Ada anak breastfeed, debab. Ketul-ketul tangan dan memang comel sangat. Ada anak breastfeed, kurus. Tangan dan kaki tak berketul-ketul tetapi comel ke tidak? Anak kita, mestilah lagi comel kan?
Ada mulut sesetengah orang memang macam bertih jagung, melantun-lantun. Selagi anak orang itu nampak halus saja, tak debab seperti anak dia, selagi itu dia susah hati. Bagus orang seperti ini, prihatin sangat.
Debab ke, kurus ke, itu genetik. Jika mak ayah kurus, nak buat macam mana? Jika anak sudah makan sayur, buah-buahan, nasi, makanan berkhasiat, kenapa kita perlu risau? Kita sebagai mak ayah pasti lebih tahu anak itu sihat atau sebaliknya.
Kurus itu bukan penyakit. Debab itu pun bukan penyakit. Tetapi tengoklah juga pada faktor pemakanan. Kalau gula, gula dan gula, jangan claim itu sihat. Itu kemungkinan diabetes.
Diabetes kanak-kanak di Malaysia 13.8%, sangat tinggi. Jadi, apa yang perlu kita risau sekarang ini? Anak kita kurus atau mulut orang?
Mulut orang memang susah kita nak tahan. Kalaulah boleh, kita tekap terus mulut mereka dengan tangan supaya jangan berkata-kata tentang anak kita.
Tetapi itulah kehidupan. Kira warna-warni kehidupan. Takkan nak warna cerah-cerah saja, pasti ada juga warna comot-gelap ini untuk membuatkan kita sebagai ibu bapa menjadi lebih tabah.
Selagi anak sihat, makan berkhasiat, aktif, jangan risau. Usah dipedulikan apa yang mereka kata. Bersyukur dan senyum sahaja.
Sumber: AA Kids Playground
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kasih Sharnaaz Pada Jebat. Selagi Bernafas Baba Menyayangimu. Harta Baba Dunia Akhirat
Semakin besar, Jebat Jayden terus menjadi perhatian peminat baba dan mommynya. Mempunyai lebih 200,000 pengikut di instagramnya, segala perkembangan barunya sentiasa jadi perhatian.
Menginjak usia 7 bulan, Jebat dah mula pandai menyembur air liur bila diagah oleh babanya. Gelagat Jebat juga telah menarik perhatian netizen.
Habislah gugur rambut mommy
Kurniaan Allah paling indah
Dalam perkongsian Sharnaaz, dia ada memuat naik kapsyen yang sangat menyentuh hati.
Sebagai seorang lelaki yang bergelar ayah, kehadiran anak dianggap paling bermakna dalam hidupnya.
View this post on InstagramA post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on
Walaupun tak berharta, tak berduit itu tak penting. Selagi ada anak, Jebatlah nyawa baba yang paling bermakna. Baba sayang Jebat dunia akhirat.
View this post on InstagramPinjam topi baba nak pi main golf sat.. rasanya boleh birdie ni kan baba @sharnaazahmad
A post shared by Jebat Jayden Ahmad (@jebatjayden) on
Sumber: ig Sharnaaz Ahmad & Jebat Jayden
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dari Awal Bayi Aktif Sangat Bagus Kerana Boleh Mempercepatkan Pertumbuhan Otaknya
Sejak dalam rahim bayi sudah bergerak-gerak, ibu merasai tendangan bayi dalam lingkungan 5 bulan usia kandungan. Sebaik sahaja lahir bayi menangis dengan kuat untuk mengembangkan paru-paru untuk bernafas.
Pergerakan bayi meningkatan pertumbuhan otak. Tiga tujuan penting ;
1. Koordinasi
2. Imbangan atau balancing
3. Pernafasan.
Beri bayi peluang bergerak-gerak
Bahagian otak dan saraf yang mengawal pergerakan tidak boleh dirangsang seperti pancaindera sensori. Tetapi sangat penting ia diberi peluang bergerak. Galakan anggota badan khususnya kedua tangan dan kaki bergerak.
JANGAN dibedung kerana ia menyekat pergerakan anggota. Pakaikan barut untuk lindungi pusat yang belum tanggal, baju, seluar dan sarung tangan dan kaki.
Letakkan bayi meniarap – perut dan muka atas lantai bertikar getah tanpa dialas kain (untuk cegah menutupi hidung bayi ketika tidur), khususnya lepas menyusu dan hendak tidur. Bila meniarap ketika tidur angin dan perut mudah keluar dan bayi tidak sakit atau kembung perut.
Bila sedar antara tidur bayi boleh angkat kepala dan menggerakan kedua kaki dan tangan. Tapak kaki yang mana jari menuding ke atas akan menolak pada lantai dan membolehkan bayi bergerak ke depan.
Peringkat-peringkat pergerakan
Ada empat tahap penting yang perlu dilalui setiap manusia sebelum boleh berjalan
1. Tangan dan kaki bergerak tanpa koordinasi dan tanpa berganjak.
2. Meniarap dan menyelar dengan perut, kaki dan tangan.
3. Merangkak dengan lutut dan tangan.
4. Berdiri dan terus berjalan.
Kita harus menyedari pentingnya 3 tahap terakhir di atas. Tiada bayi yang boleh terlepas dari urutan 3 tahap tersebut. Hanya kekerapan intensiti dan kelamaan prosesnya agak berbeza antara satu bayi dengan yang lain.
Jika dengan sebab-sebab tertentu bayi terlepas pandang dari salah satu tahap tersebut, pertumbuhan bayi tidak akan normal. Dan mungkin menghadapi masalah lambat berjalan, lambat bercakap atau susah belajar sehinggalah dia diberi peluang kembali untuk menjalani proses dan tahap yang gagal atau terlepas perlaksanaannya.
Jika urutan tahap tersebut terganggu sedikit saja pun, seperti sudah mula berjalan walaupun belum cukup merangkak, bayi tersebut akan mengalami akibat yang agak buruk dan negatif – seperti kurang kemampuan koordinasi, lemah konsentrasi, hiperaktif, kurang kecekapan tangan kiri atau kanan serta menghadapi masalah pembelajaran terutama dalam bidang membaca dan menulis.
Menyelar dan merangkak bukan sahaja penting sebelum berjalan malah juga penting untuk mengkukuhkan kerjasama pertumbuhan otak kiri dan kanan.
Kebanyakan anak tidak melalui setiap proses tersebut mungkin akan mengalami masalah penyakit neuro dikemudian hari.
Kajian selama lebih 50 tahun membuktikan semakin awal atau cepat anak-anak mula belajar membaca kemungkinan lebih cerah ia berjaya dimasa depan.
Sumber: Kelab Timang
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Tiba-Tiba Bayi Mogok Tak Nak Menyusu, Cara Ini Mungkin Berkesan Memujuk
Mogok menyusu atau ‘nursing strike’ adalah tabiat di mana bayi tak mahu menyusu secara tiba-tiba atau mendadak. Walaupun penyebabnya kadangkala tidak diketahui dengan jelas, namun ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara biasa yang menyebabkan bayi ‘merajuk’ atau tidak selesa.
Antaranya puncanya termasuklah hidung tersumbat, jangkitan kulat pada mulut, sakit tekak, atau mungkin saja bayi berasa takut apabila dimarahi ibu kerana menggigit puting payudara. Walau apa pun alasannya, bayi yang berusia bawah 6 bulan terutamanya tidak seharusnya dibiarkan mogok berpanjangan. Ini kerana, susu adalah sumber makanan utama yang mereka perlukan untuk tubuh.
Oleh itu, cuba lakukan langkah berikut untuk menamatkan ‘mogok’ bayi tak mahu menyusu.
6 CARA BERKESAN MEMUJUK BAYI YANG ‘MOGOK’ MENYUSU
Jika bayi tak mahu menyusu, cuba periksa dan lakukan 6 langkah ini.
1. PERIKSA HIDUNG BAYI
Pertama sekali, cuba periksa jika hidung bayi tersumbat. Seorang dewasa pun akan berasa tak selesa untuk makan dan minum akibat hidung tersumbat.
Jika hal ini terjadi kepada bayi, ibu boleh membantu mengatasi hidungnya yang tersumbat dengan memakaikan minyak bayi seperti minyak telon, minyak bawang putih, atau ubat titis yang dipreskripsikan oleh doktor.
2. KULAT DALAM MULUT BAYI
Kadangkala, kita sangkakan bekas-bekas putih akibat sisa susu dalam mulut bayi adalah normal dan tidak perlu dirisaukan. Namun sebenarnya sisa-sisa ini boleh menyebabkan jangkitan kulat sekiranya tidak dibersihkan dan berkumpul terlalu lama dalam mulut bayi.
Ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan atau sedikit perit hingga bayi tak mahu menyusu. Cuba bersihkan mulut bayi setiap hari dan bagi bayi berusia 6 bulan ke atas, boleh beri minum air masak selepas menyusu untuk membilas mulut.
3. JANGKITAN TELINGA
Jangkitan telinga boleh dialami bayi sebagai salah satu kesan lanjutan daripada demam selsema. Sekiranya bayi mengalami jangkitan telinga, bayi tidak mahu menyusu kerana telinganya terasa sakit untuk menghisap sesuatu.
Jadi, ibu perlu beri perhatian dan perhatikan isyaratnya sekiranya bayi terlihat asyik memegang dan menarik-narik telinga.
- Rasa Susu Berubah
Sesetengah bayi amat sensitif apabila ibu menyusu memakan sesuatu makanan yang menjejaskan rasa susu badan. Antara makanan yang biasanya menjadi punca bayi tidak selesa adalah kopi, rempah tertentu, dan makanan yang berangin seperti kobis.
Cuba ingat semula apa yang anda makan tadi. Catatkannya supaya anda lebih berhati-hati lain kali. Lazimnya, bayi akan mula menyusu selepas sehari anda makan makanan tersebut.
5. BAYI TUMBUH GIGI
Bayi yang sedang tumbuh gigi biasanya merasa nyeri pada gusinya dan kadangkala ia turut disertai demam. Dalam fasa ini, bayi selalu merengek dan berkelakuan serba tak kena.
Cuba berikan bayi sesuatu yang selesa untuk digigit seperti teether dan buah-buahan sejuk. Di samping itu, bayi memerlukan banyak sokongan dan pelukan untuk membantunya menghadapi fasa ini.
6. SUASANA BARU
Semasa baru diperkenalkan kepada puting tiruan atau botol susu, bayi mungkin akan berasa susah untuk minum susu seperti selalu. Mereka juga mungkin belum biasa terhadap rasa susu perahan atau stok susu simpanan yang dipanaskan semula.
Selain itu, ada bayi yang sensitif terhadap persekitaran baru dan memerlukan waktu untuk beradaptasi. Jika mereka baru bertukar katil, tidak dapat tidur dalam buaian kegemaran mereka, cubalah dakap dan tenangkan mereka sebelum memberi susu.
JANGAN TERLALU MEMAKSA
Bayi yang berusia bawah 6 bulan tentunya bergantung kepada susu sebagai sumber makanan utama. Oleh itu, penting untuk mereka terus menyusu dan ibu bapa perlu berbuat sesuatu sekiranya mogok ini berterusan. Jika mereka sudah mula makan, anda tidak perlu risau kerana anda boleh cuba menawarkan makanan yang sesuai untuk mereka.
Perlu diingat, bayi boleh trauma apabila ibu bapa terlalu memaksa dan memarahi bayi yang tidak mahu menyusu. Maka, ibu bapa perlu banyak bersabar dan memujuk dengan lembut. Sekiranya ia turut disertai dengan demam dan bayi kelihatan kurang aktif, bawalah bayi berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Sumber: zuriat.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI