Tak Perlu Sental Lebih, Putihkan Baju Sekolah Kusam Anak Dengan Cara Ni, Senang!

Share

Baju sekolah anak yang semakin kusam dan kekuningan buat kita sakit mata memandangnya. Nak sental perlukan lebih tenaga yang bukan biasa-biasa.

Sebenarnya tidak perlulah menyental lebih, ada cara mudah yang dapat meringankan tugas menyental dan baju sekolah anak pun kembali putih.

Apa caranya? Perkongsian tip dari Pn Zakiah Hassan ini anda kena cuba.


Bahan-bahan:
Sabun A1 (beli kat kedai Eco) atau sabun Cap Kapak / Buruh (ada di Mydin)
Sabun basuh baju (cecair atau serbuk)
Air
Mesin basuh (nak basuh tangan pun boleh)

1. Masukkan baju sekolah ke dalam mesin basuh.

2. Letak sabun basuh biasa.

3. Setkan mesin dengan mode speedy soak (ikut jenis mesin basuh).

4. Masukkan air.

5. Guntingkan suku sabun A1 ke dalam mesin basuh (nak sagat pun boleh).

6. Tenyehkan sabun A1 di leher baju kemeja, hujung lengan, poket atau kesan kotoran yang lain. Kemudian, masukkan semula ke dalam mesin.

7. Tutupkan mesin basuh dan biarkan cucian diteruskan seperti biasa.

8. Sidailah baju putih macam biasa.

Beginilah hasilnya. Tak perlu sental pun. Senangnya!

NOTA: Tips yang dikongsikan ini sangat berkesan pada baju sekolah jenis kain cotton. Selamat mencuba!

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Kredit: Puan Zakiah Hassan

Published by
SRM