Anak-anak kecil kita sukakan kebebasan. Dalam kita memantau pergerakan mereka, berikan kebebasan mereka bergerak dan berexplorasi ketika bermain sambil kita memandang dari jauh setiap masa. Anak jadi lebih kreatif.
Menurut Parenting Influencer, Wawa Shauqi, tanpa perkataan ‘NO’ buat anak lebih teruja mencuba semua perkara. Apa mak ayah nak buat? Ini panduan untuk semua.
Pantau untuk mendisiplinkan? Atau pantau sampai anak jadi penakut?
Ramai yang salah faham dengan perkataan ‘pantau’. ‘Pantau’ sangat bagus untuk mengelakkan anak-anak kita dari cedera. Mahupun terjebak buat benda-benda yang salah.
Tapi janganlah sampai semua benda kita larang anak buat.
Anak pegang apa-apa kita ketuk tangan dia. Anak baru nak berjalan ke tempat gelap, kita takutkan dia. Anak baru nak test pegang barang, kita dah gertak.
Lama-lama, anak takut nak explore semua benda. Nak cuba buat apa-apa pun tak confident. Sedangkan dari exploration deria badan itulah yang membina jaringan otak yang mereka perlukan jadi budak bijak.
Rugi besar kalau kita asyik melarang-larang anak buat semua perkara. Sebab apa?
Sebab kanak-kanak yang dibesarkan dalam suasana yang banyak larangan. Dan peraturan yang keterlaluan, menyebabkan anak :
* Hilang keyakinan diri. Nak pandang mata orang pun takut boleh. Apatah pagi nak buat semua sendiri.
* Penakut. Sampai ke besar penakutnya menghalang mereka dari pergi jauh.
* Hilang sifat risk-taker. Sedangkan sifat inilah antara orang-orang yang mudah berjaya.
* Boleh jadi juga, mereka cari saluran lain untuk salurkan kepuasan diri. Kat rumah dia tak dapat, kat luar dia mencuba. Tau-tau kena tangkap dengan kawan-kawan.
Nauzubillah…
Apa yang boleh kita lakukan untuk galakkan sifat aktif, berani dan menyerlah dalam diri anak-anak adalah :
1. Kurangkan ‘no’.
Dr Syeikh Muszaphar pernah berpesan perkara yang sama dalam satu talk. Beri anak ruang untuk explore. Jangan takut anak pegang benda tajam atau buat benda bahaya. Selagi kita memantau dengan baik, insya Allah anak akan dapat kebaikan.
2. No ‘helicopter parenting’.
Beri anak buat sendiri. Sesekali, biar mereka suap sendiri, butang baju sendiri, selesaikan puzzle sendiri.
Memang anak buat kerja lambat dan messy. Memang tak sempurna. Tapi dari situlah mereka belajar jadi mahir.
3. Perbanyakkan aktiviti outdoor.
Beri anak kebebasan untuk berlari, melompat, memanjat. Malah berkaki ayam.
Connect dengan alam. Detox dari gajet.
4. Sign up kelas.
Cari kelas yang kena dengan kecenderungan anak. Dari kelas pidato, kelas muzik, kelas renang, kelas teakwando dan kelas baking.
5. Cuba perkara baru.
Buat sesuatu di luar kebiasaan. Sekali-sekala bawa anak camping. Beri anak hammer untuk bantu kita bertukang. Ajak anak bercucuk tanam. New experience spark connection baru dalam otak anak.
Jangan sekat mereka mencuba atas alasan jantina.
Tak salah perempuan memanjat.
Tak salah lelaki menjahit.
Tak salah perempuan memanah.
Tak salah lelaki memasak.
Kita yang kadang meletakkan boundry yang tak perlu. Sampai anak salah tafsir had kerja untuk lelaki dan perempuan.
Ya, saya faham. Peraturan sangat penting untuk mendisiplinkan anak-anak. Tapi janganlah disekat sampai anak tu dipaksa rigid macam robot.
Ada masanya, kita perlu beri autoriti untuk anak mencuba. Dalam masa yang sama, kita sebagai ‘coach’, memerhati dari jauh.
Agak-agak melampau, baru tiup wisel dan mula semula.
Kalau salah, betulkan.
Kalau perlu kata semangat, bagilah motivasi.
Kalau bahaya, pesan untuk ambil langkah berjaga-jaga.
Barulah anak kita membesar jadi yakin diri. Tak takut mencuba. Dan berani untuk melangkah jauh terkehadapan dari orang-orang lain.
Saya tau macam mana rasanya jadi kanak-kanak yang penakut. Sebab tu bila ada anak sekrang ni, saya beri je ruang untuk mereka explore.
– Saya beri anak pegang pisau untuk tolong saya memasak
– Saya bagi anak slide tilam kat tangga, asalkan tilamnya cukup tebal
– Saya bagi anak panjat tinggi-tinggi asalkan saya pantau
– Saya bagi anak main skate board dan roller blade, asalkan pakai helmet.
Sebab nak mereka jadi explorer. Yang yakin diri dan berani mencuba.
Wawa Shauqi
Menarik: Sesi Pembelajaran Interaktif, Anak Lebih Yakin Dengan Kelas Bahasa Inggeris di Novakid!
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!