Apa nak buat bila anak demam? Ada diantara kita yang lebih suka mencuba secara alami, guna lemon dan sebagainya untuk redakan anak. Namun serasi dan mungkin juga kurang serasa buat anak kita. Apa-apa pun ubat demam sememangnya perlu diambil.
Malah menurut Dr. Erna Nadia, janganlah selimutkan anak ketika demam. Cukup hanya mengenakan baju nipis tanpa perlu berselimut. Biar haba panas keluar dengan pantas. Ini panduan yang dikongsikan beliau.
Pesakit : Doktor, anak saya ni demam panaih la. Hangat sungguh badan dia. Depa kata elok rendam dalam ayaq lemon, baru kebah demam dia. Betoi ka?
Saya : Erm awatla nak membaziaq lagu tu. Baik la kita buat ayaq lemon tu pastu minum. Petang petang ni hangat-hangat ni dapat lemon aih, lega na tekak.
Pesakit : Pasai tu la saya mai tanya doktor. Lemon mahai kot.
Saya : Pandai pun. Demam dengan budak budak ni tak boleh lari la Puan. Kadang demam sikit sikit ni bagus untuk budak. Dari jangkitan kuman sikit sikit tu la depa dapat bentuk antibodi dalam badan depa. So nanti lama lama badan depa dah kenai kuman tu, jadi badan pun jadi kuat la nak lawan.
Pesakit : Ooo, kira berguna jugak la na demam ni. Betoi la kan sikit sikit tu besa la kan. Orang kata nak lawan kena ada perisai yang tahan elok.
Saya : Baguih la Puan ni. Ni mesti rajin buat research sendiri kat rumah kan?
Pesakit : Ha la doktor. La ni semua kan google ja. Tapi tu la tak tahu hat mana yang betoi.
Ads
Saya : Baguih kalau rajin membaca ni sebab kita nanti boleh banyak belajaq. Cuma kalau ada hat tak sure, mai la klinik jumpa doktor. Risau keluaq ilmu hat pelik pelik, kesian kat anak.
Ok balik pasai demam anak ni. Budak kecik ni memang senang kena jangkitan kuman. Imun badan depa rendah lagi dan depa nak membesar.
Baby kalau umoq bawah 3 bulan, biasa jarang demam. Kalau depa demam, kena teruih bawak jumpa doktor.
Budak umoq 6 bulan ke atas tu akan mula demam sebab masa tu depa dah tak bergantung pada imun badan mak depa yang bagi susu kat depa dah. Kira macam depa dah belajaq nak berdikari sikit la.
Masa umoq macam tu sampai la besaq sikit, kalau demam depa lebih 3-5 hari, dok bagi ubat demam 6 jam sekali pun tak berapa kebah, mai la bawak jumpa doktor.
Atau kalau demam depa tinggi gila, bagi ubat demam dah, tapi dalam 2 jam lepaih bagi tu demam dok 40 jugak, bawak la jumpa doktor jugak.
Ads
Atau kalau masa demam tu depa ada batuk kuat sangat, sampai nafas tu laju takpun bunyi pelik takpun depa dok muntah bagi apa pun muntah, dok cirit tak berenti, nampak lemah lembik saja, tengok pampers pun kering saja, ayaq mata pun takdak masa teriak, makan minum apa pun takmau, mai la bawak jumpa doktor na.
Pesakit : Tu noh doktor. Lain kali mai nak kena bawak buku nota la. Rasa nak berjuling bijik mata dengaq.
Saya : Haha comei ja. Nasihat lebih sikit pasai Puan hat last harini.
Puan, masa anak demam, toksah la balut ka selimut depa. Bagi depa pakai baju seluaq nipis supaya haba panaih tu keluaq. Bagi depa mandi kerap takpun jerlum la depa.
Nak tepek cool fever pun boleh takdak masalah. Ubat demam mesti bagi ikut masa. Eloknya 6 jam sekali. Bagi depa minum ayaq banyak. Depa nak makan apa pun bagi saja asaikan perut depa tak kosong.
Ads
Pesakit : Ok doktor. Terima kasih na. Berasa lega sikit dengaq. Doktor dah kahwin ka?
Saya : Dah. Anak pun dah dua dah hehe.
Pesakit : Ooo ingatkan single lagi. Kecik kecik tapi kuat beletiaq noh. Hahaha.
Suami saya telah pergi tengok kamera litar televisyen tertutup (CCTV) dan melihat pelaku mencubit serta menghempuk kepala Rania ke lantai,” kata seorang wanita, Rin Azmin mendakwa anak perempuannya didera pengasuh di sebuah pusat jagaan, Bandar Sri Permaisuri Cheras, Kuala Lumpur di baru-baru ini.
Melalui perkongsian di laman Twitter (X), wanita berkenaan turut mendakwa menyedari anaknya itu didera selepas mendapati ada kesan cubitan di pipi kiri dan lengan anaknya.
Bukan itu sahaja, budak perempuan malang berkenaan turut mengadu kepada ibunya itu takut hendak pergi ke sekolah selepas beberapa hari kejadian tersebut.
“Suami telah mengambil Rania dari taska pada pukul 6 petang dan kakitangan bernama Athirah (pendera) pusat asuhan berkenaan memaklumkan dia terlanggar Rania waktu bermain bersama kanak-kanak lain.
“Saya memohon untuk melihat sendiri rakaman daripada CCTV premis tersebut pada hari yang sama namun tiada respons,” katanya.
Susulan daripada itu, wanita mengambil cuti pada Jumaat dan menghubungi semula pihak taska tersebut.
“Saya mengambil cuti cuba menghubungi ibu pejabat taska berkenaan untuk mendapatkan maklumat CCTV berkenaan namun masih gagal.
“Saya pergi dengan tujuan melihat bukti anak saya jatuh seperti yang didakwa namun pelbagai alasan telah diberikan sebelum dimaklumkan boleh melihat CCTV tersebut pada Isnin,” katanya lagi.
Selepas melihat video berkenaan, wanita tersebut meluahkan rasa kesal melihat anaknya diperlakukan sedemikian rupa.
Dakwanya lagi, dia menjadi lebih marah kerana kakitangan taska yang lain hanya melihat sahaja perempuannya itu dikasari pada waktu kejadian.
Menurut wanita berkenaan, anaknya itu kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.
Sementara itu, polis mengesahkan kejadian tersebut dan seorang pekerja wanita pusat asuhan tersebut diberkas dipercayai terlibat dalam kes penderaan seorang kanak-kanak di sebuah pusat jagaan, Bandar Sri Permaisuri Cheras pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, kejadian berkenaan sebelum itu didapati tular menerusi paparan dua klip video menerusi media sosial.
Menurut beliau, semakan mendapati bapa mangsa sebelum itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian.
“Siasatan menerusi video tersebut mendapati mangsa berumur dua tahun itu dicederakan suspek yang dipercayai pengasuh di pusat jagaan tersebut.
“Hasil siasatan kemudian membawa kepada penahanan suspek berumur 28 tahun yang dijalankan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D11), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bagi membantu siasatan berkaitan kes itu,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Katanya, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam.
“Sekiranya terdapat sebarang maklumat berhubung kejadian, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya. — Majoriti
Malang tak berbau! Itu yang berlaku pada seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun apabila patah tulang selangka selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan di Jalan Wakaf Aik, Bachok, Kelantan.
Dalam kejadian jam 3.30 petang (9 Ogos), mangsa, Mohammad Naufal Zafran Abdul Fattah yang turut cedera pada badan kini menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohd Ismail Jamaluddin, berkata ketika kejadian sebuah kereta Proton Exora yang dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari Besut menghala ke Pengkalan Chepa.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, seorang kanak-kanak lelaki melintas secara tiba-tiba pada jarak dekat menyebabkan mangsa dilanggar.
“Pada masa sama, pemandu Proton Exora yang cuba mengelak itu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah Perodua Myvi.
“Disebabkan pelanggaran itu, mangsa cedera pada badan dan patah tulang selangka sebelum dikejarkan ke HUSM untuk rawatan,” katanya menerusi satu kenyataan.
Beliau berkata, siasatan mendapati, ketika kejadian, mangsa dipimpin tangan oleh bapanya di bahu jalan sebelum kanak-kanak itu merentap tangannya dan berlari melintas jalan.
“Kedua-dua pemandu kereta tidak cedera dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Biasa bila ada anak, isteri yang akan sentiasa berjaga malam, urus keperluan anak dan sebagainya. Suami hanya membantu jika isteri perlukan. Lepas ni cuba suami pula yang secara sukarela buat kerana kesannya cukup menakjubkan.
Seperti yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif yang banyak berkongsi ilmu keibubapaan dan mendidik anak, rupanya ramai yang tak tahu betapa dasyatnya efek seorang ayah kepada anaknya sendiri! Mengikut kajian, ayah yang supportive, caring dan penyayang ni akan memberikan efek baik pada :
✅ Kognitif anak
✅ Akademik anak
✅ Emosi anak
✅ Rasa yakin diri anak
✅ Dan banyak lagi
Ada 7 cara untuk bagi bonding tu kuat antara anak kita dengan ayahnya :
Ajar suami kita tukar lampin bayi
▪ Nampak simple tapi benda ni akan menguatkan ikatan emosi antara si ayah dan baby yang baru lahir
▪ Kesusahan si ayah menukar lampin anaknya la nanti yang membuatkan si ayah lebih menghargai kelahiran anaknya sendiri.
Sesekali bagi suami kita suap anak
▪ Suap anak sendiri mengajar suami kita erti empati
▪ Setiap anak mempunyai kemahuan yang berbeza. Ada yang nak suka disuap nasi kosong, ada yang suka disuap nasi dengan kicap, ada yang suka disuap nasi dalam kuantiti yang sedikit, ada juga yang suka dalam kuantiti yang banyak
▪ Semua benda ni membuatkan si ayah jadi lebih sensitif dengan kemahuan dan keperluan anak anaknya
Sesekali bagi suami kita tidurkan anak
▪ Setiap rengekan anak membawa maksud yang berbeza
▪ Ada rengekan lapar, ada rengekan tak selesa, ada rengekan kembung perut dan ada rengekan mengantuk
▪ Semua rengekan tu melatih si suami mengenal emosi dan komunikasi anaknya sendiri. Ayah yang mengenal baik anaknya sendiri pastilah akan mempunyai ikatan emosi yang lebih kuat nanti
Ajar suami berikan minimum 8 pelukan sehari kepada anaknya
▪ Nasihat daripada Family Therapist terkenal Virginia Satir, seorang anak perlukan 8 pelukan sehari untuk survive dan 12 pelukan sehari untuk berkembang dan membesar
Jauhkan smartphone bila berhadapan dengan anak
▪ Emosi anak mudah tercedera dan merasa dipinggirkan bila si ayah memilih screen-contact berbanding eye-contact bila berhadapan dengan anaknya
▪ Tabung emosi anak kita sangat mudah berkurang dan bocor bila kita larut dalam kesibukan harian, kurang ciuman dan pelukan, balik kerja dengan membawa stres dan bebanan dan suasana rumahtangga yang kaku dan penuh tekanan
▪ Padahal yang anak perlukan daripada seorang ayah adalah tatapan mata (eye contact), pelukan dan pujian daripada sosok seorang ayah untuk memenuhkan tabung emosinya supaya anak kita lebih stabil jiwa dan emosinya
▪ Mak ayah pun lebih kurang tekanan bila anak anak stabil emosi, jiwa dan perasaan
Yang saya perasan, ramai sangat tak tahu tentang benda ni. Tolong bagitahu pada mak ayah ataupun pasangan yang belum tahu ye.
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...