Tak dinafikan bergelar suri rumah tangga terus membuatkan kita stress dan mula memikirkan pelbagai perkara. Tak perlu stress melampau sehingga memudaratkan diri sendiri. Cari aktiviti apa jua untuk me time dan terapi untuk diri sendiri.
Namun jangan lupa persiapkan rohani untuk kekuatan dalaman untuk menjadi muslimah sejati. Tip dan cara yang dikongsikan oleh Pn Siti Suryani Yaakob ini ibu-ibu perlu contohi.
Jadikan tahun baru 2023 tahun penuh bersemangat untuk kita. Kita ubah diri kita sebaiknya untuk keluarga.
Menjadi muslimah berhemah.
1. Bangun awal pagi. Mandi. Mandi sebelum Subuh ni ubat awet muda mak saya kata. Tapi betul la tu. Mak saya nampak muda bertenaga.
2. Solat sunat tahajud. Solat tahajud adalah senjata. Apa yang dimohon masa tahajud sama macam anak panah. Tepat ke sasaran.
3. Lepas Subuh baca Yassin. Yassin adalah hati bagi Al Quran. Banyak kebaikan baca Al Quran terutama Yassin di awal pagi.
Ads
4. Sedekah Subuh. Kawan saya ajar. Letaklah singgit pun takpa. Nanti hari Jumaat masuk tabung masjid. Berganda pahala.
5. Baca Al Mathurat sambil memandu bagi yang bekerja. Sambil buat kerja rumah bagi yang bekerja di rumah. Surah Al Mathurat bila dibaca pagi petang, InshaAllah mampu lindung diri dan hati.
6. Telefon ibu ayah. Sekarang canggih. Guna video call lagi baik. Tengok muka mak ayah. Minta berkat dan doa sebelum mula kerja.
7. Solat dhuha. 2 rakaat pun jadi. Sebagai membayar hutang zikir anggota kita sehari-hari. Lagi banyak lagilah bagus.
Ads
8. Amalkan solat rawatib. Paling hebat sebelum Subuh. Umpama dapat dunia dan seisinya. Lepas tu sebelum dan sesudah Zohor. Kemudian tambah sikit-sikit sampai cukup 10 minimum sehari. Lagi banyak buat lagi bagus. Al Fatihah itu doa. Jangan lupa qada’ solat wajib masa lalu yang tertinggal.
9. Senaman ringkas. Berjalan pun cukup. Janji 30 minit sehari. Senaman yang sesuai dan kita suka. Senaman menguatkan tubuh dan jiwa.
10. Kurangkan makan. Biar badan ringan untuk bergerak. Beribadat. Nabi kata perut ni punca penyakit. Betul kan?
11. Dengar paling kurang satu tazkirah sehari. Manusia ni hatinya berbolak balik. Dan kena selalu diingatkan. Carilah cara ingatkan diri sendiri dengan cara yang kita suka.
Ads
12. Tambah satu ilmu satu hari. Ilmu dunia boleh. Ilmu akhirat baik. Supaya kita sibuk dengan upgrade diri. Orang yang sibuk upgrade diri tak sempat nak lihat benda lain yang downgrading.
13. Ustaz saya pesan. Sibuk kot mana pun. Pagi baca Yassin. Maghrib Waqiah. Nak tidur Al Mulk. Ni kalau kita dah busy tak sempat sangat nak baca Quran. At least baca lah tiga ni. Kita cari Quran kat sini. Quran cari kita kat sana.
14. Baca 3 Qul macam Nabi ajar. Baca doa. Dan maafkan semua orang sebelum tidur.
Sebenarnya nak deko rumah tak perlu pun bajet besar. Ikut kemampuan sendiri saja. Jika boleh buat sendiri lagi jimat sebab kita boleh tahu barang apa yang perlu ikut kesesuaian.
Biasanya jika nak deko rumah, isteri lebih suka jika ruang tamu atau dapur dihias elok. Ini untuk memberikan mood kerana ruang ini yang selalu menjadi keutamaan terutama untuk berehat dan memasak.
Bagi memberikan anda idea, perkongsian saudara Ahmad Syakhifuddin ini boleh membantu anda yang berkira-kira nak deko ruang dapur dengan bajet yang jimat tapi lawa.
Alhamdulillah siap kabinet dapur pink DIY. Pernah saya up 14 Julai lalu. Waktu itu masih dalam proses pembikinan. Alhamdulillah hari ni selesai, 100% buat sendiri cuma upah adik sebagai pembantu.
Posting ini untuk memberi idea dan kos lengkap untuk siapkan kabinet dengan cara sendiri.
Berikut adalah kos yang dikeluarkan untuk membeli barang-barang asas.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini.Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkahwinan bukan penyatuan dua jiwa antara diri dengan pasangan tetapi ia membawa kepada maksud lebih meluas terutama berkaitan keluarga kedua-dua pihak.
Membina hubungan yang baik dengan keluarga mentua itu tidak hanya tertumpu kepada ibu bapa saja malah ia perlu dilakukan bersama ipar duai, biras dan ahli keluarga yang lain.
Ia tidak boleh dianggap perkara remeh kerana tanpa sedar pelbagai masalah boleh terjadi sekiranya hubungan dengan ipar duai tidak dilakukan seikhlas hati.
Seperti perkongsian Nur Habibi Qalbi hubungan dengan ipar mestilah dianggap macam adik beradik sendiri untuk mengukuhkan hubungan dalam keluarga.
Jangan jadi IPAR MADE IN NERAKA
Bila adik beradik kita kahwin dengan seseorang. Layanlah ipar tu baik-baik. Kalau boleh jangan di beza-bezakan ipar ini dengan ipar itu.
Ipar ini mungkin rajin di dapur. Tapi ipar itu pulak tak kedekut hulur duit atau belanja. Sama-sama ada baiknya.
Buruk ipar ini jangan di jaja pada ipar lain. Kalau ipar ini bermasam muka dengan ipar itu, kita mesti jadi penyejuk dan pendamai. Bukan pengadu domba yang akan memburukkan lagi situasi rumah tangga adik beradik kita.
Jangan menuntut ipar tu sempurna di mata kita. Sebab dia kahwin dengan saudara kita, bukan dengan kita. Dia mungkin sempurna pada mata saudara kita. Bukan di mata kita.
Jangan memaksa agar ipar tu ikut gerak geri keluarga kita. Kerana dia dibesarkan oleh mak ayahnya dengan cara berbeza. Dia tidak dibesarkan di dalam keluarga kita.
Sebolehnya jadilah ipar yang memberi ketenteraman dan kebaikan agar rumah tangga adik beradik kita berkekalan.
Bukannya jadi ipar MADE IN NERAKA yang suka melihat rumah tangga keluarga hancur dan bercerai berai.
Yang dapat ipar baik tu.. Ucaplah Alhamdulillah.
Kredit :@Nur Habibi Qalbi via Viral Media Johor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehadiran Dariya Inara beberapa bulan lalu dalam hidup Jep mengubah hidupnya. Bukan setakat bahagia tapi caranya melayan anak buat ramai peminatnya tergelak dengan gayanya yang sempoi.
Dalam setiap entri di instagramnya, Jep cukup selamba menjaga anaknya dan kapsyen untuk setiap gambar Dariya juga lucu. Seolah-olah apa yang digambarkannya kena dengan gambar si comel Dariya.
Jika diikutkan, kerjaya Jep sebagai pelawak dan penyampai radio memang memerlukan komitmen dan sentiasa sibuk. Jep juga mengakui kesibukan bekerja tak menghalangnya nak melayan anak perempuannya bila ada masa.
Malah Dariya pun seolah-olah faham dan cukup manja dengan abahnya. Jika orang kata anak perempuan manja dengan ayah boleh diberikan contoh Dariya dengan Jep.
Peminatnya juga menyatakan Jep nampak sporting dan suka melayan. Jadi tak mustahil kalau Dariya besar nanti jadi bodyguard abahnya.
Dengan kehadiran bayi pertama hasil perkahwinan pasangan ini akan menyerikan lagi rumahtangga yang dibina — tidak sabar pula untuk lihat Dariya Inara membesar dengan comel kelak.
Makin Besar Dah Iras Muka Abah
Ada juga yang menyatakan semakin besar anak dara Jep dah nak iras muka abahnya. Bahagian mata ikut Sari Yanti.
Sumber: Jepsepahtu
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.