur boleh menyebabkan bayi mudah menjadi mangsa SIDS.
Antara faktor fizikal yang dikaitkan dengan SIDS ialah masalah dalam otak (akibat belum matang) yang mengawal pernafasan dan bangun tidur bayi tersebut, atau dilahirkan secara tidak cukup bulan, atau dilahirkan tidak cukup berat dan otak bayi yang tidak matang sepenuhnya menyebabkan tidak dapat mengawal proses bernafas yang betul dan degup jantung tidak menentu. Jangkitan kuman pada saluran pernafasan dan paru-paru juga penyebab SIDS.
Ads
Antara faktor tempat tidur yang dikaitkan dengan SIDS ialah bantal, selimut dan anak patung yang diletakkan di tempat tidur, yang menyebabkan bayi ‘ditimbus’ dan tidak bernafas, dan posisi bayi tidur (tidur tertiarap).
Bayi yang tidur bersama ibu bapa atau adik-beradik juga mengalami SIDS kerana tertindih secara tidak sengaja.
Ads
Amalan di barat, tidak menggalakkan ibu tidur sekatil dengan bayi yang dilahirkan secara pramatang, dan mengalami kurang berat badan dan bayi berusia kurang enam bulan.
Ads
Mereka lebih selamat ditidurkan berhampiran ibu tetapi katil yang berlainan.
Bayi boleh mati lemas tidak bernafas kerana berkongsi selimut dengan ibu. Ibu bapa yang terlalu letih juga tidak digalakkan tidur bersama bayi kerana mungkin akan menghempap bayi dan tidak sedar apabila bayi terjaga dan menangis.
Ibu atau bapa yang merokok juga tidak digalakkan tisur bersama bayi kerana ia mendedahkan bayi kepada bahan toksik asap rokok yang dikeluarkan dari paru-paru semasa tidur.
Ibu yang menyusukan bayi dan tidur bersama, harus berwaspada kerana ibu mungkin kepenatan dan wajah bayi mungkin tertangkup pada payudara ibu yang tidur kepenatan.
Kenapa bayi tidak digalakkan tidur mengiring atau meniarap? Mama dan papa kena tahu dan faham corak tidur bayi baru lahir & langkah keselamatan yang perlu diambil.
Bayi baru lahir, banyak tidur daripada waktu jaga. Dia akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari, dan hanya akan terjaga apabila tiba waktu lapar untuk menyusu. Ini berlaku kerana bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam. Pada usia sekecil ini, mereka boleh tidur dengan purata 16 jam sehari, di mana dalam tempoh dua hingga empat jam terus-menerus di antara waktu menyusu!
FAHAMI RUTIN TIDUR BAYI BARU LAHIR
Setiap bayi mempunyai keunikan gaya tidur secara tersendiri. Bayi yang baru lahir kebanyakannya akan tidur 16 hingga 20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu menyusu sahaja. Ada bayi yang boleh tidur terus menerus 4 hingga 5 jam! Ibu perlulah mengejutkan bayi untuk menyusu sekiranya bayi tidur terlalu lama!
Mama papa perlu tahu bahawa bayi baru lahir tiada ada jadual tidur yang tetap. Pada biasanya, bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulandan lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam iaitu 6 hingga 8 jam.
Kadangkala bayi akan menangis atau membuat bising jika tidak dapat tidur nyenyak. Mereka akan terbangun dengan sendirinya semasa tidur di waktu malam dan tidak tidur. Mama papa tidak perlu risau pada ganggguan tidur kerana bayi perlu belajar untuk berada dalam keadaan ini.
Namun sekiranya bayi menangis berterusan selama beberapa minit, maka anda perlu memberi perhatian. Dia mungkin lapar, basah, sejuk, tidak sihat atau sakit. Beri perhatian dengan segera tanpa berlebihan kerana bayi perlu meneruskan tidurnya.
POSISI TIDUR
American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah tidur terlentang dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan bagi bayi yang mengalami kecacatan pada bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan.
6 TIP KESELAMATAN BAYI DI TEMPAT TIDUR
PASTIKAN BAYI TIDUR TERLENTANG
Selain itu, pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai. Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas. Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika dalam keadaan jaga untuk menggalakkan perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.
LANGKAH KESELAMATAN BERKAITAN TEMPAT TIDUR BAYI
5 TIP BANTU BAYI TIDUR
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menghadapi cabaran amukan baby tumbuh gigi atau teething, mama papa elak buat silap. Tapi disarankan buat oleh buat 6 perkara ini untuk melegakannya.
Bayi selalunya akan mula tumbuh gigi waktu berumur 3 hingga 6 bulan. Tetapi majoriti bayi tumbuh gigi antara usia enam atau tujuh bulan. Malah ada yang tumbuh gigi pertama selepas umur setahun. Pada usia dua setengah hingga tiga tahun, anak anda sepatutnya memiliki set lengkap 20 batang gigi bayi.
9 KEADAAN SELALU BERLAKU BILA BAYI TUMBUH GIGI
Bayi yang sedang mengalami tumbuhan gigi selalunya akan menghadapi ketidakselesaan. Antaranya ialah seperti berikut;
1.Selalu ingin menggigit untuk mengurangi rasa sakitnya.
2.Suhu badannya sedikit naik tetapi tidak melebihi daripada 39 Celsius
3.Pipi si manja menjadi kemerah-merahan, akibat lelehan air liur berlebihan.
4.Gusi terasa gatal, sakit atau bengkak serta merah.
5.Sering memasukkan tangan ke dalam mulut.
6.Terjaga dari tidur pada waktu malam. Tidurnya menjadi tidak nyenyak.
7.Air liurnya meleleh keluar berlebihan dari biasa.
8.Tidak selera makan dan minum susu.
9.Menggigit permainan dan jarinya untuk mengurangkan rasa kurang selesanya.
6 TIP BOLEH BUAT SEMASA BAYI DALAM PROSES TUMBUH GIGI
Bayi selalunya akan banyak merengek dan gelisah ketika melalui fasa tumbuh gigi. Mama dan papa boleh bantu mereka untuk melaluinya dengan melakukan beberapa tip berikut;
Apa pun, mama papa perlu tahu yang fasa ini akan berlalu. Sabar dan berikan perhatian sekiranya bayi anda sedang merengek hendak tumbuh gigi.
Gusinya mungkin membengkak dan menyebabkan suhu badannya meningkat. Tetapi sekiranya ia disebabkan oleh proses tumbuh gigi, suhu tidak akan terlalu tingi. Dapatkan rawatan doktor anda jika suhu badannya tinggi kerana mungkin ada penyebab lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahap perkembangan anak adalah penanda dalam menilai tumbesaran anak dalam empat aspek utama iaitu pertuturan, kognitif, sosial dan emosional serta perkembangan motor.
Kesemua ini dibahagikan mengikut lingkungan umur anak-anak. Perlu ingat tahap perkembangan ini membantu ibu bapa dan pakar pediatrik untuk menentukan sama ada perkembangan kanak-kanak berada di tahap yang sepatutnya atau pun tidak.
Ibu bapa kena sentiasa peka. Mungkin ada sesetengah anak-anak kita yang cepat dari umur mereka dan tak kurang juga yang agak lambat. Namun selagi tak ‘lari jauh’ dari usianya tak ada masalah. Asalkan semua perkembangan yang penting anak tak terlepas.
Perkongsian dari Dr Say Shazril Shaharuddin mengenai perkembangan anaknya mungkin boleh dijadikan panduan ibu bapa.
Terdetik rasa risau
Bila sy up story Ace boleh tatih-tatih naik tangga pada usia 8 bulan ramai ibu dm sy menyatakan kerisauan mereka terhadap perkembangan anak masing-masing. Dalam story semestinya semua orang letak cerita indah-indah wahai ibu sekalian tapi sy & bini ada kerisauan kami jugak terhadap Ace. Babies sepatutnya develop social smile (sengih apabila orang sengih balik kat dia) sewaktu 2 bulan tapi Ace ke-kelat-annya bertahan smpi bulan keenam.
Itu baru tang social smile, belum cerita pasal poor eye contact dia, tak respond kepada nama dia dipanggil, takdak bunyi monosyllables (bunyi ma, pa, da) yg sepatutnya didengari pada 6 bulan & baaanyak lagi. Dan bini being a doctor & a 1st time mother apa lagi, risau sampaikan tak lalu makan, bercucuran air mata tahap tiada kawalan & tak boleh tidur malam penangan memikirkan worse case scenario yakni AUTISME.
Seperti manusia biasa bila banyak persoalan di minda, apa lagi kita google lah. Google ni sy taktau depa ni ada agenda Messiah ke apa tapi segala apa yg dia bitau pasai benda yg kita google-kan tu TEPAT pada situasi yg kita hadapi. Google cerita early sign of autisme basically semua yg sy senaraikan kat atas tadi. Terduduk bini dibuatnya & bertambahlah kegusarannya, siap awai-awai dia pesan kat sy “it’s ok ubby, if Ace turns out to be special, it’s ok if u wanna leave us” walhal sy tak sebut apa-apa pun..
Mula cari maklumat
Memikirkan kembali cabaran yg kami hadapi ni sebak rasanya. To be honest sy pun ada berlinang air mata jugak. Satu, sebab bukan senang kami nak dapat Ace. Dua, sebab Ace comei sangat to be special. Tipu la kalau sy tak risau.
Bini took one step further, dia cari pakar development kanak-kanak tersohor di Malaysia ni. Jumpa dua pakar. Tanpa membuang masa terus di-call-nya namun appointment terdekat is 6 bulan. Bini jadi rungsing, sy jadi kelu. Namun sy cuba kekal positif sebab bila sy tanya rakan2 yg mempunyai anak autism, kebanyakan cakap masih terlalu awal untuk risau kerana bayi bukanlah “one size fits all” kerana setiap bayi berbeza pekembangannya.
Satu hari bini terjumpa satu artikel yg mengatakan “anak akan menunjuk minat atau kecenderungan yang sesuai dengan personalitinya. Sekiranya anak itu cenderung dengan personaliti ‘athletic’ dia akan lebih cenderung dengan aktiviti fizikal & dia akan kurang gemar dengan aktiviti lain contohnya bersosial” terus laju2 bini share artikel tu pada sy. Terduduk sy dibuatnya sebab bila sy usha anak kawan2 sy pun kebanyakannya begitu. Ada tu sengih sokmo tapi lambat berdiri. Ada tu berceloteh sokmo tapi lambat berjalan.
Jangan terlalu obses bandingkan perkembangan setiap anak
Artikel tu cerita lagi “Bayi TIDAK BOLEH menguasai banyak perkara berbeza dalam sesuatu masa. Maka, ada benarnya kata orang tua-tua anak yang cepat kaki, lambat sikit mulutnya. Pokoknya, usahlah parents terlalu obses membanding perkembangan anak. Anak yang pandai berjalan pada usia 10 bulan itu tak ada beza kualiti jalannya dengan anak yang pandai berjalan pada usia 16 bulan ketika kedua-duanya berusia 3 tahun”. Penangan artikel ni melonjak terus mood bini sy. Tiada la tangisan tanpa kawalan, tiada lagi tak lalu makan & tiada lagi keruan.
Ya artikel tu sangat membantu melegakan kerisauan kami akan tetapi kami masih berjaga-jaga dengan perkembangan Ace. Alhamdullilah walaupun masih lokek berbunyi tapi eye contact Ace terhadap kami cukup lama, respond kepada namanya cukup bersahaja & senyuman manisnya cukup mudah dibelanjanya. Jadi kepada parents di luar sana yg mungkin risau seperti kami, chill, take a deep breath & just enjoy the process of our child growing up k?