Keibubapaan

Tak Perlu Semua Benda Nak Perfect, Mak Ayah ‘Cool’, Lagi Relaks Nak Mendidik Anak!

Share

Mak ayah selalu jadi penat hanya disebabkan mahu lebih dari anak. Semuanya jika boleh kelihatan sempurna. Hakikatnya kita perlu mengikut rentak anak malah sentiasalah memberi anak ruang dan yang penting jadikan ibu ayah yang tenang dan tidak kalut dalam semua perkara.

Bila tenang, makin banyak perkara rasional yang boleh difikirkan untuk mendidik anak jadi cemerlang. Perkongsian Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim ini mak ayah perlu ikuti. Belajar jadi lebih relaks.


13 mindset jadi parent yang tenang!

1. Ragam anak-anak adalah indicator sihatnya tumbesaran dia, bukan masalah.

2. Anak-anak boleh ikut cakap tapi tidak 100 peratus ikut bulat-bulat macam robot.

3. Kita mudah faham peel anak bila ada sifat penyayang ( unconditional love ).

4. Anak degil bukan jahat dia cuma ada hati yang kuat azam.

5. Kelasakan adalah cara anak kita giat membesar dan meneroka, bukan tak geti duduk diam.

6. Mengamuk, bergaduh dan membentak adalah penanda aras emosi anak masih sihat.

7. Anak ada jiwa, hati dan akal yang hidup sebab tu tak boleh paksa-paksa dia tapi banyakkan nasihat.

8. Meletakkan high expectation dengan abaikan kemampuan anak hanya akan menambah stress bukan menambah baik anak.

9. Perfect di mata kita tak sama dengan perfect di mata anak. Bagi anak sehari tak kena marah, pun dah cukup perfect bagi dia.

10. Sebelum nak marah anak muhasabah diri dulu, itu marah emosi atau marah mendidik.

11. Garang tak mendidik anak tapi teguran & nasihat ya!

12. Budak baru belajar akan banyak buat kesilapan, dari kesilapan itu la dia mematangkan dirinya.

13. Parent yang hebat di hormati bukan di takuti.

Parent yang tenang selalu menang. Pandai memenangi hati anak dan pandai buat anak rasa senang bila bersamanya.

Wallahu A’lam,

Menarik: Halus Sungguh Permainan Anak Kedua, Lila Amina Dah Setahun, Awal & Scha Kongsi Momen Indah

Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.

Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM